assalamualaikum 😌
mlm ni, sambil blogwalking, update blog jap dgn kisah lampau.
throwback gituuuuu...
sambung citer pasal kembara kami di Cameron Highlands ari tu.
👉FIRST, Avant Chocolate Cameron Highlands
👉SECOND, Kafe Banjaran
👉THIRD, Pasar Malam di Jalan Golden Hills, Sg. Ruil
👉FOURTH, Agro Highland Cafe, Sg. Bisek
👉FIFTH, Cameron Valley Tea House 1
gambar byk. hampir setiap langkah di setiap tempat, saya snap gambar anak-anak.
buat kenangan di hari depan. in shaa Allah...
maka nak pilih tu utk dimuatkan dlm blog ni, amik masa.
then, paling sedih, sedang elok mengarang perkataan demi perkataan setelah menempek semua gambar, zassss laptop abis bateri.
tak sempat save 😩😩😩.
hanya Allah yg Maha Tahu betapa seksanya jiwa. aduhai...
itu lah yg entri ni tertangguh beberapa hari.
next place yg kami singgah ptg Ahad tu adalah Big Red Strawberry Farm.
kali kedua kami ke sini. kali pertama di entry ni.
dari Cameron Valley Tea House 1 hingga ke tempat ni, kami ambil masa lebih kurang 4 jam!
tak la jauh pun. 9.7 km jer. tempoh masa biasa tanpa trafik jem ialah 👇 19 minit.
korang just bayangkan... perjalanan 9.7 km kami tu ambil masa lebih kurang 4 jam 😅.
abis la 2 movie kami tonton dlm kereta. aduhai... pengalaman pertama kami terperangkap dlm trafik jem Cameron Highlands.
dikatakan viral jugak trafik jem weekend kami ni.
kami confirm bhw ada accident yg agak teruk kot di area tanah rata.
sebabnya, on the way kami balik ke hotel, ada 1 kereta bomba, 1 van bomba dan 1 ambulan turun dari arah Spg. Pulai.
kami da sampai hotel, trafik jem dari arah Spg. Pulai ke tanah rata masih lagi jem sehingga hampir 12 tgh mlm.
memang jelas la dari bilik hotel kami lihat kereta bersusun hingga ke tgh mlm. sian lah para pemandu.
dari jam 8 mlm sehingga tgh mlm tu, lebih kurang 3 ambulan lalu dari arah Spg. Pulai.
dari ptg tu hingga ke pagi, hujan plak tu. so korang just imagine lah accident yg berlaku tu.
penyebab jem teruk!!!
setelah 4 jam stucked dlm kereta, saya paksa mr.asben utk stop di Big Red Strawberry Farm ni.
nak kasik anak-anak dara ke tandas. solat.
nak kasik mr.asben rehat dek kerana menekan pedal brek & minyak selama 4 jam 😅.
lagipun, perut kami pun dah berkeroncong. nak gi la makan-makan pe patut...
agak ramai org stop di Big Red Strawberry Farm ni. nak la beli cheese kek strawberry, tapi habis dah.
byk juga makanan yg dah habis.
anak-anak dara plak memilih utk makan maggi cup jer.
so, kami berlima makan maggi cup ni. panas-panas. menghirup kuah nyer yg panas, memang melegakan.
tak lupa la beli jus strawberry dan waffle sos strawberry jugak. pengganti cheese kek hu hu hu...
lepas memasing dah kenyang... dah lega... urat yg stucked 4 jam tadi dah lerai... kami start tour.
Izzat sgt lah excited nak bergambar di strawberry giant ni.
dia saje, lebih daripada 5 gambar.
kiri la. kanan la. duduk la. berdiri la...
geram sgt tgk bunga hydrangea ni. gebu!
aim utk beli ni nanti-nanti. tanam kat rumah baru, atas tanah. mesti cantik laman 😍.
hah! nampak kan gambar Izzat yg byk tu 👆?
punyer lah dia jadi kemaruk nak bergambar di setiap sudut Big Red Strawberry Farm ni.
jenuh melayannya. naik turun tangga. ikutkan aje dia... better lah dari dia tak nak bergambar langsung, kan...
sgt suka gambar ni.
nampak bujang sgt baby boy ku hu hu hu hu...
kali ni tak beli satu pun cactus.
geram!!! nak beli sgt.
