assalamualaikum & salam sejahtera 😃
 
al-kisah semalam petang, anak dara saya berdua tang tung tang tung kat dapur buat kek batik. saya sibuk selesaikan PdPR Izzat. diorang berdua la yang godek kek batik kat dapur. resepi ada, pernah buat dgn saya sekali, tu yang saya suruh aje diorang berdua yg membuatnya.

biskut marie masih ada byk di dapur. saya beli pek besar. da 2 kali buat kek batik, masih banyak bakinya. sayang la kalau dibiarkan gitu saje. kek batik ni kesukaan mr.asben. hmmmm mudah la saya kalau ada  permintaan dari yg tercinta, kan 😄. "Syuhada, ayah nak kek batik. buatkan...".

kek batik da dipotong.
comot dgn coklat di sana sini 😀.

kek batik ni dari zaman saya sekolah menengah dulu kala. sekolah berasrama, kalau ada apa-apa majlis, suka buat dedication to yg tersayang. standard la, kakak angkat, adik angkat kan, bff or cikgu yang paling disukai. kek batik ni salah satu yg mudah dibuat dan memang hot dijadikan as gift sempena dedication ni. untung la sape-sape yg ada byk admirer kan. byk la potongan kek batik yg dpt  😋.

then, kalau ada jual beli di sekolah. hari sukan, hari keluarga, hari kanak-kanak, hinggalah zaman sekarang, kek batik ni wajib ada at least 1 gerai. betul tak?

katanya resepi kek batik mudah dan sedap, kan, jom kita tgk bahan-bahan untuk buat kek batik ni :
  • 15 - 20 keping biskut marie (patahkan dua)
  • 2 cawan milo
  • 3 sudu serbuk koko
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 150g mentega

cara-cara mudah nak buat kek batik :
  1. cairkan mentega.
  2. mentega tu dicampurkan dgn milo, serbuk koko dan susu pekat. gaul rata biar serasi bersama 😄
  3. masukkan biskut marie dan gaul semua sekali.
  4. once biskut semua da diselaputi kuah coklat, masukkan semua dalam baking tray. padatkan. ratakan.
  5. masukkan dlm peti ais. disejukkan.

menara kek batik 😍
gigih la buat demi nak amik gambar ha ha ah ha 😆

kami buat petang semalam sekitar jam 4 petang. tadi selamat dijadikan sarapan pagi 😊😋. puas hati mr.asben dapat makan kek kesukaannya. satu adunan ni bertahan la 1-2 hari. sebab sekali makan hanya sepotong, tak lebih. sungguh coklat kan, sepotong da kenyang.

sedap?
memang la sedap. kalau tak sedap, takkan la berulang kali guna resepi mudah kek batik yg ini. resepi jejaka hensem dan kelakar di YouTube, Khairul Aming. saya dan kak Nurin memang suka sgt tgk YouTube channel Khairul Aming. kelakar, bersahaja tapi resepinya memang menjadi. terbaik...

[boleh juga cuba resipi : Resipi Kek Coklat Mudah]

ada byk versi resepi kek batik. siap ada ganache coklat di atasnya. ada juga yg versi kayangan, ada lapisan cheese. ikut selera masing-masing, kan. bagi saya, yg ini dah sedap dan agak berat sebenarnya, tak sihat 😄. manis! apatah lagi kalau dilapiskan dengan ganache coklat dan cheese hu hu hu hu... tabur plak kacang badam! kayangan oh kayangan...

saya suka resepi mudah. yg sukar, byk bahan, kurang menarik minat saya meskipun trending dan viral. jika teringin nak makan, beli aje 😄.

in shaa Allah, habis licin kek batik ni nanti, da buat basque burnt cheesecake pula 😋.