assalamualaikum & salam sejahtera 😊
petang Selasa. seharian hari ni Melaka bercuaca mendung saje. hujan renyai di pagi hari. nyaman suasana. tidak berpeluh meskipun berkali-kali turun naik tangga.
di kala ada masa ni, nak up satu entri throwback. kisah saya dan adik-beradik camping sekali lagi di Gopeng Riverside. pilihan kakak saya utk kami ulang camping di sini. punya la kami 5 beradik excited dgn family day ni, all of us da pun memiliki khemah unta masing-masing tau. saya sgt la gembira. berjaya meracuni adik-beradik utk join aktiviti family camping. best!
kami family camping di sini selama 4 hari 3 malam dulu tu. dan kali ni, dari 8 hingga 10 Mac saje, 3 hari 2 malam 😍. sekali lagi, camping di sini dalam keadaan cuaca yang tidak berapa kering, hujan hujan hujan! 😄
[ Klik jika belum baca : Wild Camping di Gopeng Riverside ]
hujan lebat di hari pertama...
baldi menadah air hujan di penjuru khemah.
kakak sulung saya, kak Nim tidak dapat bersama. suaminya tidak sihat, masih berada di hospital waktu ni. hanya kami berempat iaitu kakak kedua, abang, saya dan adik perempuan.
Selasa (8.3.2022) - hari pertama.
kami berempat gerak dari rumah masing-masing. adik saya tiba di Gopeng Riverside paling awal, sekitar jam 11 pagi. dia da reserve dulu dah tapak kami. saya tiba kemudiannya, jam 12 tghari. waktu tu, awan berarak berat di dada langit. hu hu hu risau rasa hati ni, Allah je Maha Tahu. tiap kali kami camping, pasti berkembar dgn kehadiran hujan. aduhai... nasib badan.mr.asben dan adik ipar terus bermula pacak khemah. memula nak pacak 4 khemah. semua khemah unta. khemah saya, 2 khemah unta 2022 saiz L kepunyaan akak kedua dan abang serta 1 khemah unta 2022 saiz M kepunyaan kakak sulung. mereka baru je beli khemah unta ni, so ni kali la nak test buka semua.
namun, 3 unta saje berjaya di pacak kerana di pertengahan nak set up khemah dan segalanya, hujan turun dengan amat lebat. 😁berkecah segala tempat bila flysheet ruang legar di antara khemah-khemah kami rebah dan tapak khemah lencun dek air hujan.
agak kelam-kabut masa tu. semua lelaki-lelaki dewasa memasang flysheet sewaktu hujan. basah kuyup mereka bertiga. sedang kelam-kabut, abang saya dari Kedah pun tiba. membantu, namun dia pun basah kuyup juga. sewaktu 2-3 jam kekalutan kami tu, tak sempat nak snap gambar langsung! hanya video yang diambil oleh anak-anak 😄. tak dapat saya nak upload di sini... bila lencun, gelak ramai-ramai. anak-anak ikut sama meriah!
skit saje la saya share.
ketika ni baru bermula kekelam-kabutan tu tau.
fuh! kecoh 😄.
bila da melepasi jam 2 petang, barulah dpt kami semua bertenang. khemah semua da ok. susun atur barang semua da selesai. masa utk jamu selera. nasib baiklah da ready bawak lauk-pauk. hanya tinggal masak nasi je.
para ayah makan dulu lah.
baju hijau, my mr.asben.
yg di hadapan dia, adik ipar saya, Awi.
dan di sebelah sini, abang saya dari Kedah, abg Boi (boy sebutannya).
ha ha ha ha sebab dia sorang dulu kala anak lelaki mak, memang dipanggil Boi.
siap juga flysheet ruang legar kami. baru la dpt set up meja dan atur segala makanan tengahari. ayah, abah dan abi dipersilakan makan dulu la. lapar! kerja keras kot pacak khemah dan segala bagai. alhamdulillah.
kakak kedua saya, kak Ina tiba setelah semua keadaan terkawal. dia gi masuk hotel berdekatan dulu. yes, kak Ina tak tido khemah tau 😆 ha ha ha ha... sib baik ada hotel yang hanya 5-10 minit je perjalanan ke campsite Gopeng Riverside ni.
petang tu, suasana sejuk, minum petang, goreng nugget.
air sungai deras! dan warna coklat!
anak-anak hanya boleh pandang, tidak dibenarkan mandi lagi.
kita bergambar dulu la ye sambil makan nugget 😄.
tea time!
anak-anak yg join.
anak saya 3. anak adik, An, juga 3.
anak abg Boi kurang 2, hanya Aamir yg join.
