assalamualaikum korang.
selamat petang Ahad 😊.
kalau semalam da masak sotong, ayam... hari ni kita nak tambah lauk saje. memang semalam masak bertujuan utk simpan sikit utk hari ni. jimat segala jimat ha ha ha 😄...
[ boleh la baca-baca dulu semalam punya ngomel ye : Aktiviti 14 Januari ]
hari ni Durian Tunggal panas. alhamdulillah. senang hati. baju-baju yg disidai kat ampai tu mcm boleh kering cantik la. lepas zuhur karang nak belek-belek memana yang kering tu da boleh angkat and lipat.
mr.Asben takde ni. gi ride ke Johor dgn geng surau. tu la tu ek, geng surau zaman sekarang dah gi ride ramai-ramai. bukan setakat perbincangan tentang aktiviti surau, hingga aktiviti sosial sesama dia pun turut dirancang 😄.
tapi takpe la. janji my mr.Asben happy, i pon happy la. pagi tadi sebelum pergi, da sesiap dia belikan sarapan utk anak bini, alhamdulillah. moga dia selamat dalam perjalanan dan selamat balik. check live location, dia berada di Ayer Itam. baru selesai makan di restoran Kari Kambing 40 Hari la tu.
pagi tadi selamat da saya shopping ubat semut di Shopee. ubat semut yg amat berkesan! kat kedai hardware sini jual rm15 each (10g). kat Shopee ada rupanya 😍. saya pun beli 30g, baru RM33. jimat byk. nanti saya share once dpt ye. saya da guna and ianya amat berkesan, alhamdulillah.
sambil-sambil tu, survey la harga bonet motor utk mr.Asben. yes la, dia aktif gi ride dgn kawan-kawan, kalau motor tu ada bonet, mudahlah dia nak letak pape. mana la tau nak tapaw makanan utk anak bini 😆, mudah la.
berkenan jenis gini.
cantik. ekslusif.
boleh tahan mahal la harganya 😳.
tunggu gaji. ada lebih, dpt la upgrade kan motor tu. sedangkan motor lama pun ada bonet, ini kan pula motor baru si merah ni, wajib berbonet jugak. kekadang tu anta anak gi sekolah, beg anak tu tak muat nak letakkan bawah seat 😒. aduhai...
rak barang camping 😍.
next camping will be cuti sekolah bulan Mac. in shaa Allah. so nak kemas-kemas. tu baru tunjuk rak barang kekecil ye. lom lagi pamerkan dinding satu lagi, khemah, meja-meja dan lain-lain lagi 😄. ni nak ngemas lah ni hah. nak ketepikan juga barang-barang yg nak di letgo by way of jual prelove or bagi free kat kawan-kawan rapat. tak tau lagi.
baiklah.
need to go.
mau naik bilik. susun baju dalam laci-laci pula. syukur da selamat lipat semua baju. syukur! 😄 ibu berjaya! then nak rehat-rehat tunggu azan Zuhur berkumandang.
ptg nanti saya blogwalking ye. in shaa Allah.
...bye!
19 Comments
Lama x singgah sini dan memang perasan hobi baru Aida dan suami...bestnya ride sana sini...sygnya tunang SA x pandai bawak motor
ReplyDeletetu la tu, SA.
Deleteaida layankan hobi mr.Asben :)
dari dia ke lain nanti ha ha ha ha...
...support!
bestnya dpt camping2, memang trend skrg kan. sini so far belum ada site lagi. so mampu angan2 je lah. hahaa
ReplyDeleteyes. trending sejak PKP.
Deleteaida terjebak :)
rajinnya camping. saya bab-bab camping diy ni saya angkat bendera putih. saya bukan sejenis rajin. hahaa
ReplyDeletetak rajin, scha :)
Deletesupport hobi mr.Asben.
dia yg kelolakan 75%. letih ke dia, rajin pun dia.
aida tolong skit2 25% aje.
kebetulan anak-anak da besar, boleh bantu ayahnya.
Saya ada motor tapi jarang ride... Dulu² je rajin..
ReplyDeletekena ada mood, kan :)
Deletedan masa.
Semalam mmg panas hari dr pagi sampai ptg... tp sy x sempat lipat baju semalam... byk pulak aktiviti ptg sampai ke mlm... kalau stay kt umah mmg best bila semua keja setel
ReplyDeleteaida suka dok rumah sebenarnya.
Deleteabis keje, then rehat... home sweet home!
husband saya pun kaki ride juga tapi kdg kdg tak izinkan hahaha!
ReplyDeleteaida izinkan tu pun lepas tanya dia 101 soalan :) ha ha ha ha...
Deletemaklumlah kan. kena cek bebetul hala tuju.
sesiap paksa share live location sepanjang masa.
syok kalau camping.. tapi nk menyimpan brgnya yg malas. hehehe.. suami ride, isteri siapkan kerja rumah.settle semua ye..
ReplyDeletesgt betul, hanni.
Deletenak mencuci. nak bersihkan. nak nyimpan. berchenta bethol!
tapi tu la tetap tak serik camping :)
sesekali cuti duduk rumah mengemas pun kira 'healing' jugak kan.
ReplyDeletebenarrr, Sal.
Deletemood malas nak keluar datang, memang heaven dpt dok rumah.
the best place lah utk releks 100%. nikmat! :)
Saya tertarik dengan ubat semut yang Aida beli tu.
ReplyDeleteByk juga aktiviti jejalan Aida tahun baru ni
ReplyDeletebln 3 dah dkt ni. dah prepare dah utk camping nnt?😀
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.