Apr 27, 2012

NURIN SELALU DAPAT HADIAH |dan ibu selalu musykil!|

5 comments:
saya memang menggalakkan nurin citer hal yg berlaku kat sekolah or tadika. saya mesti bertanya... sometimes, dia sendiri akan citer ~ citer happy la... antara nyer...

"ibu, nurin da abis belajar membaca. cikgu huda kata, nurin da pandai membaca. so da tak payah membaca..."
respon si ibu : "kakak jgn beritahu kawan-kawan lain tau apa yg cikgu huda kata tu. nurin diam-diam aje ye. nanti kawan-kawan nurin tak mahu kawan nurin..."
rational si ibu : tak mau le nurin tu RIAK tak tentu pasal. nurin memang da reti membaca. kebetulan, sekolah nurin tu luar bandar. maka, understood la kan masih ramai yg tak lancar membaca bahasa melayu. saya juga nasihat nurin, ajar la kawan-kawan yang masih belum lancar, nanti kawan sayang nurin...


"ibu, nurin da masuk iqra' 4 kat sekolah. nurin kat selalu gi masjid. tapi, si **** tu baru iqra' 1. lambat!"
respon si ibu : "jangan cakap gitu, darling. mungkin dia tak ngaji kat umah. ibu ayah dia keje malam. sape nak ajar dia ngaji? nurin kan ngaji dgn ibu kat umah... kalu dia ngaji kat umah, mesti dia pandai mcm nurin. kesian dia, kan?"
rational si ibu : tak nak la nurin anggap orang yg kurang dari dia tu tak pandai or lambat or .... sebagainya la kan. anak-anak di sekolah tu ramai. background beza-beza. tak semua ok and tak semua ko... tak nak ada sifat RIAK dlm diri nurin.


and banyak lagi beberapa perkara. saya sgt happy dgn perkembangan dia setakat ni. TAPI, saya tak pernah inform dia. saya masih lagi inform dia yg dia kena byk kan latihan, byk membaca,... dan sebagainya...

yang saya musykil kan ialah citer di bawah... 

"ibu, ari ni nurin dapat hadiah... cikgu **** bagi..."
respon si ibu : "kenapa?"


jawapan nurin ialah dia siapkan keje cepat... dia buat matematik betul semua... dia paling pandai... hadiah nya tak la besar sangat. sticker, buku nota kecik, pembaris, pen warna-warni... kali pertama, kali kedua ok la. gembira hati ibu. tapi.... tapi...... bila da selalu sangat, ibu jadi musykil !!!

"betul ke ni, kakak?"
"kakak beli kat koperasi kan?"
"kawan bagi kan?"
"kakak amik kawan punya ke???!" (yg ni dalam nada marah!!)

nurin menidakkan semua soalan ibu nyer di atas.

"kalau ibu tak percaya, esok ibu tanya cikgu. nurin tak tipu..."

bukan la saya tak percaya anak sendiri... bukan la saya nak tuduh-tuduh anak sendiri... tapi, kita kena jaga walaupun ia nampak kecil. jgn amik barang org. jgn tipu / bohong dgn ibu & ayah... kalau da betul cikgu hadiahkan, ok la... alhamdullillah...

but... saya still tertanya-tanya.... hmmmm...

now, saya tumpukan perhatian lebih pada nurin dlm bab english. membaca and membaca... faham erti nya dlm bahasa melayu. then, iqra'. sebab ia penting utk dia membaca arabic sekali. jawi saya lom start secara menyeluruh. tak sempat!! hi hi hi...

syuhada ~ still happy happy go lucky... byk main! anak manja!

betul ke cikgu kat sekolah selalu bagi murid hadiah?
anak-anak korang selalu tak dapat hadiah ~ mcm nurin?

~ si ibu yg heboh! ~
Photobucket

Apr 25, 2012

WORDbanyak WEDNESDAY

7 comments:

mood happy... ari ni gaji da kuar! yahooooooo... bills pun da settle. tu la perkara pertama dok hadap pagi ni, hampir separuh hari gitu. sib baik bos semua takde hi hi...savings ke akaun-akaun tertentu pun da transfer. huh! legaaaaa... sebab, misi shopping bakal bermula. sebab tu kasik bills & savings settle cecepat. baru bleh bajet utk shopping.

PERTAMA ~ misi mencari baju raya kakak Nurin dan kakak Syuhada. ibu still keliru samada nak beli baju kurung siap or beli kain and anta tempah. tailor no hal, da booking. anytime bleh anta. then, nak top up blouse, t-shirt and seluar kakak-kakak. byk baju-baju lama diorang saya da ketepikan. mana yg elok, da sedekah. mana yg lusuh, buang jer. 

KEDUA ~ cari baju raya mr. ayah. ganti baju baru ye ayah. ibu tak perlu. 2 kain kat tailor dari tahun lepas still tak siap (tailor patah tangan!!!). so, just suruh tailor siapkan and ibu da ada 2 pasang baju kurung. lagipun, ibu dlm pantang, tak perlu pakai kot :)

KETIGA ~ semestinya start beli barang ibu sempena program berpantang 44 hari nanti. i like! list semua da ready, tinggal tick jer mana yg patut. kali ni berpantang kat KL, mak ada, kakak-kakak ada, adik pompuan pun ada. ringan ler skit diri ni. ramai dtg bantu hi hi hi... 