Aishah & Ammar ada tugasan sekolah, tinggal di Kedah.
set up khemah kami yg simple. hanya 3 khemah unta dapat naik kali ni. sebab khemah unta 2022 saiz M pun da besar tau. so, tak perlu lah pacak hingga 4 khemah. semua ni mencukupi. kami famili, maka kami arrange tido mcm balik rumah abah. anak-anak perempuan 1 khemah dan anak lelaki 1 khemah. di tengahnya ruang legar utk makan-makan dan lepak.
khemah saya, khemah unta 2019 saiz M di sebelah hujung sini.
di side sini, khemah unta 2022 saiz L dan S.
saiz berbeza beberapa cm saje.
kedua-duanya besar dan cantik.
hujan lebat tadi, kan.
disediakan batu bata untuk menyeberang dari khemah ke khemah.
bila hujan dah reda, barulah susun semula kedudukan meja dan kerusi begini.
ruang kosong utk makan di lantai gitew.
di khemah saya.
di depan tu punca elektrik.
utk charge phone, lampu-lampu dan kipas-kipas.
saya da standby extension wire socket 40 meter dah. campsite memang sediakan plugpoints di sekitar. maka, dgn extension socket ni, mudahlah kami-kami nak charging dan masak nasi. alhamdulillah...
stok makanan kami! 😄
jajan utk anak-anak je sebakul!
pondok ni adalah tempat masak-memasak kami.
membakar ayam.
malam, air sungai kekal tinggi dan deras ye.
awal pagi anak-anak semua da dikejutkan. selepas subuh masing-masing da tak dibenarkan tidur semula. hari elok, aktiviti mesti bermula awal. seminit pun tak boleh dibazirkan!
kami memilih tapak di bahagian atas, tidak mahu ambil risiko utk berkhemah di tapak terlalu dekat dgn sungai. meskipun tapak tu amat cantik, bersih dan pasti wow jika pacak khemah di situ. khemah kami besar, kami ramai. tak mahu kekalutan jika terjadi apa-apa kecemasan. tak nak la sebut apa-apa bencana, kan. kami tak henti berdoa agar keadaan baik-baik saje sepanjang kami berkhemah.
An, adik saya dan kak Nurin.
preparing sandwich telur rebus.
apa lagi, sarapan di pinggir sungai.
kakak-kakak sarapan sambil makan sandwich gitewww...
Awi buat maggi goreng.
adik ipar saya ni memang pakar masak 👍.
nugget lagi for breakfast.
round kedua, makan maggi goreng pula ye.
abis makan maggi, sambung mandi sungai!
one thing about camping ni, kita tak terikat dgn keadaan. semua berlaku releks saje dan gaya bebas. takde aturan yang perlu diikut. anak-anak mandi-manda, kami yg dewasa lepak di khemah dan borak kosong adik-beradik. just enjoy apa terhidang di depan mata, pemandangan nan indah, makanan panas-panas, udara segar...
ni la masa utk berborak bebas. anak-anak pun bergaul mesra tanpa diganggu oleh televisyen atau komputer. diorang berendam saje dlm sungai. gelak ketawa bergurau senda.
kari ayam for lunch.
