(9.30 pagi)
assalamualaikum....
pagi nan indah di hari rabu uolls...
melaka cuti dari awal subuh tadi. sejuk! 😄
throwback la edisi cerita holiday cuti skola ari tu 4 hari 3 malam kami berjalan.
day 1 check in di copthorn hotel dan relax sungei palas tea centre, cameron highlands.
then ptg tu lepak bergembira di cameron highlands holiday's park.
day 2, before check out, pepagi kami menapak ke kea farm, cameron highlands.
on the way ke lumut, perak, singgah melawat kellie's castle di batu gajah perak.
check in plak utk mlm kedua di swiss garden beach resort damai laut, lumut perak...
mandi manda... main pasir... santai sekeluarga tepi pantai.
now nak citer plak day 3 kami berjalan ke lumut town ~ jeti lumut nak ke pulau pangkor.
kami tak ke pulau pangkor kali ni. tiada dlm plan 😄.
time nak berjalan kuar hotel tu, biasa le, santai-santai, kami bergambo sekeliling hotel.
hotel indah. memang byk la pot yg cantik menarik utk posing.
setiap inci hotel ni memang dihiaskan dgn pokok2 hijau. tak byk pokok bunga saya perhatikan.
yahooooo... sudah mau sampai ke jeti lumut 👍.
beli kupon mau park kereta.
padat jugak area pekan lumut ari tu tau. berpusing 2-3 kali jugak nak cari lot parking.
bila sampai je tepi jeti, ngadap ke laut, ijat byk tanya.
"ada bot kecik. ada bot besar..."
ibu nak snap gambo dia pun, dia masih bercakap 😀.
berlatarbelakang kan jeti lumut nak ke pulau pangkor.
makan eskrem dulu... cuaca terik!!!
tu hah building jeti dari seberang jalan.
berehat jap menikmati pemandangan laut terbentang luas.
pantang nampak org jual jeruk madu pak ali, beli 3-4 bungkus jeruk jugak kat lumut ni.
memang la rambang mata!
1 barang = RM4.50.
3 barang = RM12.00. jimat RM1.50.
ni la yg glamer di lumut & pulau pangkor.
ikan bilis mata bir ~ halus, sedang, besar, siap belah,... pilih ajer la mana yg berkenan.
3 jam jugak kami pusing-pusing... beli-beli buah tgn. makan tghari kat food court jeti lumut tu.
mcm makan ada kat food court ~ makanan melayu, western, eastern, mamak style, ...
sedap dan mengenyangkan...
lawatan yg santai... exercise berjalan kaki keliling pekan.
tentang nak shopping, uolls jgn la risau. keliling pekan tu memang semua menjual ikan bilis.
jual cenderahati ~ fridge magnet, keychain, t-shirt,... berlambak uolls. sediakan aje duit nyer.
harga pun lebih kurang sama ~ tertakluk la kpd tawar-menawar sekiranya ada.
tak la terkilan sgt tak seberang ke pulau pangkor hi hihi... lenkali la ekk anak-anak.
one day kita gi lepak pulau pangkor, snorkelling... terdampar di tepian pantai sekali lg.
best!
tentang nak shopping, uolls jgn la risau. keliling pekan tu memang semua menjual ikan bilis.
jual cenderahati ~ fridge magnet, keychain, t-shirt,... berlambak uolls. sediakan aje duit nyer.
harga pun lebih kurang sama ~ tertakluk la kpd tawar-menawar sekiranya ada.
tak la terkilan sgt tak seberang ke pulau pangkor hi hihi... lenkali la ekk anak-anak.
one day kita gi lepak pulau pangkor, snorkelling... terdampar di tepian pantai sekali lg.
best!
10 Comments
wah bestnya. takpernah lagi sampai lumut hehe
ReplyDeleteteringat dulu masa sy study dkt uitm. kalau ada cuti kesini la.. hehe
ReplyDeleteAna tak sampai lg ke Lumut. InsyaAllah kalau ada rezeki mmg nk ke pangkor. Rindu pula nk ke CH. 😊
ReplyDeleteAlhamdulillah..excited ijat ya..hehe...
ReplyDeletetak tau pulak ada kedai jual jeruk pak ali kat situ... lama juga tak pergi ke jeti lumut ni.
ReplyDeleteWah.. Bestnya jenjalan lumut.. kalau cuti memang sesak lumut tu..
ReplyDeleteLumut belum sampai lagi. Aritu pergi Kuala Kangsar & Zoo Taiping ja 😄
ReplyDeleteIkan bilis mata biru tu, tak nampak pun matanya biru! Hahaha! Kalau dah ke sini, apalagi yang nak dicari ya. Dah tentulah shopping barangan sebegini.
ReplyDeleteSaya pun nak jugalah pergi ke Pangkor. Belum pernah sampai lagi.
bestnya jenjalan sambil shopping2 barang makanan yang murah2
ReplyDeleteKalau datang lumut.. jemput laa singgah gerai ayam goreng rm 1 mak ni
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.