assalamualaikum & salam sejahtera...
awal pagi semalam, kita mendapat berita yg mengejutkan iaitu pemergian Tuan Guru Ustaz Dato' Haji Ismail Kamus 😔 😔 😔.
sedih. sebak. sayu. ni la Ustaz yg kerap saya lihat di tv di zaman kanak-kanak saya. ni la Ustaz yg abah dan emak saya selalu sebut-sebut.
suka saya nak abadi kan perkongsian allahyarham Tuan Guru di blog kecil ni.
moga ia beri manfaat kepada pembaca.
terutama diri saya, moga dpt saya praktikkan seharian. in shaa Allah.
JADUAL KEHIDUPAN HARIAN YANG DISUSUN OLEH ALLAHYARHAM :
PART 1 (awal pagi pemula hari)
- bangun mlm sekitar jam 3 pagi. mandi. wudhu'.
- solat sunat wudhu'.
- solat sunat taubat.
- solat sunat tahajjud (8 rakaat)
- solat sunat hajat (pohon kepada Allah agar makbulkan permintaan kita, bila-bila masa yg kita mintak)
- solat sunat witir (3 rakaat)
- istighfar 100 kali - أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْه
- tahlil 300 kali - لاَ إِلَهَ إِلَّاالله
- baca doa Nabi Yunus 40 kali - لاَإِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَا نَكَ إِنِّيْ كُنتُ مِنَ الظَّا لِمِيْنَ
- tasbih 40 kali - سُبْحَانَ اللَّهِ وَ الْحَمْدُ لِلَّهِ وَ لاَ اِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَ اللَّهُ أَكْبَرُ
- solat sunat fajar
- solat fardhu subuh
- baca yassin selepas subuh
- solat sunat dhuha (6 rakaat)
[ Rujukan : Solat-Solat Sunat Untuk Amalan ]
PART 2 (seharian)
- solat fardhu zohor (solat sunat sebelum & selepas)
- solat fardhu asar (solat sunat sebelum)
- solat fardhu maghrib (solat sunat selepas)
- solat fardhu isya' (solat sunat sebelum & selepas)
PART 3 (bacaan sebelum tidur)
- surah al-Mulk
- surah as-Sajadah
- surah al-Waqiah
PART 4
setiap hari mesti sedekah, walaupun sedikit.
(ni saranan saya sendiri 😊, paling mudah kita amalkan Sedekah Subuh.)
nasihat dari Tuan Guru Ustaz Dato' Haji Ismail Kamus :
Di dunia bukan tempat untuk berehat, tetap tempat untuk beribadat.
kata para Ulama', apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi :
- kita akan disibukkan dengan urusan dunia,
- kita akan disibukkan dengan urusan anak-anak,
- kita akan disibukkan dengan urusan perniagaan,
- kita akan disibukkan dengan harta, dan
- kita akan disibukkan dengan mencari pengaruh, pangkat dan kuasa.
alangkah ruginya!
kerana semua itu akan kita tinggalkan 😔.
kita cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harga, kereta mewah dan rumah besar.
kenapakah kita tidak pernah cemburu melihat ilmu dan amalan orang lain lebih daripada kita. kenapa kita tidak pernah cemburu melihat org lain bangun di sepertiga malam untuk solat sunat tahajjud?
setiap kali menyambut hari lahir, kita sibuk hendak raikan sebaik mungkin tetapi kita lupa dengan bertambahnya umur kita, maka saat kita akan dipanggil oleh Allah s.w.t semakin dekat.
sesungguhnya mati itu benar. alam kubur itu benar. pertanyaan mungkar & nangkir itu benar. mahsyar Allah itu benar. syurga dan neraka itu benar.
😔 😔 😔 😔
18 Comments
alfatihah buat arwah.. namun begiru ilmunya dan amalnya jariahnya tak putus kan
ReplyDeleteAlfatihah untuk arwah..
ReplyDeleteAlhamdulillah arwah meninggalkan ilmu yang bermanfaat buat kita semua. Al-fatihah (dibaca) buat Allahyarham Ustaz Dato'Haji Ismail bin Kamus
ReplyDeleteSedih pula bila lihat ramai ulama yang mula tinggalkan kita.
ReplyDeleteada baca perkongsian jadual kehidupan harian ni..sama2 la kita cuba utk amalkan....alfatihah utk arwah Ustaz Dato' Ismail Kamus
ReplyDeleteperkongsian yang sangat baik aida, ya kehidupan selepas mati yang kita patut risaukan. dah ada senarai ni memang kita pun wajib ikuti untuk kebaikan di alam sana
ReplyDeletehilang lagi seorang permata di dunia. moga2 kita dapat amalkan apa yang di ajar oleh tuan guru.
ReplyDeleteAl-Fatihah. Semoga arwah ditempatkan Di kalangan orang beriman. Bagus routine harian nyer boleh dijadikan ikutan.
ReplyDeleteAl-Fatihah. Semoga arwah di tempatkan Di kalangan orang beriman. Bagus routine hariannya. Boley ikut.
ReplyDeleteAl fatihah...semoga amalannya dapat dikongsi bersama kita semua. Banyak sangat yang boleh kita ikuti utk kebaikan kita semua
ReplyDeleteشركة تنظيف بالقطيف
ReplyDeleteشركة تنظيف بالجبيل
شركة كشف تسربات المياه بالجبيل
شركة تنظيف بالقطيف
شركة تنظيف بالجبيل
شركة كشف تسربات المياه بالجبيل
Alangkah indahnya kehidupan kita jikalau dapat buat apa yang arwah buatkan, tapi kita boleh mulakan sikit-sikit juga..janji buat dari tak buat langsung kann...
ReplyDeleteAda baca juga rutn harian arwah ini dan sudah pasti bukanjua mudah bagi semua org melakukannya. Al Fatihah!
ReplyDeleteThank you for sharing. I will share this with my muslim friends in case they need it.
ReplyDeleteInnalillahiwainnailaihirrojiun... semoga arwah ditempatkan di kalangan hamba-hambaNya yang beriman... bagus susunan jadualnya tu... padat dan penuh dengan pengisian... insyaAllah, saya pun akan usaha untuk cuba membuat yang terbaik dengan menjadikannya sebagai panduan...
ReplyDeleteAl Fatihah. Bila baca rutin arwah rasa sungguh jauh dan banyak perkara yang kita tak lakukan. Semoga kita boleh ambil sedikit dan ikut rutin kebaikannya
ReplyDeleteterima kasih atas peringatan ini...sedih dan sebak secara tiba2..moga rohnya ditempatkan dikalangan solehin
ReplyDeletePerkongsian yang baik..
ReplyDeleteSemoga menjadi amalan kita juga..
AMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.