assalamualaikum & salam sejahtera 😀
pagi ni ada masa sikit nak update blog. nak sambung perkongsian kisah terakhir perubahan halaman saya ni - part 3. niat di hati letak kat blog sebab nak beri inspirasi aje. ramai kot kan yg mungkin tercari-cari idea nak deko halaman. sama la seperti saya. tercari-cari, google sana-sini sebelum ni. habis semua blog yg kongsi kisah deko halaman saya terjah and pinjam inspirasi 😍. terima kasih...
halaman kecik aje. tak la besar. sebab tu la setelah berbulan lamanya, baru la tak segan nak kongsi. rumput filipina pun dah gebu, beberapa kali dah dimesin oleh mr.Asben. sebelum nak dijadikan sebegini, selesa dipandang mata, dulu kala seksa juga nak merealisasikannya. dan saya mengaku, saya upah orang utk tanamkan rumput karpet di rumah ni. tidak mampu utk tanam sendiri 😄. tanam pokok ulam raja dalam pasu pun tak jadik, ni kan plak tanam rumput karpet atas 375 kaki persegi tanah? oh, tidak lah...
jom kita throwback gambar lama...
ke belakang sana tu...
tak la mendeko lagi, sebab tau rumput karpet da nak ditanam.
gambar tu saya snap pada pagi projek taman rumput filipina nak dilaksanakan. sebagai kenangan... ni kebetulan baru lepas PKP. bersihlah halaman dari rumput-rumput liar dan lalang-lalang. sepanjang PKP, beberapa slot la kami sekeluarga bergotong-royong mencabut rumput liar semua tu.
gambar throwback. ceritanya di ENTRY INI.
Izzat la paling rajin membantu.
lebih kurang jam 9.00 pagi, team En. Man dah sampai. prosesnya dianggarkan 1-2 hari. masa tu punya la saya berdoa agar tak hujan. kalau boleh, nak terus siap, tak nak dah bertangguh lagi. sedang elok PKP ditamatkan pada 9.6.2020, terus saya contact En.Man. da tak sabar sgt dah nak menghijaukan halaman sekangkang kera ni.
inilah harga yang saya dpt dari En.Man.
paling murah ye. so, terus booking jer lah.
secara kasarnya, ada proses utk tanam rumput karpet filipina ni elok-elok :
- tanah yg sebelah atas tu, kena buang dan korek at lease beberapa 2 - 3 inci. batu-batu kat tanah tu wajib dibuang. if not nanti rumput karpet jadi tak serata dan bertompok-tompok. dan juga bagi memastikan takde akar rumput liar dan lalang tadi tertinggal. nanti karang, dia sama-sama nak membesar dgn rumput karpet.
- then, da bersih. proses letak dan ratakan pasir. takde gambar la plak nak kongsi kat sini. sebab time projek tanam rumput ni, saya bekerja. tak teringat nak minta mr.Asben snap kan sekeping dua gambar. proses ratakan pasir ni penting dan ia proses yang paling lama. sebab tak nak nanti air bertakung plak kat rumput karpet!
- settle bab pasir, baru la tanam rumput karpet.
tak la mudah oii! sebab tu la saya spent duit untuk upah orang yang mahir. kalaulah sendiri yg tanam, ntah bila siapnya, ntah apa jadinya 😀 ha ha ha ha ha...
semasa saya survey jenis rumput karpet, dpt la pengetahuan tentangnya dgn terperinci. pening jugak di peringkat awal nak pilih yang mana :
- rumput lembu (cowgrass). ada grednya dan harga mengikut gred. rumput ni paling murah tapi tahan lasak dan mudah dijaga. bertahan dengan cahaya matahari penuh. cowgrass ni ada merata, kat padang sekolah atau di kawasan-kawasan perumahan. di tempat public biasanya cowgrass.
- rumput mutiara (pearl grass). ni mcm cowgrass tapi lebih cantik, hujung rumputnya bulat-bulat, tidak tirus seperti cowgrass. harga pun murah tapi dari pembacaan saya di internet, ia tidak tahan lasak, tak tahan matahari penuh terik dan perlu byk air. sukar nak jaga sebab mudah diserang kulat 😞. dapat ke saya pearl grass ni, alamatnya tak panjang umur la dia sebab akan tidak terjaga rapi hu hu hu hu hu...
- rumput karpet filipina. ni harga mahal skit sebab da sejenis rumput karpet, kan. dari banyak blog saya survey, ia mudah dijaga, tahan panas matahari, tak perlu siram selalu. rumput karpet yg ni paling byk yg direkomen.
