assalamualaikum & salam sejahtera 😃

bersua lagi di alam maya. alhamdulillah... lama sungguh blog ni sepi 😄. hari ni hari Ahad, tetap ada keje nak diselesaikan. namun, pause yg tu sekejap, kita update blog dgn satu kisah lama.

hari ni suka hati saya nak kongsi trip family camping saya yang ketiga bulan lepas (29 - 31.1.2022) ke campsite Pasir Putih, Kalumpang, Selangor. reservation tapak telah saya buat lebih dari sebulan sebelum nak pergi. campsite pasir putih kalumpang ni agak hot di kalangan campers. sungai yang panjang, seronok utk mandi-manda. ada plugpoints melengkapi keperluan campers. ada aktiviti ATV. ada gerai jual makanan jugak tau. kalau lambat buat reservation, memang tak dpt la nak camping di sini.

saya da jadik satu ketagihan plak nak camping meskipun baru je 2 kali camping sebelum ni. so, tak nak la melepas camping di pasir putih kalumpang ni. wajib kot! 😃

Ketagih! | Family Camping Kali Ketiga di Campsite Pasir Putih, Kalumpang, Perak
kipas rechargeable antik.
jumpa di rumah abah 😍

perjalanan bermula pagi Sabtu (29.1.1011).
kami keluar rumah lebih kurang jam 9 pagi, menuju ke Shah Alam terlebih dahulu. kami menghadiri jemputan kahwin cucu saudara mr.asben. selesai bertemu keluarga di majlis tu, barulah kami beredar keluar dan gerak terus ke pasir putih kalumpang. perjalanan tidak mengambil masa yang lama kerana kami dari Shah Alam, kan. tak lebih 90 minit, gitu lah.

Ketagih! | Family Camping Kali Ketiga di Campsite Pasir Putih, Kalumpang, Perak
nampak tak?
please buat-buat tak nampak ye 😆.
begini padat meskipun da ada roof box h aha ha ha...

cuaca pun sgt cantik. panas terik! perasaan hati tu amatlah gembira. memang bila nak camping, mengharapkan cuaca sebaik itu, tak hujan. kali ketiga nak camping, trip yang ditunggu-tunggu. dok menghitung hari je tau nak ke hari camping ni. ketagih camping dah ni ha ha ah ah 😄...

Ketagih! | Family Camping Kali Ketiga di Campsite Pasir Putih, Kalumpang, Perak
sempat saya snap ni. indah.

Ketagih! | Family Camping Kali Ketiga di Campsite Pasir Putih, Kalumpang, Perak

Ketagih! | Family Camping Kali Ketiga di Campsite Pasir Putih, Kalumpang, Perak
exit Tanjung Malim.
selepas pintu gerbang yg cantik ni, terus exit dari highway.
pasir putih kalumpang, here we come!

saya terpikat untuk camping di pasir putih kalumpang sebab di sini boleh reserve tapak. memudahkan kerana kita da tau tapak di mana dan tak perlu nak rushing dlm perjalanan. jika campsite yang hanya reservation by pax, seperti di Riverside Camp, Gopeng, kena dtg cepat untuk dapat tapak camping yg terbaik.

tapi, meskipun boleh reserve tapak, tak semestinya dapat tapak yang kita nak. pondok yang kita nak. ni bergantung kepada masing-masing. view apa, keadaan apa. sape cepat, dpt la tapak yg diidamkan.

kadar bayaran utk camping di Campsite Pasir Putih, Kalumpang ni.
1 tapak : RM50
1 pondok : RM50
plugpoint (1 malam) : RM15
1 orang (dewasa) : RM10
1 kanak-kanak : RM5

ada pakej yg jimat, merangkumi 1 tapak, 1 pondok dan plugpoint : RM80 (tidak termasuk bayaran masuk utk orang). diskaun RM20.

kami ari tu bayar RM250 untuk 2 malam. kami ambil pakej tapak dgn pondok sekaligus. senang. tak susah da nak set up khemah utk masak dan makan-makan. tapi kadar harga ni time saya gi la Januari lepas. yg terkini, dengar-dengar khabar dari sahabat campers yg lain baru-baru ni, harga di pasir putih kalumpang, dah naik! ntah la brape...

