assalamualaikum & salam sejahtera 😊

bersua di laman blog di petang Sabtu. alhamdulillah... ada ruang utk duduk setempat dan releks update blog. sambil menunggu bread maker menguli 1kg doh. ada 3 - 4 jenis roti nak dihasilkan ptg ni. in shaa Allah.

nak berkongsi cerita petang semalam, sedang elok anak-anak riadah di laman rumah, tiba-tiba hujan yg amat lebat turun. guruh berdentum-dentam, kilat sabung-menyabung! 


Percutian Deepavali 2021 | Bakar-bakar dan rebus-rebus di malam hari
tiada apa aktiviti dpt dibuat.
just releks menikmati suasana ini dari ruang dalam rumah.

siang hari bersantai-santai, lewat petang baru hujan reda. di malam hari, malam semalam kami sekeluarga bakar-bakar dan rebus-rebus. ramai-ramai makan-makan lagi. best!

Percutian Deepavali 2021 | Bakar-bakar dan rebus-rebus di malam hari
oden in the house 😍

Percutian Deepavali 2021 | Bakar-bakar dan rebus-rebus di malam hari

Percutian Deepavali 2021 | Bakar-bakar dan rebus-rebus di malam hari
ayah-ayah semua di luar, membakar...


seperti biasa la, bila 6 beradik dah bersua muka, sessi berborak berlanjutan la kan hingga ke tgh malam. selagi tak tutup mata (tido), selagi tu la dok berborak. seronok. meriah suasana rumah. best!

tu la dia. niat di hati utk mengabadikan aktiviti kami di ruang blog ni agar menjadi kenangan. tahun ni, ni la kali kedua kami berkumpul complete 6 beradik. sebelum PKP 2.0 sekali. Aidilfitri ari tu, tak dpt beraya bersama 😔. moga covid ni dah reda dan kita semua berjaya menghindarinya selamanya, kan. mengembalikan cara hidup kita yang dolu kala.

sedang saya dan adik nak meroti, kak long kami is preparing untuk dinner. salah satu lauk malam ni ialah kambing panggang. semalam terlalu byk bahan utk dibakar, maka kambing kami abaikan. malam ni turn ia plak.

Percutian Deepavali 2021 | Bakar-bakar dan rebus-rebus di malam hari
5 jug air utk minum petang bersama biskut.
teh tarik, teh o, kopi o, teh blackcurret dan teh strawberry 😍
sekejapan aje abis 5 jug ni...

orait. need to go. nak ready meja utk menguli doh roti. begitu begini, in 2 hours time, semua dpt makan roti panas-panas. 2 oven da sedia utk bakar roti.

terkedek-kedek doh dlm bread maker 😍

bye!