KEEMPAT ~ baru la cari brg adik baby... da inform dgn kakak-kakak, sorang boleh pilih 1 pasang / 1 set baju utk adik baby. suka nyer hati diorang. tak plan beli byk pun sebab anak buah yg bongsu skang ni baru je masuk 1 tahun, adik still simpan baju-baju baby. so, setakat 44 hari berpantang tu bleh recycle baju anak buah aje. just beli utk adik baby baju raya :)



best! suka! i like... tapi tak swipe kad kredit ler. debit kad debit or cash je. baru real shopping...

lom sempat BW. esok or lusa kot. ptg ni nak balik awal sebab anta nurin gi sekolah agama kul 4:30 ptg. jgn marah ekk. nanti aida tinggalkan komen bagus punyer kat blog korang :)

Photobucket

Apr 23, 2012

SEMUA BIKIN AKU BAD MOOD !

4 comments:
drpd semalam sebeno nyer badan ni tak sihat. letih. sakit pinggang melampau. ia memang efek kat mood!  tambahan pula, mlm tadi tak dpt nak tido lena. nurin batuk-batuk hingga terkencing-kencing... syuhada pula kul 2 pagi bangun sebab dia kata, dia takut. pujuk punya pujuk, dia nak balik bilik tapi nak susu. buat kan susu. then, baru la ibu ni nak terlelap, dia dtg lagi sambil bawak botol susu... "nak tido dengan ibu"... beralah la si ibu ni demi menginginkan tido yg sempurna, syuhada tido di antara ibu dan ayah. 

mana la bleh lena! sempit! pinggang da le sakit... Allahu Akbar! nasib baik anak, kalau org lain memang da kena tangan dah tgh-tgh mlm hu hu hu...

then, bila buka blog ~ setting baru pula...... "mana aku nak tekan nih???!" kita ni da le tak brape IT. then, ditukar-tukarnya setting baru, aduuuuuuuuuuuhai... semua bikin aku naik angin petang-petang yg panas nih!

ni la lumrah seorang ibu hamil yang bekerja. ada tak org yg faham? bebetul faham? melayan kerenah dunia tanpa henti... penat penat, settle jugak.

apa pun, dlm keserabutan diri itu, si ibu ni tetap gembira. cuma gembira tu terselindung. weekend yg baru ni dpt spend 100% dgn anak-anak. tanpa keluar rumah, dok lepak dgn diorang kat rumah. dpt ulangkaji buku-buku teks sekolah nurin. buat dia lebih faham dan jelas. ada juga yg dia tak faham! ada juga yg dia kata, cikgu tak ajar! takpe la kakak, cikgu nak layan 30 org dlm satu kelas, mana le cikgu nak terbuat. understood... syuhada pun semakin laju membaca. nak cepat-cepat abiskan silibus bahasa melayu. nak start kan dia english.

"saya tak minta lebih. hanya faham... faham... faham dan faham..."


Photobucket

Apr 20, 2012

REMINDER DI PAGI JUMAAT

1 comment:
Wahai anak Adam! Aku jadikan engkau di dalam perut ibumu, Aku tutup mukamu dengan lapisan yang menutup, supaya engkau tidak takut di dalam rahim. Aku jadikan mukamu berpaling ke belakang ibumu supaya engkau tidak mendapatkan gangguan dari bau makanan (yang masuk ke dalam perut ibumu). Aku jadikan sebelah kanan dan limpa di sebelah kirimu. Aku ajarkan engkau berdiri dan duduk di dalam perut ibumu. Maka adakah seseorang selainKu yang kuasa atas demikian? 
Tatkala telah cukup masa kandungan, Aku wahyukan kepada Malaikat yang ditugaskan untuk rahim-rahim agar Malaikat itu mengeluarkan engkau (dari perut ibumu).Malaikat itu mengeluarkan engkau dengan bagian-bagian dari sayapnya. Tidak ada bagimu gigi yang menggigit, tangan yang berkuasa dan berusaha untuk itu.

Aku terbitkan untukmu air dalam dua urat kecil pada dada ibumu, air itu mengalir menjadi susu yang bersih,panas diwaktu dingin dan dingin di waktu panas. Aku berikan rasa cinta kepadamu dalam hati ayah dan ibumu. Kedua orang tuamu tidak kenyang makan sehingga engkau kenyang lebih dahulu. Kedua orang tuamu tidak bisa tidur, sehingga kau tidur. 
Kemudian tatkala telah kuat tulang belakangmu dan kuat pula kulitmu, engkau menentangKu dengan maksiat dan durhaka. Engkau berpegang ke atas makhluk dan tidak berpegang atasKu. Engkau tutup dirimu dari orang-orang yang melihatmu, tetapi engkau menentangKu dengan maksiat dan durhaka dalam persembunyianmu. Engkau betul-betul tidak malu padaKu. Sungguhpun begitu jika engkau memohon dan meminta kepadaKu, doamu akan Kuperkenankan jua. Dan jika engkau meminta padaKu, permintaanmu akan Kukabulkan dan jika engkau bertaubat dan kembali padaKu, niscaya taubatmu akan Kuterima jua.