persekitaran tapak 64 di campsite pasir putih kalumpang.
memang first thing yang saya request dgn Campsite Operator (CO), Pn. Anje, adalah tapak yang dekat dengan sungai, tebing yang selamat untuk anak-anak. tebing yang tidak merbahaya untuk Izzat. perlu pemantauan yang minima dari saya.

tapak 64 is perfect. bila Pn. Anje syorkan tapak 64, saya fikir-fikir, saya setuju lah. meskipun tapak ni adalah tapak yang kurang popular di pasir putih kalumpang, saya setuju sebab :
  1. tebing sungai berpasir ala-ala pantai;
  2. ada pondok. mudahlah nak set up tempat masak dan ruang makan; 
  3. belakang tapak adalah padang berumput, tempat park kereta; dan
  4. tandas dekat. dari tapak da boleh jengah pintu tandas ha ha ha ha...

Ketagih! | Family Camping Kali Ketiga di Campsite Pasir Putih, Kalumpang, Perak
pandangan dari padang berumput, belakang khemah.

Ketagih! | Family Camping Kali Ketiga di Campsite Pasir Putih, Kalumpang, Perak
gambaran belakang khemah unta saya.
berbungkus gitu sebab hujan!
bila groundsheet yang kotor, mudah la dicuci.
berbanding nak cuci khemah tu kan.
sampai ke balik mr.asben tak buka balutan groundsheet tu kat khemah.

Ketagih! | Family Camping Kali Ketiga di Campsite Pasir Putih, Kalumpang, Perak
gambaran hadapan.
gambar dari pondok 64.
flysheet di pacak rendang begitu. hujan...

Ketagih! | Family Camping Kali Ketiga di Campsite Pasir Putih, Kalumpang, Perak
belakang khemah, tempat parking kereta.
tu yg saya suka tapak 64 ni.
kereta dekat. kawasan yang agak privasi utk kami.

cuma satu la yg tak brape nice, tapi kecil aje la. dlm gambar di atas, hujung kiri. kelihatan kepulan asap, kan. di situ adalah tempat pengumpulan sampah campsite. di waktu petang, akan berlaku pembakaran sampah di situ. bau busuk tiada, namun bila pembakaran sedang berlaku, ada beberapa letupan kuat! agak mengejutkan. sampah campers, kan. mungkin botol gas memasak ke kan, tu yg meletup. 

Ketagih! | Family Camping Kali Ketiga di Campsite Pasir Putih, Kalumpang, Perak

Ketagih! | Family Camping Kali Ketiga di Campsite Pasir Putih, Kalumpang, Perak

saya tidak begitu menekankan kepada susun atur yang cantik bila camping ni. pada saya, kemas dan bersih, da mencukupi. makanan semua boleh disimpan rapi, ok la. kalau tgk dalam fb, pelbagai susun atur perkhemahan dikongsikan oleh campers. dgn pelbagai aksesori camping zaman sekarang yang dipamerkan. susun atur saya is biasa-biasa saje. takde nampak kayangan sgt.

nak dijadikan cerita. saya kurang sihat 😓 sepanjang camping di pasir putih kalumpang. saya datang bulan dan Sabtu tu merupakan hari ketiga circle period saya, hari yang amat menyakitkan. badan saya sakit. pengaliran yang tenat. saya langsung tidak dapat membantu mr.asben pasang khemah. apa yang saya mampu hanyalah pasang kabinet dapur, rak gantung pinggan mangkuk dan meja makan. perlahan-perlahan saya susun atur semua barang di tempat memasak dan tempat makan.

Ketagih! | Family Camping Kali Ketiga di Campsite Pasir Putih, Kalumpang, Perak
inilah ruang memasak, runag menyimpan makanan dan peralatan.
tong air di kiri sekali tu (penutup pink) adalah dalamnya air sungai.
utk cuci tangan atau cuci bahan utk memasak.
bukan untuk minum!

sumber air minum dan memasak adalah air mineral. saya bawa air mineral 10 liter. air sungai setakat untuk cuci-cuci saje. tak berani utk menggunakan air sungai. ada la baca-baca dalam grup camping di fb, ada yang kena cirit-birit bila balik dari camping! takut 😣.

Ketagih! | Family Camping Kali Ketiga di Campsite Pasir Putih, Kalumpang, Perak
deretan bahan asas utk memasak - minyak, sos, kicap, gula dan garam di tepi dapur.
sebelah kanan tu, ruang utk periuk nasi dan lain-lain bekas.
dan di dalam almari gantung di bawah, semua bahan makanan yang lain.

