Sunday, May 28, 2017

Menara Condong Teluk Intan & Nasi Bamboo Sungai Klah

No comments:
assalamualaikum...

2 Ramadhan. 2.20 ptg... selesai solat zuhur, sekeluarga lepak dgn tv.
da siap masak dah 😃😃😃.
ptg skit kang nak gi shopping raya skit kat senawang. in shaa Allah...

tak nak la citer pasal puasa ke raya ke... nak throwback skit. layan citer holiday ari tu.
alang-alang ada masa ni, nak sambung final episod of jalan-jalan 4 hari 3 mlm ke perak.
balik aje dari lumut waterfront, ptg tu kami spend masa sekali lagi di tepi laut & tepi swimming pool.
menghabiskan masa-masa yg terakhir, sebelum misi jalan-jalan ni berakhir...
yg best nyer, ptg hari antara jam 4-6 ptg tu, di tepi pool tu ada jual makan-makan.

roti sosej yg sungguh sedap...
tgk rupa dia pun sgt la menyelerakan tau.

fries yg garing.

nampak tu ?
ijat yg lencun sedang makan fries.
dari pool, nampak je makanan tersedia kat tepi ibu, berlari la ijat kelaparan 😄😄😄.


sgt la best stay sini utk 2 mlm... indah. nyaman. kami bebetul spend masa sama-sama.
puas hati bercanda tepi laut. byk gambo kami amik tau. tapi tak sesuai tempek sini hi hi hi 😎.
esok nyer... lepas breakfast. layan pool seround. terus ready utk balik.



on the way balik, ada 2 tempat kami nak singgah.
memang plan dah dari awal. alang-alang naik ke perak, mesti la drop by.




menara condong teluk intan ni memang bebetul tgh bandar teluk intan.
sekeliling nyer bangunan-bangunan komersial. ia tersergam indah mercu tanda teluk intan.
sgt mudah nak cari.
tempat parking kereta pun tak susah.

then, kami sambung perjalanan...
makan tghari ?
kami stop di sini...
kali kedua kami ke sini. sungguh lain dah tempatnya.
dulu tepi jalan aje. now da jadik satu tempat makan yg proper.



tempat dah upgrade. kawasan da cantik. harga pun da mahal tau.
and tempat ni bergst tau 😄😄😄. tapi tu la, bukan nyer tiap hari, kan.
sesekali aje. alang-alang da lalu wajib la singgah merasa nasi bamboo ni.

ijat pun berselera!








ok ok lah... tau la ari ni hari kedua puasa.
selambak gambo makanan di tempek 😄😄😄. takpe la kan hi hi hi...

ok bye.
selamat berbuka uolls. saya nak melangkah keluar umah dah. shopping raya skit.


Friday, May 26, 2017

Persiapan Menyambut Ramadhan

3 comments:
assalamualaikum...

jgn lupa, mlm ni terawikh 😊

1. Imam al-Baihaqi meriwayatkan didalam kitabnya, Syu’ab al-Iman bahawa pada malam pertama Ramadhan, Allah akan melihat kepada Ummat Penghulu kita Nabi Muhammad dengan pandangan rahmat, dan sesiapa yang Allah melihat dengan pandangan ini, Allah tidak akan mengazabnya selama-lama.
Maka bersedialah untuk mendapat pandangan rahmat ini dengan taubat yang jujur, dan tumpukan sepenuh perhatian hanya kepada Allah.

2. Cuba untuk berada di tempat-tempat ibadah, seperti masjid, surau, atau tempat yang dikhususkan untuk beribadah dirumah, sebelum masuknya malam pertama Ramadhan (sebelum maghrib), bersedia menyambut ramadhan dalam keadaan khusyu’, khudhu’ dan gembira dengan bulan ketaatan.

3. Menulis jadual harian untuk bulan Ramadhan dan menggantungnya di tempat yang mudah dilihat supaya dapat diikuti, sesuai dengan kekuatan/kesungguhan setiap individu.

4. Menjaga solat fardhu lima kali sehari di awal waktu berjemaah, dengan berusaha menghadirkan hati dalam mengerjakannya, dan solat sunat sebelum dan selepas, berdoa setiap selesai solat walaupun seminit.

5. Mewajibkan keatas diri sendiri untuk membaca al-Quran tidak kurang dari 3 juz setiap hari.

6. Menjauhkan diri dari televisyen dan laman media sosial, sedaya mungkin, atau menetapkan waktu tidak lebih dari setengah jam sahaja jika perlu, lebih afdhal jika dapat ditinggalkan terus sepanjang Ramadhan.

7. Memberi tumpuan kepada sifat buruk yang tertentu yang ada pada diri kita supaya kita dapat meninggalkannya dengan berkat Ramadhan, dan kepada sifat baik untuk dimantapkan dan ditingkatkan.

