assalamualaikum.
selamat sejahtera 😍.
aduh, bila dok menaip entri camping ni, membara rasa di jiwa ni nak gi camping. aduhai... terkenangkan bencana tanah runtuh di goh tong tu, rasa sedih plak. alhamdulillah, semlm mangsa terakhir dah pun dijumpai. senang la hati waris. at least ada jasad utk ditatap terakhir kali. tidak la hati terasa gundah gulana mayat tidak dijumpai.
byk penilaian risiko yang kita kena buat before nak mulakan perjalanan ke mana-mana, apatah lagi nak family camping. tempatnya. cuacanya. mujurlah campsite operator (CO) mostly memahami, reservation tapak campsite boleh ditangguhkan ke tarikh yg akan datang atas sebab-sebab cuaca. bila kita nak menginap beratapkan langit, the more la kena berhati-hati. fikirkan yg terburuk dulu, barulah fikirkan yg baik-baik.
sudilah baca-baca entri yg awal ye 😄.
Part 1 : ATV di Denai Kabus
Part 2 : daki bukit Denai Kabus
so now saya nak buat another campsite review.
kongsi dgn semua agar boleh la membuka minat utk hadirkan diri ke Denai Kabus. tidak berkhemah, boleh dok cottage. perjalanan dari Melaka ke Denai Kabus kalau ikut google map ambil masa lebih 6 jam. cuma, perjalanan kami pada 5.9.2022 tu adalah dari Bangi, rumah kakak. so, ambil masa dalam kurang 5 jam. bertolak lepas subuh, jam 7 pagi gitu dan tiba di Denai Kabus lebih kurang jam 1 petang. sesiap pasang khemah gitu gini, jam 3 petang baru la berdiri tegap rumah kami di kaki bukit Denai Kabus.
jangan risau, jalan nak ke Denai Kabus amat baik. semua kereta sesuai utk masuk ke Denai Kabus. cuma kena hati-hati ye, jalan kecil menaiki bukit. saya seram sejuk jugak bila lalu di lereng-lereng bukit tu 😀. mujurlah mr.Asben cekap memandu.
sebelum berjela-jela lagi perkataan di taip, helok la saya share tentang kos yang bakal terlibat bila nak berkhemah di Denai Kabus ni. apa penting, utk reservation, klik link reserve tapak camping Denai Kabus ni ye.
👉 Cottage : RM150 semalam ✔️
Jumlah ada 6 unit. 1 unit mempunyai 4 katil single, air-conditioned dan electric sockets. tapi kena ambil maklum ye, tandas di luar ye, bersebelahan cottage.
tak dpt nak mik gambar dlm cottage.
suruh Syuhada posing depan pintu je 😄.
laman depan cottage luas, boleh bbq di malam hari.
jika ada flysyeet, boleh la pacak buat rehat-rehat di tgh malam.
tandas utk cottage di tengah-tengah cottage.
👉 tapak khemah termasuk 1 khemah yang disediakan Denai Kabus :
khemah kecil : RM60 semalam ✔️ (utk 2-3 orang)
khemah besar : RM80 semalam ✔️ (utk 6 orang)
khemah besar akan guna Arpenaz Base M.
bukan setakat khemah, disiapkan juga flysheet.
ada ruang utk famili melepak ketika hujan.
harap maklum ye tilam dan bantal perlu bawa sendiri tau, tidak disediakan. tapi boleh disewa. jengah-jengah khemah jiran-tetangga yang disewa dengan Denai Kabus, meja lipat, kerusi dan kipas elektrik pun ada disediakan, boleh disewa juga kot. ok la tu 👍.
👉 tapak khemah sahaja :
tapak kecil : RM30 ✔️
tapak besar : RM50 ✔️
kami ambil tapak besar 😉.
jarak di antara 1 tapak dan tapak yg lain pun reasonable.
kami dpt tapak kedua, berdepan dengan jambatan.
siap ada set meja batu lagi utk lepak 😄. terbaik!
tempat unggup api pun ada disediakan beberapa. percuma jika nak guna.
setiap tapak ada ampaian 👍.
setiap 2 khemah, ada sinki di tengah, terbaik 😍.
aktiviti di Denai Kabus 👍.
- ATV
- Zipline / Flying Fox
- Memancing
- Berkayak
- Menunggang Kuda
semua ni adalah berbayar ye. utk jimat, time reserve online, terus buat bayaran utk semua aktiviti yang diingini.
menu makanan yang disediakan 😍.
- Nasi Dulang - makan tengah hari
- Set sarapan pagi
- Set makan malam
maka, jika sewa cottage ataupun berkhemah, jgn risau tentang makan, boleh tempah. cuma, jgn order last minute tau, mereka tak terima! kerana mereka tidak memasak di Denai Kabus. setiap waktu makan akan ada caterer yang datang bersama makanan siap masak. siapa yang menempah, boleh la ke dewan makan. hanya yang tempah je tau.
pemandangan Denai Kabus yang ohsem.
akhir sekali, saya hidangkan pemandangan Denai Kabus yang sempat saya snap. kalau-kalau la perlu merehatkan minda, Denai Kabus merupakan tempat yang amat sesuai.
kolam utk berkayak 😊.
kolam-kolam memancing.
surau yang pada masa saya di sana, sedang dibina 👍.
tapak khemah di depan surau.
best ni!
ada kolam mandi ye di Denai Kabus. kecil. saya dan anak-anak tak berkesempatan utk mandi-manda di kolam ni. pertama, sebab hujan. keduanya sebab kolam ni agak jauh dari khemah kami, umpama utara dan selatan. kolam ni airnya air sungai.
di bangunan pentadbiran Denai Kabus.
sini juga ada mini mart utk beli keperluan asas.
cuma satu la yg saya tidak berpuas hati 😔. jika ada kesempatan kali kedua berkhemah di Denai Kabus, saya akan pilih tapak yang di atas. bukan di bawah tandas cottage.
ini tapak kami setelah dibersihkan.
datang gitu. nak balik pun gitu. tanggungjawab.
lubang ni hah 😔. bau busuknya naik.
tidak sgt busuk. tapi sebab khemah kami di tepi tu, berbau lah!
tambah menggelikan, bila tandas cottage bebetul di atas khemah saya 😖.
faham-faham je la kan apa yg ada di dalam fikiran saya.
hingga tak selera makan tau!
- serangan kat khemah oleh 5-6 ekor kambing.
- lubang kumbahan tepi tapak khemah.
other than that, a good place to heal yourself 😍.
2 Comments
bestnya sis..seronok kalau sekelapa pergi tempat2 cmni kan...
ReplyDeleteCottage diamenarik tapi bila mengenangkan tandas di luar.. Hurm.. hehehe.. Baru berangan nak pergi.. kikiki..
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.