assalamualaikum.... salam sejahtera 😎
apa khabar uolls ari ni... isnin kembali. dah ptg pon ni hah.
cuaca ari ni kat bkt katil --> pagi mendung, then matahari menyinar terik... dlm jam 12.30 tghari tadi, hujan tetiba!
tapi... setengah jam ajer, lebih kurang...
kul 3.30, kembali mendung, hujan renyai manja sekali dgn pakej dgn dentuman halus guruh di langit.
hingga la skang ni kul 4.40 ptg, masih hujan.
pe pon alhamdulillah... seimbang lah tu. fenomena yg complete kan each other.
alhamdulillah...
nak sambung throwback kisah jjcm di jdt. pepagi bekfes di muar, then lunch di jpo and check in di thistle johor bahru.
frust btol bila food truck di dataran JB da dipindahkan.
google la info, kata nyer ada food truck di bandar baru uda dan hutan bandar.
kerana teringin sgt ke food truck, kami pon teruskan perjalanan ke lokasi laman food truck hutan bandar.
waktu masa tu lebih kurang hampir jam 8 mlm la. hampa! sampai di lokasi, hanya ada 2-3 food truck saje. kata hati, "nak stop ke? tak nak stop ke?".
hmmm tak la. maka stop la kami di tepi jalan yg selamat, mula la diskusi lagi. pilihan nya :
- pasar karat,
- food truck BBU,
- zz sup tulang, atau
- kilang bateri...
memang tak boleh nak pilih lebih dari satu tempat utk kami jjcm mlm tu.
sebab time ibu ayah sedang diskusi tu, izzat dah pun terlentok 💤💤💤. iyer la. dari kul 4 ptg hingga hampir-hampir 6.30 ptg dlm swimming pool, mana tak penat kan.
ke sini lah kami utk dinner mlm tu - Kilang Bateri Johor Bahru 😍
kami tiba dgn hati yg berbunga-bunga mengharapkan yg terbaik. and yes, kami kagum. perfect place.
ada cafe di luar yg sgt hipster uolls. selesa. bersih...
ada juga ala-ala food court di sebelah dalam. kami awal-awal da tertawan nak makan kat luar. sebab kelaparan!!!
tak sempat nak masuk dlm dulu 😆😆😆.
belakang tu cafe pilihan kami... apa ekk kami makan?
tak senang tau nak ajak anak bujang ni bergambar 😍
cafe factory chicken = western platter RM48
sedap! licin dulang kami hi hi hi...
then kami amik skit masa utk masuk kilang bateri utk jamu mata...
memang ramai org mlm tu. kebetulan, student UTM ada buat program utk pesta konvo mereka.
meriah... happening!!!
dlm tu kan ada food court... before balik tu kami rayau la jugak kat situ. asben nak cari ais kacang.
and yahoooooo berjumpa 😍.
ais kacang jagung...
ais kacang coklat 😍
kat sini ada jugak mee rebus hj wajid uolls. beratur panjang!
ada jugak kacang pool... mana-mana yg tak sempat nak ke larkin merasa kacang pool best, boleh la rasa kat sini. sekali jalan dgn mee rebus kan.
korang nampak tak izzat di mana dlm gambar di atas ? 😅 😅 😆
perfect night 😍.
got a perfect place to hang out... alhamdulillah...
hi hi hi camera tak cantik... tapi nampak kan B A T E R I tu...
uolls nak tau. kami gerak balik dari kilang bateri... depan skit aje, lalu kat food truck BBU.
happening jugak tau. aduhai... dekat aje rupanya. depan sikit, plaza angsana... aduhai.
situ aje rupanya lokasi kilang bateri & food truck BBU.
time dtg lalu jln dlm, ntah mana la kan, ikot google map jer. bila nak balik baru perasan semua landmark 😄.
so korang, kalau terlepas ke JB, boleh la singgah makan-makan kat kilang bateri ni.
boleh shopping jugak, memcm ada jual kat sini --> pakaian, perhiasan, elektronik, etc...
till then, have to say good bye. mau masak dinner plak.
9 Comments
Kilang bateri ni masih kukuh dlam wishlist SA..ntah bila nak pangkah ni..hehehe....next nak bawak family jenjalan sini la
ReplyDeletetak pernah pulak tahu pasal kilang bateri ni. terliur tengok makanan dia :D
ReplyDeletePernah baca cerita orang je pasal Kilang Bateri ni Aida. Tapi tak pernah lagi sampai. Entah bilalah nak ke JBnya. Nmapak mcm best jugak tu ye Aida. Mmg happening
ReplyDelete2 orang Kakak tu muka sebijik, macam kembarlah Aida
Jauhnya pi makan.. hehehe
ReplyDeleteKilang beteri ni memang pemes , bila la nak jejak adoiii la.. Malas betui nak drive jauh2..ahha
ReplyDeleteYang ni pernah sampai.memang tempat yang happening. Kacang pool dapnya..
ReplyDeleteMeriahnya kilang bateri! Ais kacang tu sungguh menggoda :)
ReplyDeletedh sampai sini jugak tp lambat nina pegi makanan byk habis. last2 mkn food truck
ReplyDeleteMakanan lagi.. Rasa macam nak jilat screen computer lak.. Hahaha..
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.