assalamualaikum 😎
salam sejahtera...
ptg ni baru sempat naikkan cerita jalan-jalan di Lop Buri, menikmati suasana di kelilingi dgn bunga matahari.
hari kedua kami di Thailand, semestinya ke lokasi utama ni. a must visit place bila ke Bangkok, kan 😍.
throwback...
kami ke sana menaiki keretapi dari Bangkok Railway Station Hua Lumpong ke Lop Buri Station.
dari hotel kami menaiki grabcar (81 baht), seawal jam 6 pagi (waktu Bangkok) kami dah tiba. kami akan naik keretapi kul 7 pagi.
da ramai dah org kat stesen keretapi. meriah!
as always, sampai je stesen keretapi, kami bergambar dulu. beli tiket perkara kedua 😄😄😄.
4 tiket keretapi kelas 3 ke Lop Buri berharga 50 baht setiap satu.
arrival di Lop Buri dijangkakan kul 9.42 pagi.
ha ha ha ha ha lama naw naw tak guna public phone. jakun sekejap 😆 ha ha ha ha!
kami yg sedang confused sedang meneliti tiket keretapi 😳.
kenapa confused???
ni yg nak kongsi skit another story yg menyedihkan - utk foreigner diorang ada diskriminasi skit!
dah la kaunter beli tiket dibezakan dgn org tempatan. nombor seat pun takde!!! 😲 😠 confused lah!!!
dah la bila bertanya dgn semua di dalam keretapi, satu org pun tak faham apa kami tanya. dari penumpang, tukang angkat beg, tukang sapu...
oh, sgt la frust di pagi tu!!!
at last, kami decided utk dok di gerabak pertama dan seat 1-4. belasah jer lah!!!
duduk dan berdoa agar takde org bakal beli tiket bernombor 1-4 la kan.
just imagine satu situasi - ramai org dan semua seat hampir penuh. fikir logik la, kami ni nak kena dok berterabur ke???
nak kena pindah-randah dari satu tempat ke satu tempat ke dari Bangkok ke Lop Buri??!!
aduhai. sgt la menyusahkan. kami saspen setiap kali crowd naik keretapi ni di setiap stesen 😣.
hah tu 😳 kepala keretapi dah sampai... excited!!!
bila keretapi dah bergerak tinggalkan stesen, kami legaaaa.... excited pun ada!
gambar ni tetiba mcm dlm movie 'Train to Busan' 😳😲😱😰.
memang pakai face mask. elak dari bau yg kurang menyenangkan, asap dari luar dan bersopan la skit kalau tertidur 😆😆😆...
view Thailand dari jendela keretapi 😌.
dalam jam ____ pagi, yes! kami sampai di Lop Buri Station.
stesen yg kecil. tak sibuk pun. santai-santai je suasananya...
paling best tandas di stesen ni ada paip air 😍😍😍. sgt la suka hati kami.
sempat la melepaskan hajat masing-masing dgn selesa dan sempurna hi hi hi hi 😄...
hampir 3 jam dlm keretapi, kita dok jap tepi railway...
tahu kan - Lop Buri ni pun terkenal sebagai Monkey City 😍.
Bangkok Railway Station (Lop Buri)
dari stesen keretapi ke ladang bunga matahari, kami naik truck pick up (200 baht).
masa tu tinggal 1 je ladang yg masih ada bunga matahari 😔😔 😓 sedih! ladang lain semua da gondol!
ladang yg satu ni pun, time tu bunga matahari dah menunduk. sebab jam di tgk dah pun hampir tghari kan. double sedih!
tapi, takpe... at least kami dpt suasana Lop Buri tu. at least kami dah sukses jejak kaki.
topi tu beli di Pratunam Market - khas utk misi ke Lop Buri ni. 100 baht jer...
jadik la memori kami di antara bunga matahari di Lop Buri ni.
tak byk bunganya. tak meriah... kurang cantik pemandangan.
namun, alhamdulillah...
then terus la kami memborong kuaci.
mesra la plak penjual ni. mcm2 la ilmu yg kami tanya. semua berkisarkan bunga matahari dan kuaci.
selesai di ladang matahari, kami terus nak balik ke pangkal jalan.
back to Bangkok la. and balik ke Bangkok ni, kami tak nak naik keretapi lagi.
kami naik minivan (120 baht sorang). stesen minivan tu kebetulan terletak di depan Phra Prang Sam Yod (Monkey Temple).
ya Allah, punyer la byk monyet kat situ. saya jadik sgt takut! ramah mesra plak tu monyet nyer...
berlari-lari anak saya ke hulu ke hilir mengelakkan monyet-monyet di situ.
ni hah cik Laila yg berani la sgt dgn monyet-monyet. siap digigit manja dek monyet di betisnya 😆.

ini la dia Phra Prang Sam Yod (Monkey Temple). kami tak masuk pun 😄.
aduhai...
seharian di Lop Buri uollsss...
bergambar.
bergelak ketawa. happy...
tapi, tak makan 😔 hu hu hu hu... cecepat naik minivan, nak lunch di Bangkok.
tak jumpa kedai yg sesuai dgn kami di Lop Buri. sempat beli air di 7Eleven jer.
lapaaaarrrrr...
