assalamualaikum 😃.
selamat petang.

hari ini, anakanda Nurin, sedang berjuang di medan SPM. hari ni ada 2 subjek, Maths dan Pendidikan al-Quran & Sunnah (PQS). tiada apa yg saya inginkan, saya sentiasa mohon Allah bagi ketenangan kepada Nurin utk jawab soalan. zahirkan segala jawapan ikut skema. mudah semudah-mudahnya, aminnn 😌.

Januari & Februari 2023 ni, alhamdulillah, Allah lapangkan masa dan murahkan rezeki, berjaya buat 2 projek kecil utk rumah. dari tahun lepas niatnya. akhirnya jadik. projek pertama - tukar lantai semua tandas / bilik mandi kepada lantai epoxy. ada byk jenis epoxy coating, kan. utk tandas, standard mana-mana tawarkan flakes epoxy coating.

Tukar Lantai Tandas / Bilik Mandi | Flakes epoxy coating yang tampak elegan

kenapa? ada 2 sebab.
1👉 sudah lebih setahun kami bersabar dgn keadaan dinding di sekitar semua tandas, lembab! 😓 kritikal di tingkat bawah. dinding lembab, berlumut. cat dinding pun dah luruh. buruklah keadaan. sakit mata. sakit hati. sedih.

Allahu. bukan rumah kami sahaja ye. majoriti jiran-jiran semua ada masalah yang sama. ia muncul setelah bertahun kami menetap di sini. tidaklah boleh claim dgn pemaju, kan. dah cek segala paip. da cuba tampal lantai tandas / bilik mandi sendiri. tidak berjaya. inilah risiko bila dapat pemaju yang belot. buat rumah tak serupa bikin!

2👉 disebabkan beberapa kali tampal tiles di lantai, lantai tak cantik! ada kesan tampalan di sana di sini. sakit mata, terutama tandas 3. maka, bila telah disalut oleh epoxy flakes ni, elegan semula la tandas kami. nampak bersih, tidak berdaki.

inilah ikhtiar kami. bukanlah saje-saje nak spent tabungan bulanan sebanyak RM3200 tanpa sebab yang kuat. dalam masa yang sama, bila lantai da disalut dgn flakes epoxy coating ni, nampak cantik! alhamdulillah.

Tukar Lantai Tandas / Bilik Mandi | Flakes epoxy coating yang tampak elegan
👉 lantai asal tandas 1.

Tukar Lantai Tandas / Bilik Mandi | Flakes epoxy coating yang tampak elegan
setelah di grind sebelum proses epoxy bermula.

Tukar Lantai Tandas / Bilik Mandi | Flakes epoxy coating yang tampak elegan
siap 😊.

Tukar Lantai Tandas / Bilik Mandi | Flakes epoxy coating yang tampak elegan
pilihan saya 1 warna.
dan memilih warna coklat.
agar seiring dgn tiles dinding tandas.
kalau pilih 2 warna ke atas, harga lebih mahal!

company GM Multicoat ni di Melaka. saya jumpa after berhari-hari survey secara online di facebook. dptkan quotations. compare harga. mostly, lebih kurang saje. kurang lebih RM100 hingga RM200. 

masa pemasangan lantai.
oleh kerana semua tandas / bilik mandi akan dipasangkan epoxy ni, maka, 2 hari. hari pertama, buat tandas pertama. hari kedua, buat utk tandas kedua dan ketiga. dari pagi, lebih kurang jam 10 gitu hinggalah ke petang, lebih kurang jam 3 ptg. selesai 😌.

tak perlu pecahkan tiles lantai. rumah tak bersepah. dan masa pun antara 4 hingga 8 jam, kan. convenient 👌.

Tukar Lantai Tandas / Bilik Mandi | Flakes epoxy coating yang tampak elegan
👉 tandas 2.

Tukar Lantai Tandas / Bilik Mandi | Flakes epoxy coating yang tampak elegan

Tukar Lantai Tandas / Bilik Mandi | Flakes epoxy coating yang tampak elegan
👉 tandas 3.

Tukar Lantai Tandas / Bilik Mandi | Flakes epoxy coating yang tampak elegan
permukaan kasar.
tak licin. selamat in shaa Allah.

alhamdulillah. bila da siap ketiga-tiganya, sedap mata saya memandang. floor trap pun dibersihkan dan ditukar kepada stainless steel. sesuai 👍. ada warranty 3 tahun.

[ menarik utk dibaca juga 👉 Tukar pintu tandas / bilik mandi kepada bi fold door ]

seriously, now tandas / bilik mandi di rumah saya semua tampak elegan. kemas. sedap mata memandang. moga masalah kebocoran pada tiles lantai tandas / bilik mandi saya selesai. sedikit masa lagi boleh la repair dinding luar pula. moga sempurna la rumah di pagi Syawal kelak. in shaa Allah.

next, beri nafas baru pada ruang tangga 👌.
bye for now.