Ketagih! | Family Camping Kali Ketiga di Campsite Pasir Putih, Kalumpang, Perak
cerek kesayangan 😍

Ketagih! | Family Camping Kali Ketiga di Campsite Pasir Putih, Kalumpang, Perak
ice box. mineral water. 
rak gantung apa yg boleh digantung 😄.
sgt membantu susun atur saya rak ni. love sgt!

Ketagih! | Family Camping Kali Ketiga di Campsite Pasir Putih, Kalumpang, Perak
3 baldi ni memang lokasi dia di situ.
mudah utk ke tandas.
satu lagi pembelian yg berbaloi.
sgt memudahkan!

Ketagih! | Family Camping Kali Ketiga di Campsite Pasir Putih, Kalumpang, Perak
wajib ek pasang ubat nyamuk.
da dekat-dekat maghrib, 4 ubat nyamuk akan dibakar.
diletakkan di tempat-tempat strategik sekitar khemah dan pondok 64.
ancaman covid 19 tu satu la.
jgn lupa ancaman denggi berdarah! ni juga bawa maut!

Ketagih! | Family Camping Kali Ketiga di Campsite Pasir Putih, Kalumpang, Perak
jiran-jiran di tapak 65 dan 66.

Ketagih! | Family Camping Kali Ketiga di Campsite Pasir Putih, Kalumpang, Perak
jiran-jiran di tapak 62 dan 63 pula.
alamak, ada pulak kain pelikat dan seluar pendek mr.asben 😃😃.

semestinya di campsite, kami meluaskan lagi jajahan sillaturrahim sesama campers. berkenalan. berborak tentang hobi family camping masing-masing. tak lupa juga bertukar nombor telefon. berjanji lagi berjumpa di next campsite, in shaa Allah.

Ahad (30.1.2022) tu kami lepak menikmati alam sepanjang hari.
kami anak-beranak dpt tidur yg lena sepanjang malam pertama di pasir putih kalumpang. alhamdulillah. kami tidur di atas tilam angin. kami bawa 1 tilam angin saiz queen (untuk anak-anak beradu) dan 2 tilam angin saiz single (saya dan mr.asben). khemah unta kami saiz M cukup selesa memuatkan 3 tilam tersebut. best!

bila tidur selesa, bangun pagi pun rasa best je la kan. sedang anak-anak dibangunkan oleh mr.asben utk solat subuh, saya da berada di pondok untuk mula masak breakfast. permintaan kakak-kakak, english breakfast 😋.

Ketagih! | Family Camping Kali Ketiga di Campsite Pasir Putih, Kalumpang, Perak
kali ni bawak sekali gardenia pandan coconut 💚.

Ketagih! | Family Camping Kali Ketiga di Campsite Pasir Putih, Kalumpang, Perak

Ketagih! | Family Camping Kali Ketiga di Campsite Pasir Putih, Kalumpang, Perak

saya prepare baked beans dan scramble eggs. mr.asben pula bantu bakar roti dan sosej. suasana pagi yang indah, rugi kalau kita tak buat aktiviti outdoor sebegini. explore alam. 

Ketagih! | Family Camping Kali Ketiga di Campsite Pasir Putih, Kalumpang, Perak

Ketagih! | Family Camping Kali Ketiga di Campsite Pasir Putih, Kalumpang, Perak
sedap sungguh aroma roti pandan coconut yang dibakar!
harum semerbak!

Ketagih! | Family Camping Kali Ketiga di Campsite Pasir Putih, Kalumpang, Perak
untuk Izzat, kebetulan ada lebih nasi dinner semlm, saya buat nasi goreng.
makan bertambah! alhamdulillah...
english breakfast memang bukan pilihan Izzat la.
anak melayu sejati 😃.

siap je makan, anak-anak semua membasahkan diri di sungai. saya hanya memerhatikan dari pondok. badan tak sihat, hanya mampu memantau saje la kan. rasa rugi sgt tak dpt menikmati air sungai di pasir putih kalumpang ni.

Ketagih! | Family Camping Kali Ketiga di Campsite Pasir Putih, Kalumpang, Perak
korang happy, ibu ok je, anak-anak.
ni pun kena paksa masuk sungai.
if not, nak duduk kat khemah main phone hu hu hu hu 😂...