8. Menjaga anggota badan dari perkara-perkara yang makruh, apatah lagi dari yang haram, supaya kita terbiasa dengan keadaan ini selepas Ramadhan.

9. Mempelajari niat untuk setiap perkara yang kita lakukan seperti makan, minum, bertutur dan sebagainya, supaya diri terbiasa dengan menghadirkan niat-niat baik pada setiap perkara pada bulan ini dan seterusnya.

10. Mengisi masa berbuka dengan doa kepada Allah berkenaan keadaan dan keperluan kita, keadaan Ummat dan apa yang sedang ia alami, dan jangan mengisi masa yang mulia ini dengan makan, minum dan lalai dari mengingati Allah kerana kelebihan waktu ini Allah membebaskan hamba-hambaNya dari api neraka, dan waktu dimana diterima doa-doa.

11. Mengkhususkan waktu, sebaik-baiknya dimalam hari, untuk bersendirian dengan Allah, mengadu tentang keadaan hati kita dan keadaan yang menimpa Ummat Nabi Muhammad.

12. Sentiasa merasakan ini adalah puasa Ramadhan kita yang terakhir.

13. Sentiasa bermuhasabah diri dalam setiap perkara pada permulaan hari dan malam, kerana kita mudah lupa dan lalai.


saya kopipes dari grup wasap.
sesuatu yg saya suka nak share di ptg 1 Ramadhan ni.
moga bermanfaat. terutama buat diri saya sendiri.

bye. Selamat Berpuasa. 

Giveaway Duit Raya RM100 By Elsaalicious & Sponsors

No comments:

jom support 😍

join la ye... klik banner 👍


Thursday, May 25, 2017

Cara Solat Terawikh Di Rumah Untuk Ibu-Ibu

6 comments:
assalamualaikum...

in shaa Allah, dipanjangkan umur, esok lepas isyak dah mula solat terawikh.
e'eh... dekat dah masa nya. in shaa Allah...
tahun ni pun rasa nyer saya x dpt nak ke surau, berjemaah berterawikh beramai-ramai.
perlu consider ijat yg masih kecil, aktif... karang kita solat, dia ntah ke mana!

ni pepagi tadi member share di grup wasap.
tercetus lah idea nak share...
ibu-ibu yg ada anak kecik mcm saya ni hah boleh la praktik kan kot.
jgn la sedih sayu x dpt nak ke surau 😄.

solat terawikh ni ialah solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu isyak. 
waktu tunaikan solat terawikh ni waktunya berpanjangan sehingga ke akhir malam.
so, sementara ayah ke surau, ibu & anak2 kat umah.
nanti ayah dah balik, turn ayah jaga anak2... ibu plak solat terawikh.

cara solat terawikh :-

Niatnya  :
أ ُصـَــلـِّــى سـُــنـَّـَــة َ الــتـَّـَــرَاو ِيـْــح ِ رَكـْــعـَــتـَــيـْــن ِ لـِــلـَّـَـه تـَــعـَــالـَــى
“Sahaja aku solat sunat terawikh dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”

bilangan rakaat buatlah yang termampu.  paling ringkas buat 11 rakaat, 8 terawikh dan 3 witir. lakukan setiap 2 rakaat satu salam dan seterusnya.  
witir pula, 2 rakaat 1 salam dan witir 1 rakaat 1 salam.

apa yang wajib adalah surah al-Fatihah, surah surah berikutnya adalah pilihan kita dan ia adalah sunat. 
segala bacaan di luar solat, seperti selawat, doa dan periwayatan khalifah tidak termasuk amalan solat terawikh, tetapi hanya selingan antara solat. 
tiada larangan untuk berselawat atau berdoa, jika cara dan adab melakukannya baik. 
dan ia tidak menjejaskan solat terawikh jika ditinggalkan.


solat witir adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan.
hukum solat witir adalah sunat muakkad
jumlah maksima solat witir itu ialah 11 rakaat (6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja. 

jika berniat hendak melakukan qiyamullail, boleh tangguhkan solat witir selepas selesai qiyamullail tersebut kerana solat witir adalah penutup kepada solat2 sunat yang lain.

niat solat sunat witir dua rakaat
أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
"Aku solat sunnat witir dua rakaat kerana Allah Taala"

niat solat sunat witir satu rakaat
أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَةً لِلهِ تَعالىَ
"Aku solat sunnat witir satu rakaat kerana Allah Taala"

doa solat witir :
"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu, dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu,
dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu.
Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai."

in shaa Allah...
sesungguhnya sgt teringin nak ke surau, bawa anak2 merasai keindahan berjemaah.
saya pernah ke surau. masa tu nurin 6 thn & syuhada 4 thn.
belum sampai ke solat terawikh lagi tau uolls, time tu sedang solat isyak.
dua anak bertuah tu dah bikin havoc. masuk dlm telekung. tarik telekung.
berborak 2 beradik, berborak mcm kat umah 😄. abis solat isyak, terus bwk diorang balik umah.
aduhai...
tak nak hingga ia ganggu solat jemaah yg lain, kan... hi hi hi...

ok tu aje sharing.
moga bermanfaat...