2 kali besar kari ayam ye.
kak Ina chef utk lauk tengahari.
kami masak guna kayu api tempat bbq malam td.
pagi-pagi, matahari tak la menyinar terik.
bila da kul 11 pagi, terpaksa naikkan flysheet di tempat masak ni.
panas matahari da menyengat kulit 😀.
rezeki Allah.
setengah hari kedua ni tak hujan.
sungai pun cantik keadaannya.
anak-anak mandi-manda bersuka-ria dipantau ketat. ayah-ayah ada je bergilir-gilir pantau tepi sungai. mak-mak jgn cakap la, dari atas dok jerit, "jaga adik tu"... "jgn lepas pelampung!"... "jgn ketengah sgt!"... kita tak nak la suka suka hati, berakhir dengan kedukaan.
ada sekali tu, 3 org anak-anak terlepas ke hujung sana tu. Allahu Akbar, kecut perut saya bila lihat Nurin, Muhammad dan Aamir da jauh di bawa arus ke hujung sana dgn pelampung mereka. mereka tak dpt nak kawal keadaan. menjerit panggil abg Boi dan Awi. "tolong... tolong!" dpt la diselamatkan. ditarik semula oleh ayah-ayah. hmmmmmm... memang bulat la mata mak-mak. memandang mereka-mereka penuh makna 😡.
ayah-ayah & mak-mak gilir-gilir pantau dari atas.
cuaca elok.
but still hujan skit di lewat petang hingga ke malam.
kawasan luas dan selesa.
kami-kami sahaja di area ni.
aman damai lah...
menjadi rutin bila camping, kul petang mula nyalakan ubat nyamuk.
good night...
Khamis (10 Mac).
alamak. hari ketiga, hari balik. lemahhh! belum puas! tapi nak buat camne, berapa hari pun stay sini, takkan ada kepuasan. pasti akan rasa sedih bila nak balik hu hu hu hu...
sekali lagi kurniaan cuaca cantik oleh Allah.
best!
sarapan simple saje ramai-ramai.
cekodok ikan bilis.
task saya seperti biasa - kemas dapur.
lap meja.
lap rak dapur.
pack masuk beg masing-masing.
pondok ni saya bersihkan lantainya dari sisa masak-memasak.
siap sedia bersih utk next camper 👍.
bersih dah...
bila khemah unta da simpan, barang-barang kecil kumpul satu tempat.
sebab anak-anak masih di sungai.
karang diorang nak mandi lah, bertukar pakaian dan lain-lain.
menunduk kan si unta L.
borak.
dari kiri - my mr.asben, abg Boi, abg Roslan (husband k Ina) dan Awi.
terima kasih ayah, abah dan abi...
[ Baca sini juga : Review Campsite Gopeng Riverside ]
feel bila ramai-ramai camping ni, amat berbeza bila kita adik-beradik ramai-ramai dok hotel. kesibukan dia tu tak sama. kita takkan stereotype bila camping sebab dugaan dan masalah tu datang tanpa disangka 😄. bila gitu, rasa nak marah pun ada, rasa bengang. tapi ada juga time, gelak ramai-ramai. maklumlah, remeh kot bila camping ni. terutama bila nak balik, kekadang tiba-tiba kereta tak muat! haru! nak kena kemas-kemas balik. ini masuk mana, itu masuk mana. gitu lah.
apa yg utama, kerjasama semua ahli camping. semua mesti main peranan samada kecik atau besar. baru la dpt memupuk rasa happy. menjadi bahan gelak bila kita borak-borak lepas tu.
... jom camping!
7 Comments
seronok jugak ye camping satu famili macam ni. lebih mesra nak bonding sebab bila ada masalah, contohnya macam hujan, settle sama-sama. kalau hotel selalu buat hal sendiri je. jumpa time nak makan. eh nape kak Ina tak tido khemah?
ReplyDeleteSeronoknya buat aktiviti begini dgn adik-beradik... Masing-masing berpakat mudahlah semua kerja kan... best...best
ReplyDeleteAlahai seronoknya. Ini akan jadi kenangan manis kita dan anak-anak di masa depan
ReplyDeletesonoknyer camping 3 mlm dlm hutan tuuuh, harap xde entiti yg menggangu kannns
ReplyDeleteItulah tengok banyak barangnya. Memang terperinci persiapan khemah dan bahan makanan tapi ramai-ramai boleh gotong-royong. Boleh rasa keriuhan dan kemeriahan walaupun awal-awal kalut hujan lebat dapat juga pasal khemah.
ReplyDeleteseronok aktiviti mcm ni, mandi sungai yg best!...tak pernah lg bercamping mcm ni..
ReplyDeleteseronok dpt bt aktiviti mcm ni. nina pun baru berkhemah tp di pantai jelah. hehe
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.