Thursday, November 02, 2017

JDT | Murtabak Majid Special Cheese No. 1 & Restoran Kari Kambing 40 Hari

assalamualaikum friends & families 😍

selamat petang.
petang khamis yg indah... macam biasa la, hari khamis saya di Cheras, rumah kakak.
ada kelas pagi. so pepagi tadi before gi kelas, breakfast dgn emak abah sambil borak-borak... 
sambil layan ulangan drama Hero Mr.Cinderella kat Astro Ria.

ha ha ha ha 😅 is like separuh dari hari-hari saya sekarang dok terkenangkan assignments.
ni belum lagi buat phD. oooooooh, surely makan tido minum baring berdiri duduk semua terkenangkan research.
take a break... update blog 😎.

throwback jjcm ke JDT ari tu... storymory saya yang pertama, kedua dan ketiga
ni adalah entry jjcm JDT yg keempat la. tabah la ye kalau baca blog kecil ni. part time blogger la katakan.
tak dpt nak up cerita sekaligus hi hi hi hi...

maka, morning tu, anak-anak spent time di swimming pool.
selepas breakfast di cafe. telling you the truth, breakfast di thistle JB sedap. puas hati. seronok anak-anak makan.
izzat masih free entry. kakak-kakak RM30 per entry. so memang saya paksa diorang makan banyak2.



sib baik la dua dara ni pandai berenang... senang hati saya. just pantau dari kejauhan je.

then seperti biasa la, check out 12 pm. dah ada plan dah where to go 😍.
pertama, kita tapau dulu murtabak majid special cheese no. 1 di JB. 
bila google pasal murtabak cheese di JB ni, ada 2-3 tempat yg dicadangkan.
boleh la pilih ikut sedap rasa. saya pilih untuk cuba yang no. 1 la kan korang. alhamdulillah.
tak susah pun nak mencari kedai ni kalau ikut google map. lancar je perjalanan kami.
keluar hotel dlm jam 12.10 pm. tiba di situ lebih kurang jam 12.25 gitu. few minutes before 12.30 pm, waktu kedai no. 1 ni dibuka.


masa tu belum ramai orang. sempat la saya berborak dengan sorang customer yg sama-sama sedang tapau murtabak majid.
kata regular customer tu, dia memang seminggu 1-2 kali akan tapau murtabak majid ni utk anak-anak minum ptg. memang dia recommend sangat la. alhamdulilllah...

untuk rujukan korang 😍

 cheese murtabak daging special

murtabak ayam special

😍   👍

settle tapau murtabak-murtabak di atas, kami terus bergerak pantas ke satu lagi destinasi makan.
mahu cepat-cepat keluar dari JB ke arah destinasi makan yg lama teringin dah!
sempatlah anak-anak bertiga 💤💤💤 sebab perjalanan amik masa lebih kurang sejam.


akhirnya.... setalah begitu lama lalu-lalang depan restoran ni, hari tu kami sukses berpijak di restoran ni. masuk exit ayer hitam.
memang ramai orang ari tu. restoran kari kambing 40 hari. waktu operasi nya 7.30 pagi hingga 3.00 petang ye korang. take note.
parking penuh sepanjang jalan!
dengan cuaca yg panas terik masa tu. nasib baik la kami cepat dapat ruang parking. perut pun dah berkeroncong time tu. yeszaaaaaa...

ni la juadah lunch kami.
nasi arab versi 40 hari campur ayam dan kambing.
1 dulang ni memang cukup utk kami 5 sekeluarga. RM48 saje. free 1 jug air. 
kami pilih air sirap. ada lagi air lain, order aje la. yg penting 1 jug 👍.

kami makan dalam dulang... best!
boleh juga makan dlm pinggan plastik, ada disediakan. terpulang kepada korang la.

saya sangat suka la makan sini. nasi sedap. kuah kambing sedap. and konsep dulang tu sgt menarik.
kami makan hingga licin la dulang tu. tinggal tulang aje tau. alhamdulillah.
pasti akan singgah lagi kiranya ke ayer hitam... korang yg lom pernah singgah, singgah le.

nampak tak muka kekenyangan izzat ? 😅
 izzat saya sendukkan nasi penuh sepinggan. makan sorang.
dia tak reti makan sedulang dengan kami...



kenangan di kemudian hari...

bye. moga berjumpa lagi...

satu perkara nak inform. waktu operasi restoran ni kan hingga jam 3 petang.
kami dapati, bermula jam 2.30 petang, pekerja restoran da start lipat meja-meja yang tiada org duduk.
masa tu masih ramai yg memasuki restoran. masih ramai yg sedang beratur nak membeli.
but tu la... mereka da mula ready untuk tutup restoran.
maka, korang yg nak singgah, make sure sampai by jam 2 petang la. kita kena akur dgn waktu operasi restoran 👍.

perut dah kenyang. hati da rasa happy... maka seterusnya, saya ajak mr.asben exercise pula before mula perjalanan balik ke melaka.
exercise? apakah?
next entry saya cerita ye hi hi hi....

bye for today korang 💜

2 comments:

  1. Memang femes 2 kedai ni, x pernah x ramai. Belum sempat nak try. Terliur ni. Hehe

    ReplyDelete
  2. wow dari haritu lagi ramai betul yang share pasal kari kambing 40 hari ni. Jealousnya

    ReplyDelete

Blogging...
Blogwalking...
Thank You For Coming :)