assalamualaikum & salam sejahtera 😊
biasa la, bila jam da tunjuk kul 5.00 petang, minda ni da ting ting ting dok fikir apa nak masak utk dinner mlm ni. tak la masak byk sebab sambal telur pecah masih berbaki. kita brought forward ke hari ni la. dok fikir nak buat stew ayam.
"good bye sungai yg indah..."
"indahnya cuaca kurniaan Allah..."
hari ni nak review campsite yang best ari tu, Riverside Camp, Gopeng, Perak. kami spent 4 hari 3 malam di sana. memang best and kami bakal repeat family camping di sana pada bulan Mac nanti, in shaa Allah. kalau tak best, kalau tak mantap campsite ni, takkan la kami adik-beradik nak dtg lagi, kan. so, ari ni nak paparkanlah secara terperinci tentang campsite ni. moga bermanfaat kepada yg mencari maklumat.
part 1 : "wild camping" di Riverside Gopeng!
konsep yang simple tapi bertepatan dgn tema berkhemah 👍.
sebagaimana tempat lain, Riverside Camp, Gopeng ni amat mematuhi s.o.p yang telah ditetapkan kerajaan. sila buat reservation terlebih dahulu jika nak camping pada hari / tarikh yang hot. bilangan yang boleh berkhemah dalam satu-satu masa adalah terhad. hanya yang telah lengkap 2 dos vaksin covid 19 sahaja dibenarkan masuk. campsite akan suruh whatsapp sijil vaksinasi sebelum mereka boleh confirm reservation campers.
tapak bebas, konsep first come first serve. kalau datang dlm 1 group besar, kena la bebetul arrange dgn campsite owner. agar dpt 1 spot yg berdekatan. jgn jadi mcm saya, terpinggir di tapak khemah yg berjauhan dari kawan-kawan.
dari kiraan saya la ye, lebih kurang 20 khemah boleh muat seluruh campsite ni. pada hari saya check-in tu terdapat 15 khemah. ada beberapa campers yg pacak flysheet terlalu besar dan memakan byk space. mereka buat common area di luar khemah dan membuatkan area utk campers lain kecil. tidak menjadi kesalahan namun sedikit menyusahkan. part ni sendiri mau fikir la ye. sebab tu now byk campsite da buat border tapak utk satu-satu khemah. if not, hmmmmm jadik mcm amik byk sgt ruang.
bayaran :
RM20 untuk 1 malam (umur 7 tahun dan ke atas)
kemudahan :
- tandas dan bilik mandi ✅ - ada kolah besar. mandi guna gayung, mcm zaman dolu-dolu 😃. sila bawa kain basahan
- plugpoint ✅ - sila bawa extension lebih kurang 5 - 20 meter (bergantung kepada tapak)
- sinki ✅
- fire pit ✅
- stream, pool or beach ✅
- parking distance to campsite? - Sangat dekat. Jangan risau.
- entrance for normal car, highrise car or 4X4? Semua boleh.
- compatible with campervan?✅
- phone coverage? ✅
- security/safety? ✅
gambaran pintu masuk campsite dari pejabat.
tiba je di Riverside Camp, Gopeng ni, feeling excited kita utk camping akan mencanak-canak tau. tempat yg nyaman dan saujana mata memandang. tgk pula sungai yg deras dan jernih, anak-anak da melonjak-lonjak tak sabar nak berendam.
adik-adik yg jaga campsite pun sgt la ramah. ada adik-adik intern jugak. sgt membantu. terbaik! 👍ni la antara sebab kenapa family camping saya from hanya 3 hari 2 malam menjadi 4 hari 3 malam. campsite yg best sgt!
dari pejabat, jom kita masuk and cari tapak pacak khemah.
di sini da boleh nampak site A.
utk senang faham, campsite ni terbahagi kepada 2 site. sebab ia terpisah oleh bilik mandi dan tandas. saya namakan ia sebagai campsite A dan campsite B agar senang berbahasa. both sides memang di tepi sungai. tak jauh. aliran yang sama, pemandangan yg sama cantik dan pengalaman yg sama indah.
campsite A yg nyaman.
di site A ni ada playground. ada pondok kayu di tepi sungai, sesuai utk santai-santai minum kopi dgn friends. di sini lantainya berumput. ada pokok kelapa sawit. dan hanya bertentangan dgn kantin campsite, sgt dekat.
ruang lepak, ada kerusi meja.
ada plugpoints, boleh masak nasi or tarik guna kabel panjang.
bersih!
kalau diikutkan, pada asalnya di belakang playground ni ialah tapak khemah kami.
friends da reserve. tapi, tak besar 😔. tak dpt nak pacak 2 khemah.
tu sebab kami pacak di site B. kisah di - "wild camping" di Riverside.
and nampak tak flysheet warna hijau besar tu?
that was the one yg terlebih amik area 😒.
suruh kak Nurin jadik model buaian sebentar 😃
pandangan site A dari sisi sini.
lebih jelas begini 😍. luas, kan...
8-10 khemah pun muat.
tapi, kena consider la, jgn bentang atau pasang flysheet besar-besar sgt!
laluan turun ke sungai untuk mandi-manda.
waktu saya ambil gambar ni (19.12.2021, Ahad tghari), air masih deras.
sedikit menggerunkan. kerana hujan masih belum berhenti sepenuhnya.
campsite B yg menarik!
jom kita gerak ke site B. kawasan di mana saya dan family camping. masuk ke dalam lagi di Riverside Camp, Gopeng. akan melalui bilik mandi dan tandas serta stor simpanan peralatan water rafting mereka.
jalan terus!
ruang mandi dan tandas wanita.
jgn risau ye, sini ada 4 tandas wanita.