mengenangkan now kawasan rumah takde utk tanam dan bela nyer, lenkali jer lah...
sgt nyaman la round area ni. luas... byk ilmu yg dpt disalurkan kat anak-anak.
diorang pun sgt seronok.
kebetulan, time kami round dlm ni, cuaca hujan adalah lebat.
maka, time spent here was so berbaloi lah...
kat dah citer kat atas tu, trafik jem agak teruk, kan?
dari Big Red Strawberry Farm ni ke Copthorne Hotel, 4.9 km tu kami ambil masa dlm 1 jam.
normally dlm 15 minit jer kalau trafik ok...
time ni lah abg bomba lalu melewati kami ke arah Tanah Rata.
sempat la saya snap gambo tali arus ketat kereta masa ni hu hu hu hu...
pasrahh jer lah...
kami dok tgh fikir mana la nak dinner plak.
nak test stimbot, mcm takde arah nak ke mana bila kereta pun tak bergerak di tgh jalan, kan.
so decide nak makan di kedai-kedai dekat dgn hotel jer nanti.
and alhamdulillah, ada kedai makan nasi ayam kat kedai depan Copthorne Hotel. masih buka.
tak lengah lagi, jam pun dah kul 7.30 mlm masa tu, kami stop jer.
sgt sedap nasi ayam & nasi goreng ayam kedai ni.
sambal nyer is wow!!!
bukan sebab kami lapar tahap maksima tau, memang sedap!!!
sambal makan, terpandang bunga di tepi meja makan kami... nice!
abis makan, Izzat terus aktif semula.
sepinggan nasi goreng ayam dihabiskannya. alhamdulillah.
bersungguh dia nak bergambar dgn kon tu. layan kan jer lah 😅
what a happening day.
started with a great breakfast...
simple hiking di kebun teh.
stucked 5 hours dlm kereta 😆.
ending the day with a great dinner. alhamdulillah.
kami berlima lena 😴 mlm tu.
38 Comments
ni kak aida pergi masa bila jem jalan tu...
ReplyDeleteAhad few weeks ago, ekin. Tarikh x ingat. Time cuti 4 ari tu la.
Deletethn ni igt nak buat family day kat CH tp tak kesampaian bila masalah kewangan melanda..huhu
ReplyDeletexpe. In shaa Allah rezeki d masa akan dtg, cik nor :-)
DeleteBanyaknya gambar Izzat..SAnpun sebenarnya nak naik CH cuti yg lepas..tp tp bila fikirkan jammed..rasa macam x sanggup plak .kalau nak pergi pun biar la hari biasa..x sanggup jammed macam ni ha..
ReplyDeleteSampai mood dia nak bergambo, SA. Layankan ajer lah hi hi hi... Yes. Serik jugak sebab da terkena trafik jem kan. Lenkali gi hari bekerja je. Cuti skola. Harap x jen cenggini lagi.
DeleteSeronoknyaa berjalan cameron.. Teringin nak pi lagi.. Hihi.. Haritu macam jalan tak habis je. .Sobss
ReplyDeleterindu CH :(
ReplyDeleteThis is the main reason my hubs taknak gi CH, heavy traffic. Ghitu dah booked pun hotel tapi cancel sbb fikir time raya mesti pack huhu.
ReplyDeleteHydrangea my favorite too!
a few years no go to cameron highlands, missed the cool weather there. I like all your pics and yeah strawberry must have there and I like eat their ice cream strawberry stick!
ReplyDeleteaida, kak ana kalau nak Cameron sebolehnya elak peak season, tak sanggup rasanya nak tempoh jem, tapi sekarang ni setiap weekend pun jemm kat sana.
ReplyDeleteWow, one hour stuck in the jam really frustrated especially the journey is short. I miss Cameron and it been 10 years never go. I like the strawberry park.
ReplyDeletememang jem sangat kalau naik CH masa cuti ke apa haha kalau nak bercuti dengan tenang kena naik hari biasa je.airah dah lama tak pergi CH
ReplyDeletedah lama tak ke cameron...tp sakit hati kalau pegi time hari minggu dan cuti sekolah..pnt duk dlm kete je kan..
ReplyDeletesyok nya pergi cameron highland.. great nice weather.. cool cool.. great place to visit as well.. the strawberry park..
