assalamualaikum... salam sejahtera semua 😄
a very beautiful Friday morning 💛. pagi ni saya sarapan nasi lemak telur mata dan nescafe tarik. alhamdulillah., ada sedikit ruan up kan entri ni. memandangkan da lebih 48 jam dlm folder draft 😆. biasa ler tu, kalau tak peram cerita, memang tak sah Aida ni h aha ha ha... sambil-sambil menaip di blog ni, on TikTok di phone, dgr kempen PRU 15 😑. hu hu hu ketahuilah semua bahawa PRU 15 akan dtg akan lebih menuntut tanggungjawab kita sebagai pengundi. kerajaan / pemimpin yg bakal terajui negara nanti adalah pilihan kita (rakyat). dari sekarang dah boleh fikir-fikir ye.
ok ok ok...
nak kongsi citer makan-makan kami sekeluarga Ahad lepas. setelah 1 hari setengah dok rumah, ptg Ahad tu mr.Asben ajak makan luar utk dinner. memang takde pilihan sebab mr.Asben da sebut dah nak ke Jasin, Cafe Markisa. dia nak sgt makan masak lemak ikan baung or ikan patin. saya pulak nak merasa kambing grill Cafe Markisa, lom pernah order.
byk perubahan kawasa sekitar cafe ni sejak pertama kali kami dtg dulu, tahun 2020. semakin menarik. ada kayak. ada hammock. ada buaian tepi tasik. nice. kalau dtg sini, lepas makan boleh la berekreasi di kawasan sekitar cafe.
ikan baung da habis 😓.
tapi ok la, kami order ikan patin 💛.
appertizer - mushroom soup & garlic bun yg ohsem.
kali pertama kami ke sana, tahun 2020. then, kali kedua tahun 2021. waktu-waktu tu, dunia masih dilanda covid-19. Malaysia masih lagi dlm suasana PKP. di sana di sini sekatan pergerakan. wajib keluar bersama MySejahtera. so, waktu tu crowd yg ada di Cafe Markisa terkawal. saya hadir bersama keluarga, terus duduk di meja. order dan makan-makan la kan.
problem! complaints! 😓
Ahad lepas, dtg, ada sistem baru. kena beratur. order dulu then baru dpt meja makan. gitewww... sistem terbaru Cafe Markisa. beratur panjang! byk juga yg komplen la sebab meja byk kosong sebenarnya. apa la salahnya dok kat meja and pelayan dtg order mcm biasa-biasa. daripada pelanggan dok berdiri beratur, anak-anak semua bersepah sana sini. lom lagi yg bwk warga emas. memang la disediakan kerusi, namun, ia adalah sesuatu yg tak selesa apabila sebenarnya, ada meja kosong!
saya sedang beratur.
order di meja depan tu hah.
dari angle sini nampak, kan, byk meja kerusi kosong dlm cafe.
tu la yg menjadi persoalan!
jika meja penuh dgn pelanggan yg sedang makan, faham la. pelanggan baru kena beratur menunggu meja kosong. bersabarlah. tapi ni beratur dek kerana nak order makan dulu 😄. Allahu... mcm-mcm la peraturan peniaga ni kan h aha h ha... sabar jer lah.
dipendekkan cerita ye korang, saya tiba tadi dan beratur. order makan dan dpt meja. sehinggalah makanan pertama sampai di meja, saya set timer, hanya 40 minit. ok la... sebab mungkin menu yg saya order tu mudah kot kan. tu yg dpt cepat. alhamdulillah.
makanan semua sedap!
air semua best!
puas hati 👍.
betul tak cakap saya? terasa mcm nak pacak khemah, camping 2 malam je kat situ. aduhai 😄. pemandangan indah sgt, mendamaikan. malam-malam memang boleh dok tepi tasik, borak-borak dgn mr.Asben dan anak-anak. then layan dam ular 3 - 4 round. nice...
kami berdua je sempat bergambar.
3 yg lain da kekenyangan, terus menuju ke kereta 😃.
jemputlah ye ke Melaka. jgn risau, ada dlm google map. follow jer. tempat mudah cari 👌.
...bye 👋😉
12 Comments
Wah, nampak menarik kafe tu.
ReplyDeleteyes. makanan best. surrounding pun ohsem.
Deletepanjang beraturnya tu...nasibaik makanan sedap ye
ReplyDeletesebab sedap la saya pun tabah beratur :)
Deletedan, jauh dari rumah! tak berbaloi la kalau balik ha ha ha ha...
pasrah! :)
boleh je sorang beratur, yg lain menunggu di meja...surrounding mmg best, patutlah ramai pelanggan..
ReplyDeletekan...
Deletetapi, caranya order dulu, then br dpt meja.
yg sedang beratur tu semuanya 1-2 org je.
diskusi nak order apa.
ahli keluarga lain, dok sekitar kawasan.
Dari masa akak share dulu saya teringin nak pergi. Tapi tak berksempatan lagi nak ke Melaka. Baru baru nampak viral kedai ni. Suasana dia tu jadi tarikan utamannya kan. Menu dia pun sedap sedap.
ReplyDeleteAneh juga sistemnya. Kesian kalau yang datang tu warga emas. Mungkin perlu dikaji semula. Nasib baij sedap ye
ReplyDeletewahhhh makan sedap, view cantik, banyak aktiviti riadah memang syok lah pergi sini. Tak best tang beratur tu je, mungkin kalau ramai mengadu dan kurangkan produktiviti, diorang akan tukar kot nanti.
ReplyDeleteSaya nampak bendi rebus dengan sambal belacan.. Pergh!! Sedap..
ReplyDeleteTapi kenapa nak kena beratur kalau meja kosong banyak lagi..
sy tahu psl kafe ni sbb terbaca review kt IG.. view mmg menarik. harap harga pun menarik jg😀
ReplyDeleteSedapnyaa
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.