- finally, rumput karpet jepun. ni beza dengan filipina ialah lebih halus rumputnya dan lebih mahal! 😆 hu hu hu hu lah bila tahu harganya.
fikir punya fikir, saya buat perincian berdasarkan 3 perkara :
- kemampuan - berapa lingkungan bajet saya. saya tetapkan ia tidak melebihi RM1,500. pastu google juga dari segi penjagaan. mampukah saya dari segi mental & fizikal menyelenggara rumput tu selamanya. rumput hidup kah? atau kita bentangkan aje rumput karpet tiruan. tu pun dlm pertimbangan saya di peringkat awal. rumput karpet tiruan lagi la mahal dari segi harga.
- keadaan - halaman saya ni kecil. terbuka dan tidak berbumbung. panas matahari tu adalah secara penuh. tapi nak rumput nampak cantik dan hijau, meskipun direct sunlight.
- kegunaan - selesa bila dipijak tanpa selipar. kalau anak-anak nak bermain, boleh duduk-duduk or even berguling di atasnya. utk riadah yg ringan. menghiasi halaman saya dengan cantik. konsep hijau tu yang nak saya maintain di halaman kecik ni.
at first, saya nak yg murah. cowgrass. itupun dah mencecah RM1,000 bila dapat first quotation. apatah lagi nak rumput karpet. quotation yg diberikan utk rumput karpet filipina RM1,400! tapi tu la, first kontraktor tu tak jadi tanam cowgrass sebab tetiba dia nak tukar tarikh. last minit cancel.
so, proceed dgn second quotation yang lebih kurang, kali ni uncle chinese, owner nursery. da datang rumah ukur and berjanji tentang tarikh. hmmmm seminggu... 2 minggu... 1 bulan... 2 bulan... PKP pun menjelma. tak jugak datang tanam cowgrass 😒😓.
itu yg dalam bulan Jun, sambil-sambil melepak di rumah time PKP, mencari lagi la kontraktor lain utk tanam cowgrass. itu yg ditakdirkan berjumpa en.Man. harga yang diberikan plak lebih murah dari 2 kontraktor awal tadi. cancel cowgrass, terus pilih rumput karpet filipina. 😀 alhamdulillah. ada hikmahnya kenapa 2 yang awal tu cancel.
👇 👇 👇
... sudah siap!
masih nampak petak-petak rumput tu 😍.
masa ni saya berdoa kepada Allah.
"permudahkanlah usaha utk jaga rumput ni..."
penjagaan rumput karpet filipina.
paling saya rasa bersyukur kerana rumput karpet filipina ni memang nature dia perlukan full swing cahaya matahari. kebetulan, halaman saya memang terbentang tanpa shade.
namun, tetap tak mudah! tapi tak la sukar, rumput je pun kan 😊.dalam 5 bulan ni, baru 3 kali mesin rumput gunakan mesin rumput portable black & decker. utk jangkamasa panjang, mr.asben bercadang nak beli mesin rumput yg lebih besar. yg beroda tu. yg tu rumput karpet akan lebih kemas dan serata.
[sila baca part 1 : Simenkan halaman berumput dan naikkan tembok batuikkan halaman rumah]
[sila baca part 2 : Mengecat dinding luar rumah]
kerja saya setakat ni tak la mesin rumput, sesekali akan terkeluar juga rumput liar atau pokok-pokok asing di rumput karpet filipina saya ni. maka, saya akan mencabut ia satu-persatu. kalau dimesin aje, nanti dia sama-sama membesar dgn rumput karpet, tak cantik pulak, kan. at first, saya hairan, mana la datang rumput liar dan pokok-pokok asing ni?! geram pun ada...
bila diteliti, mungkin dari burung-burung yg dtg ke halaman saya. sambil-sambil burung tu mencari makan seperti ulat-ulat, cacing, lipan kat rumput tu, burung tu semua mungkin berak. hmmm... byk la benih ntah apa-apa kan kat taik dia tu 😅. redha je la.
kucing datang berak!
😡 nak marah lelebih pun tak guna, kucing. da nature dia membuang merata. punya la luas tanah kat luar, dia masuk jugak khas utk 'melabur' di rumput karpet saya. aduhai sayang... memang sentiasa kena cek. then, jika ada, amik penyodok, angkut dan buang terus najis dia tu dalam longkang. bersabar aje la kan. ni satu masalah yang akan dihadapi tanpa henti. pasrah jer la...
dari rumah lama, hingga sekarang, kucing suka melepak porch rumah saya. kucing beranak ntah brape kali 😅. org kata, rezeki. kalau ye, alhamdulillah...
itu la dia borak-borak kongsi kisah laman plak. panjang berjela-jela entri ni. moga beri manfaat ye kpd korang yg sedang ding dong ding dong dlm nak pilih rumput apa utk halaman. atau dalam pemilihan nak rumput karpet hidup atau rumput karpet tiruan. saya tak sentuh tentang rumput tiruan sebab memang hati ni lebih berkenan dengan rumput karpet hidup 😍.
