assalamualaikum 😃.
selamat petang.
hari ini, anakanda Nurin, sedang berjuang di medan SPM. hari ni ada 2 subjek, Maths dan Pendidikan al-Quran & Sunnah (PQS). tiada apa yg saya inginkan, saya sentiasa mohon Allah bagi ketenangan kepada Nurin utk jawab soalan. zahirkan segala jawapan ikut skema. mudah semudah-mudahnya, aminnn 😌.
Januari & Februari 2023 ni, alhamdulillah, Allah lapangkan masa dan murahkan rezeki, berjaya buat 2 projek kecil utk rumah. dari tahun lepas niatnya. akhirnya jadik. projek pertama - tukar lantai semua tandas / bilik mandi kepada lantai epoxy. ada byk jenis epoxy coating, kan. utk tandas, standard mana-mana tawarkan flakes epoxy coating.
kenapa? ada 2 sebab.
1👉 sudah lebih setahun kami bersabar dgn keadaan dinding di sekitar semua tandas, lembab! 😓 kritikal di tingkat bawah. dinding lembab, berlumut. cat dinding pun dah luruh. buruklah keadaan. sakit mata. sakit hati. sedih.
Allahu. bukan rumah kami sahaja ye. majoriti jiran-jiran semua ada masalah yang sama. ia muncul setelah bertahun kami menetap di sini. tidaklah boleh claim dgn pemaju, kan. dah cek segala paip. da cuba tampal lantai tandas / bilik mandi sendiri. tidak berjaya. inilah risiko bila dapat pemaju yang belot. buat rumah tak serupa bikin!
2👉 disebabkan beberapa kali tampal tiles di lantai, lantai tak cantik! ada kesan tampalan di sana di sini. sakit mata, terutama tandas 3. maka, bila telah disalut oleh epoxy flakes ni, elegan semula la tandas kami. nampak bersih, tidak berdaki.
inilah ikhtiar kami. bukanlah saje-saje nak spent tabungan bulanan sebanyak RM3200 tanpa sebab yang kuat. dalam masa yang sama, bila lantai da disalut dgn flakes epoxy coating ni, nampak cantik! alhamdulillah.
👉 lantai asal tandas 1.
setelah di grind sebelum proses epoxy bermula.
siap 😊.
pilihan saya 1 warna.
dan memilih warna coklat.
agar seiring dgn tiles dinding tandas.
kalau pilih 2 warna ke atas, harga lebih mahal!
company GM Multicoat ni di Melaka. saya jumpa after berhari-hari survey secara online di facebook. dptkan quotations. compare harga. mostly, lebih kurang saje. kurang lebih RM100 hingga RM200.
masa pemasangan lantai.
oleh kerana semua tandas / bilik mandi akan dipasangkan epoxy ni, maka, 2 hari. hari pertama, buat tandas pertama. hari kedua, buat utk tandas kedua dan ketiga. dari pagi, lebih kurang jam 10 gitu hinggalah ke petang, lebih kurang jam 3 ptg. selesai 😌.
tak perlu pecahkan tiles lantai. rumah tak bersepah. dan masa pun antara 4 hingga 8 jam, kan. convenient 👌.
👉 tandas 2.
👉 tandas 3.
permukaan kasar.
tak licin. selamat in shaa Allah.
alhamdulillah. bila da siap ketiga-tiganya, sedap mata saya memandang. floor trap pun dibersihkan dan ditukar kepada stainless steel. sesuai 👍. ada warranty 3 tahun.
[ menarik utk dibaca juga 👉 Tukar pintu tandas / bilik mandi kepada bi fold door ]
seriously, now tandas / bilik mandi di rumah saya semua tampak elegan. kemas. sedap mata memandang. moga masalah kebocoran pada tiles lantai tandas / bilik mandi saya selesai. sedikit masa lagi boleh la repair dinding luar pula. moga sempurna la rumah di pagi Syawal kelak. in shaa Allah.
next, beri nafas baru pada ruang tangga 👌.
bye for now.
12 Comments
bila dah cantik macam ni, rasa puas hati kan dengan usaha menabung
ReplyDeletebetul. berbaloi dgn usaha ikat perut tu :) hi hi hi...
Deletemenarik ni! sbb tak perlu tukar tiles. rumah pun x bersepah. bolehlah nak cuba nnt utk rumah kg
ReplyDeleteyes, Nies.
Deleteadik-beradik aida di Kajang pun memang buat lantai ni kat tandas / bilik mandi. bertahun-tahun dah. masih kekal cantik. dan memang elok utk waterproofing la.
Cantik dan nampak kemas bila guna epoxy ini.. Betul bak kata aida, nampak lebih elegant..
ReplyDeletetu la, Sha.
Deletenak rasa selesa bila kat rumah sendiri.
tandas adalah tempat paling penting utk nampak kemas dan bersih.
cantik la guna flakes expoxy ni..:)
ReplyDeletesgt cantik.
Deleteada kilat-kilat tau.
tapi dlm gambar aida tu tak nampak la kilat-kilatnya :)
mmg jadi kt rumah sekitar jugak ye kak, maksudnya pihak kontraktor tulah ek pakai barang murah atau buat benda mudah kan. Lantai tandas yang kesat-kesat gini bagusnya kesat dan tak licin
ReplyDeleteiye, Dana.
Deleteif elok buatannya, takde la kami pembeli kena spent duit utk repair byk kali.
kecewa. memang kena menabung utk repair bagi elok dan elak kerosakan yg lebih teruk, Dana.
sedih. kecewa :).
Tak salah berbelanja sedikit untuk ruang rumah sendiri. Happy je kan bila semuanya sedap mata memandang.
ReplyDeleteSaya berkenan tengok epoxy coating tu. Permukaan kasar begitu sesuai sangat utk tandas dan bilik air.
itulah pemaju. rumah harga yahudi, tapi buat ala kadar
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.