assalamualaikum & salam sejahtera 😃
al-kisah semalam petang, anak dara saya berdua tang tung tang tung kat dapur buat kek batik. saya sibuk selesaikan PdPR Izzat. diorang berdua la yang godek kek batik kat dapur. resepi ada, pernah buat dgn saya sekali, tu yang saya suruh aje diorang berdua yg membuatnya.
biskut marie masih ada byk di dapur. saya beli pek besar. da 2 kali buat kek batik, masih banyak bakinya. sayang la kalau dibiarkan gitu saje. kek batik ni kesukaan mr.asben. hmmmm mudah la saya kalau ada permintaan dari yg tercinta, kan 😄. "Syuhada, ayah nak kek batik. buatkan...".
kek batik ni dari zaman saya sekolah menengah dulu kala. sekolah berasrama, kalau ada apa-apa majlis, suka buat dedication to yg tersayang. standard la, kakak angkat, adik angkat kan, bff or cikgu yang paling disukai. kek batik ni salah satu yg mudah dibuat dan memang hot dijadikan as gift sempena dedication ni. untung la sape-sape yg ada byk admirer kan. byk la potongan kek batik yg dpt 😋.
then, kalau ada jual beli di sekolah. hari sukan, hari keluarga, hari kanak-kanak, hinggalah zaman sekarang, kek batik ni wajib ada at least 1 gerai. betul tak?
katanya resepi kek batik mudah dan sedap, kan, jom kita tgk bahan-bahan untuk buat kek batik ni :
- 15 - 20 keping biskut marie (patahkan dua)
- 2 cawan milo
- 3 sudu serbuk koko
- 1/2 cawan susu pekat
- 150g mentega
cara-cara mudah nak buat kek batik :
- cairkan mentega.
- mentega tu dicampurkan dgn milo, serbuk koko dan susu pekat. gaul rata biar serasi bersama 😄
- masukkan biskut marie dan gaul semua sekali.
- once biskut semua da diselaputi kuah coklat, masukkan semua dalam baking tray. padatkan. ratakan.
- masukkan dlm peti ais. disejukkan.
menara kek batik 😍
gigih la buat demi nak amik gambar ha ha ah ha 😆
kami buat petang semalam sekitar jam 4 petang. tadi selamat dijadikan sarapan pagi 😊😋. puas hati mr.asben dapat makan kek kesukaannya. satu adunan ni bertahan la 1-2 hari. sebab sekali makan hanya sepotong, tak lebih. sungguh coklat kan, sepotong da kenyang.
sedap?
memang la sedap. kalau tak sedap, takkan la berulang kali guna resepi mudah kek batik yg ini. resepi jejaka hensem dan kelakar di YouTube, Khairul Aming. saya dan kak Nurin memang suka sgt tgk YouTube channel Khairul Aming. kelakar, bersahaja tapi resepinya memang menjadi. terbaik...
[boleh juga cuba resipi : Resipi Kek Coklat Mudah]
ada byk versi resepi kek batik. siap ada ganache coklat di atasnya. ada juga yg versi kayangan, ada lapisan cheese. ikut selera masing-masing, kan. bagi saya, yg ini dah sedap dan agak berat sebenarnya, tak sihat 😄. manis! apatah lagi kalau dilapiskan dengan ganache coklat dan cheese hu hu hu hu... tabur plak kacang badam! kayangan oh kayangan...
saya suka resepi mudah. yg sukar, byk bahan, kurang menarik minat saya meskipun trending dan viral. jika teringin nak makan, beli aje 😄.
in shaa Allah, habis licin kek batik ni nanti, da buat basque burnt cheesecake pula 😋.
16 Comments
Memang mudah sangat nak buat kek batik ni .
ReplyDeletesedappppppppp
ReplyDeleteZaman sekolah memang inilah kek yang dibuat. Mudah dan sedap. itu yang budak budak pun suka dan rajin nak membuat. Yang ada jenis ganache tu saya masih failed. hehe..
ReplyDeletekesukaan anak2
ReplyDeleteHahaja baca part yg bg hadiah kat admirer, adik angkat haha kita pun terigt zaman sekolah.. Mende2 ni rs nya sgt popular kat sek pompuan ������, zaman k ret dulu.. Diorg suka bagi sekelat sbb senang dpt kat kedai runcit sebelah sekolah je
ReplyDeletesenang sangat kan nak buat. bila dah buat tu susah betul nak stop makan hahaha
ReplyDeleteSedapnyaaa kek batik
ReplyDeletemudah & sedap..digemari ramai..
ReplyDeleteRajin anak-anak dara Aida buat kek. :)
ReplyDeletesedapnyaa kek batik...
ReplyDeletesusu omega
susu tepung
susu tepung penuh krim
kebaikan susu
susu omega 3
mudah dan sedap... pejam mata jer buat.. hahaha... tp kalau malas tu yg jd susah nk buat tu
ReplyDeleteMudah dan sedap bila mkn sejuk2 hehee
ReplyDeleteKek batik ni kira resipi evergreen jugalah... dulu, kini dan selamanya. Dulu resipinya ringkas saja, sekarang sudah dipelbagaikan dan rasanya juga lebih lazat!
ReplyDeletems zmn U dulu ada yg rajin buat sbb x yah bakar/msk beria hehehe
ReplyDeleteSedapnya.. mudah nak buat pula tu.. Thanks kongsi resepi Aida..
ReplyDeleteKek batik ni mudah dibuat... susah nak tahan keinginan agar tak termakan banyak hehehe
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.