... bye!
26 Comments
kecik sangat gambonya tengok guna desktop..
ReplyDeleteiye. sebab blog mesra view guna phone :)
Delete90% viewers dari phone.
but klik pada gambar, kalau view guna desktop.
gambar akan besar :)
anyway, tq.
memang suka hias rumah, sedap mata memandang kalau kemas macam ni
ReplyDeleteMahal juga ye harga rumput pun. Cantiknya laman bila dah tanam rumput karpet filipina ni. nice sangat kak.
ReplyDeleteyes, fiza. at first dpt harga, speechless!
Deletetapi tu la dia harganya.
kurang lebih RM100-RM300.
nak tanam sendiri, tak pakar, fiza. tak jadik elok nanti.
so, upah yg pakar la :)
kucing datang berak tu la, mmg aduh..dugaan betul... dah la busuk then, kena cuci pulak tu
ReplyDeletetau takpe, atie.
Deletenamun, nothing can be done, kan.
kucing dan nature dia :)
sabo jer la kita...
Dah cantik laaa ada rumput karpet tu. Alhamdulillah. Tutup mata sikit bab harga tu, sebab rumput tu cantik sangat. MasyaAllah. Nak photoshoot barang ke or nak bergambar pun cantik kat sana.
ReplyDeletebetul tu, eza.
Deleteletak kan brg yg bersesuaian, kan.
wah! sure terbaik la gambar! :)
cantik !! kalau saya nak buat pun akan upah orang juga. biarla yang lebih professional yang buat hehe..
ReplyDeletebanyak juga dugaan nak jaga rumput karpet. yg penting kawasan rumah nampak cantik :)
ReplyDeleterumput carpet tu cantik
ReplyDeleteSemoga rumput Aida subur menghijau seperti yang diidamkan.
ReplyDeleteRenyah rupanya nak mendapatkan keadaan rumput karpet yang subur menghijau ni ya. Itulah Mrs. A biasa tengok yang dah cantik menghijau saujana mata memandang je tak tahu pulak kisah disebalik tabir heheheee...
betul. renyah juga.
Deletenow ni, jengah kat luar, da tebal jugak tu.
ada juga rumput liar yg tumbuh di antara-antara rumput tu.
hu hu hu hu :)
Saya ni memang tak tahu menahu bab rumput begini, Aida. Tahu bila rumput panjang, potong je 😅 tak sangka ada jenis-jenis dan berbeza cara penjagaannya.
ReplyDeleteCantik laman Aida. Semoga rumput terus bertumbuh cantik menjadi penyejuk mata seisi keluarga 😊
cantik dan kemas
ReplyDeleteTerima kasih kongsi jenis rumput. Memang berangan hendak ada rumput yang nampak kemas dan lembut.
ReplyDeleteBoleh tahan juga harga rumput ni.. Cik TK baru tahu juga kalau rumput tu ada jenis-jenisnya. Btw, cantik hasilnya. Seronok je tengok..
ReplyDeleteCantiknya bila dia dah tumbuh sekatakan aida.. Tapi bukan mudah prosesnya dan juga harganya.. memang berbaloilah dengan hasilnya..
ReplyDeletecantik sangat rumput tu..ada angan2 nak macam ni juga, tp takde tanah dah nk letak..hehehe
ReplyDeletePerkongsian menarik, boleh jadi panduan untuk orang yang nak tanam rumput karpet jugak. Best golek-golek. Semoga terjaga dengan baik.
ReplyDeleteahahahahah dugaan jugak kucing datang berak tu...
ReplyDeleteWahh. Kemas je laman. Sejuk mata memandang.
ReplyDeleteSis..ada kontek no en.man yg tanam rumput ni tak?
ReplyDeletelawanya laman..untung beli rumah corner lot..ada laman luas, saya beli rumah intermediate, tapi berangan nak ada laman hijau..saya tanam juga rumput hijau hok jenis jepun tu..tapi yang tiruan puanyalah..hihi..tu je mampu..
ReplyDeleteBoleh share dgn saya no cik man tu? Area mana ya?
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.