2 bilik mandi wanita (shower). 1 ruang mandi ada kolah yg besar.
utk lelaki pun sama la. cukup utk semua, jgn risau.
ruang utk buang plastik, botol dan tin-tin 👍.
tu nampak kan khemah saya, flysheet coklat.
kawasan berumput dlm gambar di atas ni adalah tempat berkumpul. tidak dibenarkan untuk berkhemah mahupun park kereta. tempat berkumpul ketika kecemasan wajib ada di mana-mana, kan. terutama di kawasan terbuka sebegini.
pondok menyimpan brg water rafting jika tidak digunakan.
ni pandangan dari sini pula.
nun jauh di sana, nampakkan hanya 3 kereta, kereta kami la tu.
hanya di situ dibenarkan parking kereta.
atas sini boleh pacak khemah.
nun di bawah, lebih dekat dgn sungai pun boleh pacak 😊.
campsite B ni lebih terbuka. lebih byk khemah boleh dipacak. ia berbukit skit la. dan kami kami pacak di sebelah atas. kami tidak pacak khemah di tebing sungai. considering cuaca masa tu kurang baik. tapi, bila cuaca baik, di bawah tu boleh juga pacak khemah.
pondok tempat kami masak-memasak.
jgn di lupa tapak "wild camping" kami di malam pertama! best sebenarnya di situ bila keadaan tidak hujan. di malam terakhir kami di Riverside Camp, ada sekeluarga besar berkhemah di situ tau. meriah. memang syok la kan, tempat privasi kot. takkan ada orang lain lalu lalang di khemah kita bila di situ. ohsem!
nun di hujunga sana tu tapaknya...
[ Jangan lupa baca : Separa 'wiild camping" di Riverside Gopeng.]
lokasi Riverside Camp, Gopeng.
mudah, tapi tak mudah nak tiba di pintu masuk campsite ni. sgt dekat dgn plaza tol Gopeng, namun dari jalan utama nak ke campsite perlu melalui jalan kampung yg byk simpang. mengelirukan. but once da masuk, selamanya ok. boleh hafal dah...
so di bawah ni merupakan gambar penunjuk arah yang memudahkan perjalanan saya ke campsite. terima kasih byk kepada yg wujudkan gambar penunjuk arah yg jelas ni. korang follow saje gambar demi gambar, sehinggalah tiba di pintu masuk Riverside Camp, Gopeng.
bermula dari sini tidak lagi jalan berturap tar.
kereta saya lowered, di sini struggle la skit.
nasib baik jalannya tak panjang tau 😒.
moga memberi manfaat la ye perkongsian saya ni. moga kepada yg bercadang or memasang impian untuk pergi family camping, Riverside Camp, Gopeng ini adalah recommended by saya. tempatnya selesa. namun bila berkhemah ni, adatlah bila hujan, keadaan akan jadik berlemoih dan sedikir tidak selesa. di mana-mana pun...
moga Mac nanti kami dpt lepak tapak ni lagi.
biar la jauh skit dari sungai. yg penting, selesa...
langit Gopeng...
... lewat petang baru tiba Melaka.
family camping kami bermula dgn tidak begitu baik. namun berakhir dgn begitu baik. sehingga menjentik hati-hati adik-beradik saya yg lain utk datang lagi. jgn tak percaya, adik-beradik saya kini semua da beli khemah unta masing-masing tau 😀. pre-order. menjelang Mac nanti dpt la mereka pacak khemah masing-masing. dan surely kami akan ber family camping bersama sekali lagi selepas itu lagi dan lagi dan lagi.
in shaa Allah 😍.


15 Comments
Wah menarik.. bersih pulak tu..
ReplyDeletecantik juga. orang yang suka nature mesti suka dengan tempat ni
ReplyDeleteBaca entri Aida mengenai lokasi ini memang terus rasa nak plan percutian ke sana. Cantik dan luas kawasannya. Berjaga kemas pula tu. Memang sesuai untuk rancang percutian keluarga.
ReplyDeleteBilik mandi tu takde yang privacy ya? Kena mandi beramai-ramai kat kolah? 😅
ReplyDeleteSporting la group foto yang pandang kiri kanan tu.... hehehehe
ReplyDeletedana ni kalau takat berkemah kejap-kejap ok lah kak kalau sampai seharian atau beberapa hari memang tak rajin kak... baru cabut rumput sikit berpeluh dah macam apa, ni kan pulak nak berkemah kak oi... memang idok lah , sejenis penakut pun iya jugak hahahha
ReplyDeletePasti seronok :)
ReplyDeleteWahhhh. Menarik tempat ni
ReplyDeletewow besar juga ye kawasan khemah kat situ...
ReplyDeleteHahaha suka baca kisah org cmaping ni, tp nntah bila kita nk start sama :D
teringin jugak nak bawak Ian & Iris gi camping2 mcm ni..in sya Allah, one fine day
ReplyDeleteMenarik tempat camping ni. Banyak kemudahan dan kawasan yang luas. Seronok dengar bunyi bunyian dan menikmati alam semulajadi.
ReplyDeleteBagus ni, tempat yang sesuai untuk beriadah bersama anak-anak. Teringin camping bersama family. Teringat sewaktu aktif menjadi pengakap.
ReplyDeletecantik tempatnya. terasa sejuk duduk sini byk pokok
ReplyDeleteBest tgk camp ni. Besar dan bersih tempatnya. Air terjun pun deras airnya
ReplyDeleteWah.. syoknya berkhemah.. Cantik tapak dia..
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.