Wednesday, May 24, 2017

Apa Pun Yang Kita Buat, Orang Lain Akan Tetap Mengata !

5 comments:
assalamualaikum...

kul 5.11 ptg dah pun ni hah...
update blog jap. pastu trus nak racing amik ijat terchentaaa...
ari ni mau masak daging kicap & sambal terung. sayur to be confirmed 😃.

nak selit sikit cerita-ceriti pengajaran ptg ni...
muhosabah diri sendiri.

naik salah... tak naik pun salah...
naik berdua salah...
naik salah sorang pun salah!

hakikat yg mesti kita tahu. 
sebaik mana pun perbuatan kita, kita tetap takkan dpt memuaskan hati segelintir org.
ada aje modal nak mengata... tanpa tahu apa keadaan yg sebenar.
kekadang saya sendiri pun, pandang org lain serba tak kena aje hi hi hi...
then, bila sedar diri, tarik balik sangkaan dan kata-kata tu ha ha ha 😅.
tu la... yg penting pada saya, kita jgn amik tahu hal org berlebih-lebih sgt.
jika perlu saje. kalau berkaitan kita aje. 
then only baru kita boleh lari dari create persepsi buruk pasal org lain.

bersangka baik... bersangka baik... bersangka baik...
mudah-mudahan bila kita begitu, kita dpt jugak balasan baik dari org lain...

Bersemadilah Dengan Tenang, Sahabat...

8 comments:
assalamualaikum sahabat 😍.

1-2 hari lepas, pagi-pagi sebelum subuh, hujan... nyaman... alhamdulillah.
pagi ni pun, lencun bumi diterjah hujan seawal jam 5.30 pagi.
kalau la tak keje, mahu nyer lepas solat subuh tu tarik selimut semula hi hi hi....

subuh ahad yg baru lepas, dikejutkan dgn berita kematian sorang rakan ofis.
kemalangan jalanraya...detail nyer di laporan akhbar ni.

saya baru kenal dgn arwah, dari 27.12.2016 saya transfer balik ke melaka la ari tu.
but hari ahad lepas juga, baru saya tahu bhw sewaktu saya baru masuk keje di seremban 2015 ari tu, arwah sepejabat dgn saya. memang saya x perasan, aduhai...
he was a nice guy. tak byk ckp. apa diarahkan, buat tanpa bwk soal...
few times bawa & assist saya di mahkamah.
arwah meninggalkan seorang isteri & 3 org anak (sulung baru berusia 7 thn, 4 thn & setahun).


alhamdulillah... daripada hospital, ke rumah arwah dan hingga ke tanah perkuburan, anggota kami (sahabat-handai arwah) mengiringi jenazah, penuh rasa hormat.
semua selesai dgn cepat dan sempurna, dgn izin Allah.

pagi isnin ari tu, saya masuk ofis, spt biasa akan lalu di meja arwah, terlihat gambar nyer di sudut meja...
Allahu Akbar... sesungguhnya ajal maut itu memang dtg tiada alamat. sayu rasa hati.
pagi isnin, kami mengadakan tahlil kecil di ofis 'hadiah' utk arwah...
di sebelah tghari pulak, kami beramai-ramai ke rumah arwah, tahlil di sana.

aduhai 😭😭😭😭. melangkah masuk rumah arwah, terpandang anak2 yg masih kecil. merentap btol lah hati saya! sebak...
yg sulung & yg kedua tu, relax atas sofa, main kereta mainan.
anak-anak arwah ketiga-tiga nyer lelaki. yg kedua tu sgt mirip ayahnya. sebijik!
yg kecik tu, di pangku ibu, disuapkan roti secebis demi secebis.
si ibu kelihatan letih yg sgt dan sugul. tetap kuat utk suap si kecik roti, sesuap demi sesuap.
diperhatikan, sesekali si ibu lap air mata yg mengalir di pipi...
yg kecik tu masih blom pandai jalan... nampak kami, dia meronta gembira. gelak kecil.
sewaktu doa dibacakan, saya dah tak dpt tahan kesedihan dah... berjujuran air mata kuar mcm tangki air pecah.

di ofis pun, kami masih lg tak dpt tahan sedih if tetiba terkenangkan arwah...
al-fatihah buat arwah dibacakan sebagai ganti hati yg sedih.

