assalamualaikum & salam sejahtera 😊
bersua di laman blog di petang Sabtu. alhamdulillah... ada ruang utk duduk setempat dan releks update blog. sambil menunggu bread maker menguli 1kg doh. ada 3 - 4 jenis roti nak dihasilkan ptg ni. in shaa Allah.
nak berkongsi cerita petang semalam, sedang elok anak-anak riadah di laman rumah, tiba-tiba hujan yg amat lebat turun. guruh berdentum-dentam, kilat sabung-menyabung!
tiada apa aktiviti dpt dibuat.
just releks menikmati suasana ini dari ruang dalam rumah.
siang hari bersantai-santai, lewat petang baru hujan reda. di malam hari, malam semalam kami sekeluarga bakar-bakar dan rebus-rebus. ramai-ramai makan-makan lagi. best!
oden in the house 😍
ayah-ayah semua di luar, membakar...
seperti biasa la, bila 6 beradik dah bersua muka, sessi berborak berlanjutan la kan hingga ke tgh malam. selagi tak tutup mata (tido), selagi tu la dok berborak. seronok. meriah suasana rumah. best!
tu la dia. niat di hati utk mengabadikan aktiviti kami di ruang blog ni agar menjadi kenangan. tahun ni, ni la kali kedua kami berkumpul complete 6 beradik. sebelum PKP 2.0 sekali. Aidilfitri ari tu, tak dpt beraya bersama 😔. moga covid ni dah reda dan kita semua berjaya menghindarinya selamanya, kan. mengembalikan cara hidup kita yang dolu kala.
sedang saya dan adik nak meroti, kak long kami is preparing untuk dinner. salah satu lauk malam ni ialah kambing panggang. semalam terlalu byk bahan utk dibakar, maka kambing kami abaikan. malam ni turn ia plak.
5 jug air utk minum petang bersama biskut.
teh tarik, teh o, kopi o, teh blackcurret dan teh strawberry 😍
sekejapan aje abis 5 jug ni...
orait. need to go. nak ready meja utk menguli doh roti. begitu begini, in 2 hours time, semua dpt makan roti panas-panas. 2 oven da sedia utk bakar roti.
terkedek-kedek doh dlm bread maker 😍
bye!

12 Comments
wahhh syok ni
ReplyDeletebakar dan rebus
makan ramai2
Sesekali dapat berkumpul memang seronok
ReplyDeleteSeronoknya spend quality time dengan famili. Perut kenyang, hati senang
ReplyDeletemeriah sgt kan kumpul sume adk bradik..
ReplyDeletealhamdulillah.. happy!
setelah sekian lama.. akhrnya dpt bersua muka..
singgah sini baca percutian deepavali :D
ReplyDeletemacam sama je bread maker kita kak... akak punya trio jugak ke?
ReplyDeletebestnya kak ada aktiviti bakar2 nih.. dapat kumpul meriah jadinya
Wahhh oden in the house
ReplyDeleteBesntya!
ReplyDeleteLooking forward for our family reunion next month Insha Allah.
Bila ramai ramai ni aktiviti bakar membakar jadi lebih meriah. Memang begitulah bila berjumpa, berborak sakan sampai tengah malam :)
ReplyDeleteBila ramai ramai ni aktiviti bakar membakar jadi lebih meriah. Memang begitulah bila berjumpa, berborak sakan sampai tengah malam :)
ReplyDeleteWah.. Hujan-hujan beroden, memang syoklah..
ReplyDeleteSesekali bersua muka berkumpul memang sampai ke malam tak habis borak
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.