Photobucket

Apr 19, 2012

BILA IBU KECIK HATI

6 comments:
~ lebat ujan pagi ni, sejuk!!! ~saya sedih la bila org marah2 anak-anak saya. biar le saya yg bebel kat diorang, marah diorang, cubit diorang, babab diorang... jgn org lain! terasa... kecik ati sangat. rumah? kereta? semua bank punyer. peti ais? microwave? rice cooker? semua benda bleh rosak, ganti lain. suami? kepunyaan mak mertua... anak-anak je la harta saya dunia hingga akhirat. milik saya yg abadi. marah anak-anak saya? sama seperti marah saya :(
~ status facebook saya pagi ni ~
Photobucket

Apr 18, 2012

ALAMAK! BLOG ADA PROBLEM! TOLONG...

3 comments:
da perasan few days ago.
nape kat bloglist tak appear post terbaru?
fida pun da tegur...
sebab kat bloglist dia appear post saya yg lama...
then bilangan post yang appear kat blog pun hanya satu.
setting kan 3 posts appear kat main page .. ?

ada tak kawan-kawan boleh bantu?


Photobucket

Apr 17, 2012

WeEkLy PeRsOnAl UpDaTe ::: 17.4.2012

3 comments:
segmen terbaru di blog diari ni...
permulaan minggu.
rekod tersendiri, mudah buat rujukan di kemudian hari :)





~ menghitung hari
detik demi detik
pergerakan ok
aktif teramat :)
khamis ni check-up
kita lihat ye uri di mana & hB camner
moga ok
"ibu, bila nak scan saya ni?"

skit waktu lagi nak masuk 3rd trimester
bleh start prepare brg segala
sib baik gaji bulan ni nanti byk dari biasa... yahooooo! ~





~ simpanan jangka panjang ibu & ayah
tabung PTPTN anak-anak :)
ibu support korang, dgn syarat
gaji korang 15% nanti masuk balik akaun ibu / ayah
bleh gitu? ~





skang ni busy & heboh kisah PTPTN kat media. saya adalah sorang peminjam PTPTN. sign documents year 1998 dulu-dulu, sedang membayar.... ni rentetan berita terkini hingga yg lepas-lepas yg menarik perhatian saya sendiri. ni bukan isu POLITIK ye. hanya ambil tahu. bila kita amik kisah dua-dua pihak, sendiri faham, sendiri nilai. kita as rakyat, tunggu saje keputusan kerajaan :)

Siswa di Dataran terima sumbangan khemah

Pemuda PAS seru BN mengaku kalah isu PTPTN


Menteri: Pulangkan wang PTPTN jika mahu mansuh

hmmmm... bila nak election, gini la. bukan m'sia je, mana-mana negara pun. toksah la hairan. saya amat setuju dengan kenyataan Khairy Jamaluddin (ketua pemuda UMNO) iaitu antara lainnya :



... menggariskan supaya tindakan penyenaraian hitam dan bayaran perkhidmatan satu peratus ke atas peminjam dimansuhkan.Ia turut menuntut supaya bayaran pinjaman mula dibuat apabila peminjam telah berkhidmat melebihi enam bulan atau telah mempunyai pendapatan RM3,000 ke atas, bagi menjamin tempoh kelegaan peminjam...




ok la tu. sebab PTPTN pada saya jangan la dimansuhkan (unless free education granted!) :

  • ibubapa tiada kemampuan hendak menanggung perbelanjaan anak-anak di peringkat pengajian tinggi. selain bayar yuran pengajian, anak-anak dapat juga memanfaatkan duit pinjaman sebagai kos sara hidup yang lain. dpt la ibubapa menarik nafas lega. kalau ibubapa mampu pun tanggung (gaji ribu-ribu riban), kalau ada 3-5 anak di universiti, tak ke haru nak membayar nyer? duit pinjaman dapat membantu...
  • hapuskan je caj perkhidmatan terhadap peminjam. da confirm la peminjam tu student, takkan la nak bisnes dgn pendidikan? pinjam banyak tu, bayar banyak tu... as simple as that. yes, kami tahu bahawa kerajaan meminjam utk memberi pinjaman. kalau utk benda-benda lain kerajaan dpt beri subsidi (and lain-lain yg kita tau kerajaan byk keluar duit yg actually tak patut!), takkan la tang pendidikan tak bleh nak give and take skit??? kalau gitu, lebih baik kata wujudkan PTPTN. peminjam direct dgn bank saje, kan...
  • FREE EDUCATION ? saya tak nak komen... hu hu hu... kita kena fikir juga pasal negara, bukan pasal diri sendiri saje, kan?

sekian.
Photobucket