"bersemadilah awak, Saad, dgn tenang. moga ditempatkan di kalangan org2 yg beriman..."

sempena kedtgan ramadhan, in shaa Allah dipanjangkan umur kita semua, sabtu ni... saya nak wish Selamat Berpuasa.
da masa dah kita ubah diri dan sesuaikan diri utk Ramadhan yg da sgt dekat.
aktiviti harian da kena ubah... bulan penuh barokah, bulan ibadah...

sesungguhnya ajal & maut tu di tgn Allah.
ari ni kita bersama, esok hari belum tentu dpt bersua.
saya pohon maaf ye. kiranya ada coretan saya kat blog ni yg buat sesiapa terguris.

😊😊😊

Monday, May 22, 2017

Berkunjung ke Bayou Lagoon Park Resort, Melaka ::: Tawaran Hebat :)

10 comments:
(9.00 pagi)
assalamualaikum 😄😄😄.
pagi ni spt biasa anta kakak-kakak ke skola and pastu anta izzat ke PASTI.
then, di trafik lights simpang empat kampung tun razak tu, lampu merah...

alahai... cuti skola bulan mei nanti jatuh pada bulan Ramadhan...
if not, teringin juga lepak mandi-manda di bayou lagoon 😍😍😍.
bayou lagoon lah pilihan hati saya. waterpark nyer sgt la best 👍👍👍. recommended!

tu la... maka pagi ni nak citer-citer tentang keseronokan ke bayou lagoon ni.
bayou lagoon ni terletak di Lot PT 17178, Leboh Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh, melaka...
alamak! kat mana ni??!! 😄😄😄 di bukit katil la uolls...
tersgt la mudah nak mencari lokasi nyer... tepi jalan aje.
bayou lagoon ni adalah resort yg complete dgn semuanya ~ waterpark yg ohsem, penginapan yg selesa, convention centre, apartment nyer yg ala-ala resort mewah.
waterpark adalah tarikan utama uolls...




bayaran waterpark di hari bekerja (9 pagi - 7 mlm) :
  • dewasa : RM22
  • kanak-kanak : RM16
  • warga emas : RM11
bayaran waterpark utk hujung minggu & cuti umum (8 pagi - 7 mlm) :
  • dewasa : RM28
  • kanak-kanak : RM20
  • warga emas : RM14
waterpark ditutup hari Selasa ye (kecuali la cuti umum).
now, saya tempek gambo2 throwback keseronokan saya dan anak2 ke bayou lagoon.











tu baru waterpark... jgn risau, ada lagi lain2 tarikan keseronokan kalau uolls dtg bayou lagoon.
ni saya share few gambo dari website bayou lagoon.

games arcade room

gymnasium

9D motion theatre

magic art museum
dewasa : RM28
kanak-kanak : RM22

pastinya, utk rasa seronok... berbaloi berjalan ke Melaka, stay la di bayou lagoon 1 - 2 mlm.
hilangkan penat... merasai keselesaan menginap di bayou lagoon uolls...
di bayou lagoon ada lebih daripada 500 apartment yg pastinya serba lengkap dgn segala keperluan asas kita.
semua apartment ni ada 1 ruang tamu, 1 ruang makan & 1 ruang dapur.
ini memang sgt best kan? apa yg membezakan adalah keluasan apartment, bilangan bilik tido dan tandas.
  • Studio Room : 491 kaki persegi, 1 bilik tidur & 1 bilik mandi
  • 2 Bedrooms apartment : 722 kaki persegi, 2 bilik mandi
  • 3 Bedrooms apartment : 1007 kaki persegi, 2 bilik mandi
  • 3 Bedrooms penthouse : 1444 - 2015 kaki persegi, 4 bilik mandi & 1 bilik pembantu rumah

2 Bedrooms apartment

2 Bedrooms apartment

2 Bedrooms apartment

3 Bedrooms apartment

3 Bedrooms apartment

3 Bedrooms apartment

Studio Room Jacuzzi

rate stay di bayou lagoon bermula dgn harga RM207... tapi jika korang book Bayou Lagoon Park Resort on Traveloka, uolls pasti boleh dpt rate yg lebih marveles!

antara lain yg boleh saya citer, tentang makan, ada 2 tempat makan ~ Bayou Coffee House & Time Out Cafe (ni tepi swimming pool).

Bayou Coffee House

kata la nak buat family day ke, kursus, seminar, meeting ke... or buat majlis persandingan, especially org Melaka, jgn tak tau ye, bayou lagoon ada sediakan :
  • meeting room (lengkap dgn projektor LCD, skrin, tv dan lain-lain yg berkaitan)
  • convention centre yg berkeluasan 23,680 kaki persegi
  • ballrooms

ok. rasa nyer saya da citer kan hampir semua perkara yg best pasal bayou lagoon.
apa lagi.... selak kalendar & klik sini 😍😍😍
bye for now...