Ketagih! | Family Camping Kali Ketiga di Campsite Pasir Putih, Kalumpang, Perak
ni yg best bila sungai selamat untuk kanak-kanak.
pemandangan dari pondok 64.

Ketagih! | Family Camping Kali Ketiga di Campsite Pasir Putih, Kalumpang, Perak
ada air terjun kecil berdepan dgn tapak 66. nice!

Ketagih! | Family Camping Kali Ketiga di Campsite Pasir Putih, Kalumpang, Perak
hati-hati ye, anak-anak.

petang Ahad yang santai.
cuaca amat la baik. suasana memang meriah di pasir putih kalumpang. hari Ahad pun masih ramai yang check-in. di sana di sini ramai campers. mujurlah kami di tapak 64, agak privacy berbanding beberapa tapak yang lain. so, nyaman je suasana.

Ketagih! | Family Camping Kali Ketiga di Campsite Pasir Putih, Kalumpang, Perak
siap sarapan, mr.asben terus bakar ayam utk lunch.
cantik spot di sini. selesa pun ye jugak.

Ketagih! | Family Camping Kali Ketiga di Campsite Pasir Putih, Kalumpang, Perak

Ketagih! | Family Camping Kali Ketiga di Campsite Pasir Putih, Kalumpang, Perak

Ketagih! | Family Camping Kali Ketiga di Campsite Pasir Putih, Kalumpang, Perak
lunch Ahad.
ayam panggang. nasi putih.
air asam cili padi.

kami memang kurang makan bila camping. makan style tak tetap. kebetulan makanan untuk sarapan masih berbaki. itu juga la di makan menjelang tengahari. simple simple saje. more to enjoy nature dari berpenat-penat memasak.

sebelah petang, mr.asben join anak-anak mandi sungai. tinggal saya sendirian di daratan. melayan kebosanan, kemas apa patut, cuci apa patut agar campsite saya bersih, lalat pun kurang. then godak kopi seteko utk minum petang.

Ketagih! | Family Camping Kali Ketiga di Campsite Pasir Putih, Kalumpang, Perak
bara masih ada.
letakkan air seteko, cepat aje menggelegaknya.
bancuh kopi.

Ketagih! | Family Camping Kali Ketiga di Campsite Pasir Putih, Kalumpang, Perak
best nyer korang ek boleh mandi sungai.
jeles!

Ketagih! | Family Camping Kali Ketiga di Campsite Pasir Putih, Kalumpang, Perak

Ketagih! | Family Camping Kali Ketiga di Campsite Pasir Putih, Kalumpang, Perak

Ketagih! | Family Camping Kali Ketiga di Campsite Pasir Putih, Kalumpang, Perak

bila camping, apa nak buat?
takde pape! 

just seat and relax. line telco pun tak brape kuat di campsite. so, just enjoy the nature in front of you. makan. minum. borak. kalau ngantuk, masuk khemah jap, tidur. tak perlu ada byk aktiviti terancang. just go with the flow.

Ketagih! | Family Camping Kali Ketiga di Campsite Pasir Putih, Kalumpang, Perak
mr.asben naik ke darat jap.
minum kopi panas.
mata still pantau anak-anak di sungai😃.

Ketagih! | Family Camping Kali Ketiga di Campsite Pasir Putih, Kalumpang, Perak

makan malam.
malam pertama di pasir putih kalumpang, saya buat yong tau foo seperiuk. tapi, dek kerana kesihatan yang kritikal, tiada gambar diambil dan boleh dipaparkan hu hu hu... sedih la pulak. sib baik malam kedua da boleh ceria dan snap gambar 😀.

kerja utama saya, di rumah atau di luar, memasak la. rasa bosan pulak kalau duduk saje tepi sungai tu. memasak is something saya suka bila family camping ni. berserabut! tapi enjoy. mlm tu kami masih lagi menikmati ayam panggang. ditambah pula dengan sambal kupang dan sayur kangkung belacan. alhamdulillah.

Ketagih! | Family Camping Kali Ketiga di Campsite Pasir Putih, Kalumpang, Perak

sambal ni wajib ada, samada di rumah mahupun di campsite. kali ni, awal-awal da decide utk bwk kupang. kesukaan Izzat. kegusaran saya ialah lauk Izzat. kalau tak kena dgn lauk dia, dia sanggup tak makan! aduhai, scary! sambal ni boleh membuatkan Izzat tambah nasi berkali-kali. lega...

hari terakhir di kalumpang - 31.1.2021 (Isnin).
yg bestnya pagi kedua di kalumpang ni, saya da beransur sihat 😊😍. yg tak bestnya ialah kita dah nak balik dah 😫. halamak aii! 

sarapan simple. sarapan biasa-biasa saje. sarapan sedap sudah pasti. roti telur cicah sos dan burger daging. air kopi panas.

