assalamualaikum & salam sejahtera...

awal pagi semalam, kita mendapat berita yg mengejutkan iaitu pemergian Tuan Guru Ustaz Dato' Haji Ismail Kamus 😔     😔     😔.
sedih. sebak. sayu. ni la Ustaz yg kerap saya lihat di tv di zaman kanak-kanak saya. ni la Ustaz yg abah dan emak saya selalu sebut-sebut. 
suka saya nak abadi kan perkongsian allahyarham Tuan Guru di blog kecil ni.
moga ia beri manfaat kepada pembaca.
terutama diri saya, moga dpt saya praktikkan seharian. in shaa Allah.

Jadual Kehidupan Harian Yang Disusun Oleh Allahyarham Ustaz Dato' Haji Ismail bin Kamus

JADUAL KEHIDUPAN HARIAN YANG DISUSUN OLEH ALLAHYARHAM :

PART 1 (awal pagi pemula hari)
  1. bangun mlm sekitar jam 3 pagi. mandi. wudhu'.
  2. solat sunat wudhu'.
  3. solat sunat taubat.
  4. solat sunat tahajjud (8 rakaat)
  5. solat sunat hajat (pohon kepada Allah agar makbulkan permintaan kita, bila-bila masa yg kita mintak)
  6. solat sunat witir (3 rakaat)
  7. istighfar 100 kali - أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْه
  8. tahlil 300 kali - لاَ إِلَهَ إِلَّاالله
  9. baca doa Nabi Yunus 40 kali - لاَإِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَا نَكَ إِنِّيْ كُنتُ مِنَ الظَّا لِمِيْنَ
  10. tasbih 40 kali - سُبْحَانَ اللَّهِ وَ الْحَمْدُ لِلَّهِ وَ لاَ اِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَ اللَّهُ أَكْبَرُ
  11. solat sunat fajar
  12. solat fardhu subuh
  13. baca yassin selepas subuh
  14. solat sunat dhuha (6 rakaat)



PART 2 (seharian)
  1. solat fardhu zohor (solat sunat sebelum & selepas)
  2. solat fardhu asar (solat sunat sebelum)
  3. solat fardhu maghrib (solat sunat selepas)
  4. solat fardhu isya' (solat sunat sebelum & selepas)

PART 3 (bacaan sebelum tidur)
  1. surah al-Mulk
  2. surah as-Sajadah
  3. surah al-Waqiah

PART 4
setiap hari mesti sedekah, walaupun sedikit.
(ni saranan saya sendiri 😊, paling mudah kita amalkan Sedekah Subuh.)

nasihat dari Tuan Guru Ustaz Dato' Haji Ismail Kamus :
Di dunia bukan tempat untuk berehat, tetap tempat untuk beribadat. 
              
kata para Ulama', apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi :
  • kita akan disibukkan dengan urusan dunia,
  • kita akan disibukkan dengan urusan anak-anak,
  • kita akan disibukkan dengan urusan perniagaan,
  • kita akan disibukkan dengan harta, dan
  • kita akan disibukkan dengan mencari pengaruh, pangkat dan kuasa.
alangkah ruginya!
kerana semua itu akan kita tinggalkan 😔.

kita cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harga, kereta mewah dan rumah besar.
kenapakah kita tidak pernah cemburu melihat ilmu dan amalan orang lain lebih daripada kita. kenapa kita tidak pernah cemburu melihat org lain bangun di sepertiga malam untuk solat sunat tahajjud?
setiap kali menyambut hari lahir, kita sibuk hendak raikan sebaik mungkin tetapi kita lupa dengan bertambahnya umur kita, maka saat kita akan dipanggil oleh Allah s.w.t semakin dekat.
sesungguhnya mati itu benar. alam kubur itu benar. pertanyaan mungkar & nangkir itu benar. mahsyar Allah itu benar. syurga dan neraka itu benar.

😔     😔     😔     😔