assalamualaikum korang.
selamat petang Ahad 😊.

kalau semalam da masak sotong, ayam... hari ni kita nak tambah lauk saje. memang semalam masak bertujuan utk simpan sikit utk hari ni. jimat segala jimat ha ha ha 😄...

[ boleh la baca-baca dulu semalam punya ngomel ye : Aktiviti 14 Januari ]

Durian Tunggal, Melaka

hari ni Durian Tunggal panas. alhamdulillah. senang hati. baju-baju yg disidai kat ampai tu mcm boleh kering cantik la. lepas zuhur karang nak belek-belek memana yang kering tu da boleh angkat and lipat. 

mr.Asben takde ni. gi ride ke Johor dgn geng surau. tu la tu ek, geng surau zaman sekarang dah gi ride ramai-ramai. bukan setakat perbincangan tentang aktiviti surau, hingga aktiviti sosial sesama dia pun turut dirancang 😄.

tapi takpe la. janji my mr.Asben happy, i pon happy la. pagi tadi sebelum pergi, da sesiap dia belikan sarapan utk anak bini, alhamdulillah. moga dia selamat dalam perjalanan dan selamat balik. check live location, dia berada di Ayer Itam. baru selesai makan di restoran Kari Kambing 40 Hari la tu.

pagi tadi selamat da saya shopping ubat semut di Shopee. ubat semut yg amat berkesan! kat kedai hardware sini jual rm15 each (10g). kat Shopee ada rupanya 😍. saya pun beli 30g, baru RM33. jimat byk. nanti saya share once dpt ye. saya da guna and ianya amat berkesan, alhamdulillah.

sambil-sambil tu, survey la harga bonet motor utk mr.Asben. yes la, dia aktif gi ride dgn kawan-kawan, kalau motor tu ada bonet, mudahlah dia nak letak pape. mana la tau nak tapaw makanan utk anak bini 😆, mudah la.

Aluminium Top Box 25L 30L 35L 45L Motorcycle Motosikal Aluminum Rear Back Tail Kotak XMAX VERSYS GTR BMW XADV
berkenan jenis gini.
cantik. ekslusif.
boleh tahan mahal la harganya 😳.

tunggu gaji. ada lebih, dpt la upgrade kan motor tu. sedangkan motor lama pun ada bonet, ini kan pula motor baru si merah ni, wajib berbonet jugak. kekadang tu anta anak gi sekolah, beg anak tu tak muat nak letakkan bawah seat 😒. aduhai...

rak barang camping
rak barang camping 😍.

next camping will be cuti sekolah bulan Mac. in shaa Allah. so nak kemas-kemas. tu baru tunjuk rak barang kekecil ye. lom lagi pamerkan dinding satu lagi, khemah, meja-meja dan lain-lain lagi 😄. ni nak ngemas lah ni hah. nak ketepikan juga barang-barang yg nak di letgo by way of jual prelove or bagi free kat kawan-kawan rapat. tak tau lagi.

baiklah.
need to go.
mau naik bilik. susun baju dalam laci-laci pula. syukur da selamat lipat semua baju. syukur! 😄 ibu berjaya! then nak rehat-rehat tunggu azan Zuhur berkumandang.

ptg nanti saya blogwalking ye. in shaa Allah.
...bye!