Friday, January 06, 2017

Resepi | Lasagna Roti Dengan Butterfly Electric Oven (B-5243) 43L

assalamualaikum.

salam penuh barokah di pagi jumaat.
moga semua berada di dlm lindungan Allah sentiasa. Aminnn...
ari ni saya nak share gajet terbaru di dapur ~ oven Butterfly.
sesuatu yg saya teringin nak membeli sejak berbulan yg lepas...
kumpul duit tabung sehari ke sehari 😊.

beberapa hari dok ulang-alik kedai elektrik kat seremban.
survey harga... survey kualiti... survey besar ke kecik ke.
sedia maklumkan, jenama Butterfly ni memang la otai ~ since 1935.
teringat time baru2 kawin, mak mertua saya ada satu oven Butterfly yg letak atas dapur tu.
yg cermin kaca... jap jap ni hah gambo nyer saya copy dari google.

Oven Butterfly with heat tempered glass

percaya x percaya, mak mertua saya masih buat biskut raya guna oven atas tu tau.
but now da takde, cermin nyer tu da pecah...
and last week, adik ipar saya beli kat kedai antik oven tu. tambah koleksi brg antik dia 💞.

 Butterfly Electric Oven (B-5243) 43L
ini la dia buah hati terbaru saya...
bergambo bersama buah hati dunia akhirat saya ~ izzat yg hensem.

 Butterfly Electric Oven (B-5243) 43L
aksesori yg disertakan bersama.
saya letak mug oren tu just utk perbandingan saiz.
besar oven ni. ok la utk kita baking kat umah aje.

 Butterfly Electric Oven (B-5243) 43L
ada fungsi rotisseri & inner lamp (oven lama saya xde lampu).
i like...

apa lagi, dgn segera kena la test oven baru ni.
sebab kalau dlm masa 1 minggu problem, boleh gi tukar baru kat kedai.
maka, mlm kedua tu, saya terus bakar lasagna roti.
kali ni saya ada ubah resepi skit utk sos putih. ikot citarasa sendiri.

ok ni close up sos bolognese yg saya buat.
buat byk2 and then boleh simpan dan frozen, kan 😋.

Lasagna Roti Dengan Butterfly Electric Oven (B-5243) 43L
cheesy !

Lasagna Roti Dengan Butterfly Electric Oven (B-5243) 43L

Lasagna Roti Dengan Butterfly Electric Oven (B-5243) 43L

saya memang puas hati la dgn oven butterfly ni uolls.
besar. cantik. yes la, before this saya guna oven free, redeem kat bonuslink 😃.
member yg suggest beli oven jenama butterfly. trusted brand utk oven. saya google pun, ramai suggest oven butterfly jugak.
tak syak lagi la... betul la pilihan saya. in shaa Allah.
harga? saya beli ni RM400. tawar-menawar...
few kedai offer saya harga yg lebih-kurang gini. so, ok la. dlm bajet.

Lasagna Roti Dengan Butterfly Electric Oven (B-5243) 43L
melting !

Lasagna Roti Dengan Butterfly Electric Oven (B-5243) 43L

Lasagna Roti Dengan Butterfly Electric Oven (B-5243) 43L


sib baik la anak2 saya tekak western. memang sekejapan jer la abis lasagna tu.
the next day, adik saya dtg umah.
buat lagi 3 bekas aluminium tu. abis!

saya at first cari instant lasagna di merata tempat.
tak jumpa !!! agak nyer time tu nak krismas, abis kot diorang yg nak beraya borong.
tu yg guna roti jer. but mr.asben prefer roti.
oleh itu pasni memang saya da x beli instant lasagna ler.
jimat skit kos nyer...

eh lupa plak nak share resepi sos putih olahan sendiri dari resepi asal :

  • cairkan 1/4 buku butter
  • then, masukkan 4 sudu tepung gandum. kacau rata, jgn berketul
  • then, masukkan 400ml susu segar. kacau dan kacau dan kacau rata
  • lastly, masukkan 1 kiub ayam
tu aje. saya tak bubuh cheese dan garam.
sebab nyer, nanti lasagna saya jadi over cheesy. memuakkan.
ni citarasa saya la. kalau resepi sos putih asal memang ada cheese, kan...


itu jer la nak share kali ni.
moga beri manfaat... moga beri idea...

ok bye!

9 comments:

  1. simplenye sos putih tu..boleh cuba ni..hehe

    ReplyDelete
  2. En. Hubby saya pun beli jenama Butterfly ni.. tapi dah lama nampaknya tersimpan dekat rak.. bila ntah nak guna balik.

    ReplyDelete
  3. Saya pernah ada yang model lama tu.. memang best bakar biskut raya.. hehehe

    ReplyDelete
  4. sedapnya lasagna tu....seronok la dah ada oven beso...semangat nak mambaking

    ReplyDelete
  5. wow indah betul kejadian lasagna tuh..bulih jual

    ReplyDelete
  6. wahhhh dia dah buat lasagna...sedap nampaknya..

    ReplyDelete
  7. cheeseeee...mcm mana nk diet niii..terpukauuu

    ReplyDelete
  8. Hihi...dah ada oven senang sikit nak berkarya kat dapur ye Aida.
    Lama dah tak berbaking baking ni. Maklumlah penyakit M tegah menyerang Aida

    ReplyDelete

Blogging...
Blogwalking...
Thank You For Coming :)