...to be continued - Part 5 😎.

27 Comments
Lawa di ladang matahari tu. Cantik pemandangan.
ReplyDeleteCantik dan besarnya bunga-bunga matahari kat sana~ 😍✨
ReplyDeletebestnnya..share lagi tempat2 best..kot tersesat balik cuti nnt ke sana
ReplyDeleteBestnya..
ReplyDeleteCH suka sgt kalau dpt pergi ladang Bunga..
jauh perjalanan nak tengok bunga matahari, sayang laa ladang dia dah gondol kalau tidak mesti lagi cantik. ♕Tiara Sapphire♕
ReplyDeletemak aih, tiket bahasa thailand full. Memang jenuh la tourist nak faham. Lop buri tu ada musim ye? Tengok orang lain punya gambar meriah. Seronoknya travel backpack macam ni. Thanks share, boleh buat rujukan kalau nak ke Bangkok nanti
ReplyDeleteyes, ada musim dia, Sal.
Deletesekitar November - Januari.
paling best, gi la disember. time tu sgt lawa kata org.
cantiknya bunga matahari tuh kak, walaupun tak banyak pokok tetap lawa...
ReplyDeletetengokk kuaci yang dh siap kopek tu teringat lak tengok kt ig mana entah diaorang kopek dengan gigi kuaci gitu... terus seram nk beli yang dah siap kopek heheheh
dana, sib baik ler aida baca ni lepas selesai kuaci tau.
Deleteha ha ha ha tak terfikir plak masa tu. husnudzon kata nyer :)
if la terbaca awal, maunye tak beli tau.
ini antara tempat dalam wishlist saya.. saya x penah p Thailand tapi kalo kena pilih 1 location yang tringin nak p.. Lopburi la. nak sangat berdiri kat ladang bunga matahari tuuu.. terik panas x kireee akan ku redah =D
ReplyDeletetu la siti.
Deletepanas ker? ada kesah :) ha ha ha...
redah ajer dlm panas terik tu!
Bestnya jalan jalan tempat orang. Cantik sangat ladang bunga matahari
ReplyDeleteRindunya nak naik train di Bangkok. Tapi tak pernah lagi sampai ke ladang bunga matahari. Teringin jugak. Cantik gambar2 diambil. Perjalanan pun detail bagitau. Tq sharing
ReplyDeleteArfghhh bestnya dapat pi Ladang MAatahari tu..kembang semua ek bunganya..ishh memang nak kena pergi lagi ni gamaknya laaaa...cecantik semua gambar Adia..
ReplyDeletebestnya travel g bangkok naik train.. bole la lepas ni cuba backpackers bila anak dah besar sikit
ReplyDeleteYa Allah cantiknya! Dah lama teringin nak gi sini tapi tu la skrg keadaan semasa tak mengizinkan. Insyallah kalo panjang umur nak gi sini bila keadaan dunia skrg dah kembali stabil
ReplyDeleteTak pernah tahu ada ladang Bunga Matahari. Hari tu viral yang di Perlis. Ni kat Thailand pun ada. Bestnya ootd kat sini kan.
ReplyDeleteAlolo.. omeynya bunga matahari pakai sunglases. tapi sayang kan bunganya tak meriah. Tapi ok la, at least dah sampai sana. saya ni belum lagi berkesempatan ke sana. kena tunggu hujung tahun la nampaknya..
ReplyDeleteYa Allah bestnya !!! Besar2 betul bunga matahari kat sana. Jadi teringin nak pergi. Tapi panas dia mcm xleh bawa bincang ya
ReplyDeletebestkan thailand. saya pergi Phuket last year pun best giler. ni bangkok pun memang best
ReplyDeleteWah seronok dapat jalan2 kat sini. Mesti banyak pengalaman yg dikutip
ReplyDeleteWow teringin nak pergi ladang bunga matahari di Lop Buri ni! Thanks for sharing, tak tau pulak dia bermusim...
ReplyDeleteThanks for sharing! Hope you guys enjoy Bangkok very much! Next time try Hanoi,Vietnam.
ReplyDeleteSeronoknyaa pergi ladang bunga matahari. Tapi tulaa, mula2 pelik juga kenapa bunga matahari semua menjaga pandangan. Semua tunduk malu. Rupanya korang sampai sana dah siang. Padanlaa....
ReplyDeleteOk. Next trip ke Bangkok nak ke sini la juga. Tapi kena tunggu Covid-19 selesai baru la tenang perasaan kan.
ReplyDeleteMemang best kalau tengok balik gambar cuti kan, time ni kena duduk kat rumah jer.
ReplyDeletealahai...rindu Bkk bila baca cerita pasal Bkk ni..tak pernak naik train kat Hualampong tu walau dah 3 tahun dok sana..Lop Buri ni pun, last2 baru Ayu berpeluang gi. Pernah gi Jim Thomsan je...pun tempat bunga2 ni..best!!
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.