Ketagih! | Family Camping Kali Ketiga di Campsite Pasir Putih, Kalumpang, Perak

Ketagih! | Family Camping Kali Ketiga di Campsite Pasir Putih, Kalumpang, Perak

Ketagih! | Family Camping Kali Ketiga di Campsite Pasir Putih, Kalumpang, Perak

tak payah pun nak fikir menu sarapan yang susah. begini pun dah buat suami minta burger kedua tau 😄. sarapan yg simple. sebab lepas masak, hidang atas meja makan, terus start berkemas. maklumlah kan, bila camping ni, part berkemas tu amik masa 2-3 jam! time tiba dan time nak balik. tak boleh lah nak berehat baring-baring tepi sungai ha ha ha ha... anak-anak je la yg sambung mandi sungai. ibu ayah ada kerja berat 😅.

perlu tahu bahawa setiap campsite now, mostly lah, da tetapkan waktu utk check out is lebih kurang jam 10 pagi hingga 1 tengahari. waktu check in pun lebih kurang gitu la. so campers yg nak check out kena kerjasama dgn campers yg nak check out. kena kemas tapak dgn segera dan bersih. kita jaga kita la gitu. be considerate.

sebab tu la, saya dan mr.asben da start berkemas seawal 9 pagi. mana-mana yang boleh dikemas dan masuk dlm kereta, kami settle kan dulu. tak rushing. 3 hours utk berkemas is sgt ok. relax relax saje. anak-anak yang masih bergumbira di sungai, tak menjadik kan masalah. tandas ada. so nak bersiap tanpa khemah pun ok. make up saje dalam kereta, kan 😀.

Ketagih! | Family Camping Kali Ketiga di Campsite Pasir Putih, Kalumpang, Perak
flysheet telah diturunkan separuh.
masa utk menjatuhkan khemah unta lebih kurang 1 jam sebelum nak check-out.

Ketagih! | Family Camping Kali Ketiga di Campsite Pasir Putih, Kalumpang, Perak
unta telah 'ditumbangkan'.
mr.asben sedang susun atur tools nya.
saya kemas part dapur di pondok 64.
inilah pentingnya flysheet. jadik tempat berteduh sementara mengemas.
last skali baru la diturunkan flysheet 😎.

Ketagih! | Family Camping Kali Ketiga di Campsite Pasir Putih, Kalumpang, Perak
anak-anak di sungai.

Ketagih! | Family Camping Kali Ketiga di Campsite Pasir Putih, Kalumpang, Perak

Ketagih! | Family Camping Kali Ketiga di Campsite Pasir Putih, Kalumpang, Perak

next entry, saya share campsite review ye. best camping di sini. saya suka. korang pun sure akan suka. cuma tu la, pasir putih kalumpang ni, jarak di antara satu tapak dgn tapak yang lain agak rapat. kalau hujung minggu, ala-ala pasar malam! sempat la berborak dgn husband Pn. Anje, dari mulut dia la terkeluar perkataan 'pasar malam' tu.

Ketagih! | Family Camping Kali Ketiga di Campsite Pasir Putih, Kalumpang, Perak
serai wangi. sini byk lalat! stress skit hu hu hu...
tiap kali lap meja and kabinet dapur, sure spray spray serai wangi.

Ketagih! | Family Camping Kali Ketiga di Campsite Pasir Putih, Kalumpang, Perak
jumpa kawan baru!
3 famili dari tapak 65 dan 66.
dari Putrajaya.

family camping part 3 berakhir dgn penuh gembira. sekali lagi jatuh cinta dgn aktiviti berkhemah. masih tidak serik meskipun camping dlm keadaan tak sihat, hujan turun, lalat banyak atau pape lagi cabaran kecil. anak-anak pun ada yg masih kurang selesa. masih lagi prefer stay di hotel 😁 ha ha ha ha... faham. cuma, tu la... life, kena cuba. kena ada pengalaman. pahit manis, semua menjadi kenangan kelak in shaa Allah.

💙💚💛💜