assalamualaikum & salam sejahtera 😄.
salam dihulur di pagi 13 Rejab. ada sedikit masa di pagi hari ni, mengarang kata-kata demi nak menyimpan kenangan di blog ni. weekend ni tiada rancangan nak ke mana-mana. mungkin ada program jalan-jalan ad-hoc la 😂. coretan pagi ni adalah kisah yg bersambung dari entri yang ini 👉 Menginap di Zetter Suites Hotel Apartment, Cameron Highlands.
gambar 3 beradik di Kampung Taman Sedia, Cameron Hihghlands. kedatangan kat di situ 18.12.2023 tak dirancang. pada mulanya niat nak sarapan di Agro Highland Cafe, Sg. Bisek. on the way driving ke cafe, mr.Asben corner masuk Kampung Taman Sedia 😊. katanya, "nak tgk tgk saje...".
tapak pasar malam Cameron Highlands di pagi hari.
view dari Zetter Suites Hotel Apartment kami.
bersih.
bye bye Zetter Suites.
ada umur kami dtg lagi.
jam 10.30 pagi kami da tiba di Kampung Taman Sedia.
helok dapat parking di satu lokasi berdekatan.
di ruangan sebuah homestay dgn bayaran RM5 👍.
pemandangan wajib di Cameron Highlands 💗.
dari tempat kami park kereta, nak ke cafe makan-makan di Jalan Taman Sedia kena lalu jambatan gantung ni.
family photo itu wajib!
anak sungai di Cameron Highlands.
jernih 😍.
memang ramai di pagi hari itu.
trafik di Kampung Taman Sedia umpama lebuhraya utara selatan di hujung minggu 😄. trafik jem! ramai rupanya walaupun masih pagi. seronok rasa hati masuk Kampung Taman Sedia ni, berbaloi. kampung yg bersih. ada byk homestay dan kedai makan. kalau datang malam, sure meriah!
tu hah dia Jalan Taman Sedia.
ada beberapa tempat makan.
pilihan kami ialah Aidilbadri Strawberries Cafe & Farm.
my heroes 💛.
father & son moment 💛.
Aidilbadri Strawberries Cafe & Farm memang best - makanan dan suasana.
ada byk cafe di sepanjang Jalan Taman Sedia. sebelum kami buat keputusan utk sarapan di yang mana satu, kami berjalan-jalan dulu. semua tempat best. semua tempat menarik.
jom tgk apakah juadah sarapan kami 👇.
nasi lemak sambal strawberry dgn telur mata.
nasi lemak sambal strawberry dgn ayam rendang.
nasi lemak sambal strawberry dgn ayam goreng.
original scones dgn jem strawberry dan cream.
oh God! jem ni sgt sedap oii! 😍
waffle utk Izzat. as usual peanut & coklat.
ohsem! waffle dgn ais krim yang melimpah ruah 😍.
ni memang favourite, telur goyang inul! 😄
ni kepunyaan Syuhada, spageti aglio olio.
kos semua 😎.
berbaloi. sedap. suasana ohsem. layanan 1st class! semua ok, semua perfect. no complaints 😂.
selesai makan, kami jalan-jalan lagi. shopping souvenirs skit. beli uncang teh. beli t-shirt buat kenangan.
then kami terus gerak balik Melaka dgn hati yg gembira. 1 malam saje, tak puas sebenarnya. tapi, alhamdulillah. moga ada rezeki lagi kami dtg nginap di Cameron Highlands. in shaa Allah.

2 Comments
bestnya g cameron highland
ReplyDeleteigt tadi nasi lemak warna pink😀... CH dgn strawberry mmg tak dpt dipisahkan
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.