ReplyDeleteKita lama dah tak pergi Cameron ni teringin nak pergi sana lagi nak rasa kesejukan kat sana rindu lah hehehe nak petik strawberry dan nak makan jagung manis kat sana waaaaa....
ReplyDeletekalau tak jem memang seronok tau g cameron...tenang dan damai jer...haii...rindunya nak ke cameron
ReplyDeleteLiez kalau g cameron memang tak singgah mana2 sangat.. kea farm tu wajib then boh tea.. tempat lain tak pernah nak masuk.. nnt liez nak masuk semua tempat yang best
ReplyDeleteMemang best gi cameron,kak pegi time biasa pun Jen,klu cuti2 Delilah,hari minggu lg jem
ReplyDeleteHushhh jem teruk tu..memang sabar banyaklah bila dah terpaksa mengadap jem tu
ReplyDeletemodel-model ciliknya, comel2 belaka ^^
ReplyDeleteSuka tengok blogpost akak. Penuh dengan gambar menarik. Malah setiap tempat akak cuba makanan dan minuman. Baru lah betul nak share dengan pembaca. At least kami pun boleh merancang. Saya plan nak pi Cameron dah. Tapi cuaca macam tidak mengizinkan. Risau nak naik bas ke sana. Mungkin next year ke kan. Hehe
ReplyDeleteWahh seronok anak-anak berposing kat cameron..:D. Sis baru last year naik cameron, memang seronok, lebih2 lagi dapat petik buah strawberry yang dah masak ranum..syiok sangat. Terasa pulak nak naik lagi kesana
ReplyDeleteSalah satu sebab bercinta nk ke CH time cuti sebab ni lahhh..juhuhu..tapi rindu la CH...sejuk2 mcm tu..bestnya
ReplyDeletememang seronok kalau bercuti ke Cameron Highland, memang tak jemu. Cuma kalau pergi waktu cuti selolah, memang jemmmmm sangat...tu yg tak tahan tu
ReplyDeleteRindu nak makan strawberry bila tengok entri ni rasa tak sabar nak ke Cameron bulan 11 ni InsyaAllah plan nak ke sana, harap semua stabil dan tak tertalu sesak... boleh lah nanti singgah tempat2 diatas
ReplyDeleteJumaat ni baru nak jalan jalan gi Cameeon. Sebelum ni dah lergi tapi tak puas. Kali ni jalan sungguh2
ReplyDeletebestnya tengok orang pergi cameron. Nad dah lama tak jejak cameron. Dulu pergi masa rombongan sekolah rendah..hahaa..lepas tu takde dah..mcm2 tempat dah sekrg ye..best pulak tengok ladang strawberry ni
ReplyDeleteBestnya...! Dah lama gak tak pi Cameron Highland. Seronok bercuti kat sana tapi sekarang time cuti jammed terokkk dah kat sana buat sakit jiwa stress lebih waktu cuti.
ReplyDeleteHuhuuu. .
Strawberry fresh dari pokok, sedapnyaaa. Emi dah lama sangat tak ke cameron highland. Sesekali hari minggu ke sana seronok jugak.
ReplyDeleteI feel u kak aida. Pernah sekali dah elok2 mengarang and then zass laptop mati. Habis punah semua ayat2 puitis yg sudah dikarang. Hahaha. Anyway, lama dah xgi cameron highland. Teringin ke sana lg. Dgr cerita banyak perubahan
ReplyDeleteSeronok nampak budak2 Tu sampai dgn kon pun happy je bergambar..dah lama dah mama pegi Ch.. tapi bila tgk gambar2 teringin Pula nak repeat
ReplyDeleteSeronoknya cuti-cuti Cameron!
ReplyDeleteBig Red Strawbery Farm ni memang tempat favorite Lia. sebab manu kat sana pelbagai dan semuanya sedap. Kalau pergi sana boleh rambang mata nak pilih makanan kat sana.
ReplyDeleteLawanya tempat ini Aida.. Ini yang membuak-buak perasaan nak berkunjung ke Cameron nie.. Lama Sha tak menyinggah ke sini..
ReplyDeleteterliur tgk waffle tuu
ReplyDeletecantiknya gambar gambar bunga tuuuu.kembang semuanya.airah dah lama tak naik CH rindu sangat
ReplyDeletecantiknya bunga hydrangea! Geram sangat tengok masa dekat Cameron sana. Salad dia mengembang kemain cantik sangat. Gerammmm!!!
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.