assalamualaikum & selamat pagi 😊

hari kedua di tahun baharu ni, kesihatan saya masih lagi tak ok. batuk da menyinggah pula. aduhai! tapi tekak tak sakit. dah telan ubat. esok dah naik keje, pelbagai tugasan yg menanti! tak boleh tak masuk keje hu hu hu...

moga by esok batuk-batuk ni dah hilang lah harapnya. aminnnn...

throwback 3 hari lepas, 30.12.2022, selepas tunaikan solat Asar kat rumah, kami sekeluarga melangkah pergi ke Banda Hilir. awal dari itu, waktu di rumah, hujan gerimis. Allahu, tak berjayakah misi saya nak bawak anak-anak ronda Banda Hilir? fikir punya fikir, kami gerak je la. takde rezeki, jalan-jalan dalam Mahkota Parade saje la kan. janji jalan-jalan 😄.

setibanya di Banda Hilir lebih kurang jam 6 petang, aduhai 😍 cuaca seindah suria. cantik. nyaman. orang pun ramai yang bersiar-siar. kami park kereta di hadapan Dataran Pahlawan.

memang dah lama target nak bergambar di tangga comel ni.

ada beberapa tempat yg menempatkan tangga comel ni. tapi tak sesuai utk berhenti dan bergambar. di tepi jejantas ayer keroh. di tepi jalan Dataran Pahlawan, tapi kini dah takde dah. di simpang empat trafik lights. kalau bergambar di situ bermakna menempah maut! kereta di Melaka ni bukannya sikit walaupun negeri kecil.

wah. ada coconut shake Batu Berendam di Banda Hilir.
bolehlah beli membasahkan tekak penat berjalan 😅


kami tidak berniat utk bersiar-siar di siang hari. kami gi dinner di Black Canyon dan tunggu masuk waktu, terus solat maghrib dulu.



as before, tu la dia lauk-pauk pilihan kami sekeluarga di Black Canyon. tomyam ayam, sayur campur, pad kra paw dan stir fried ayam dan udang. tomyamnya first class! kedai tomyam pun tak sesedap ni. cukup rasa, cukup bahan. bukan serai semata-mata!

selesai solat maghrib, barulah kami sekeluarga keluar dari Dataran Pahlawan. menetapkan beberapa jam utk bersiar-siar.

kenapa tiber nak ronda Banda Hilir?
tu la nak inform korang semua. Izzat pernah tanya saya satu soalan maut - "ibu, Izzat pernah pergi kota A'famosa tak?" 😳 Allahu... soalan Izzat! rupanya, dia berborak dgn kawan-kawan pasal A'famosa lah kat sekolah. semua kawan-kawan tahu, Izzat sorang je blurrr. dia hanya belajar pasal kota A'famosa tu dalam buku aje.

barulah si ibu ni sedar. ke utara selatan bwk anak berjalan, berkhemah. kota A'famosa Banda Hilir anak tak pernah pergi 😒. ke sana asyiklah berjalan dlm mall aje kan, jarang nak ronda luarnya.

gitu la citernya korang. tu yg kali ni saya bwk diorang sebelah malam. next plan nya nak bwk diorang dtg pagi hari. nak naik bukit St.Paul tu jugak.
 


sayang 1000 kali sayang, padang atas Dataran Pahlawan ni tiada apa yang menarik.

kakak sulung dan adik boy nya 😍

Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Melaka.



lama sungguh saya tak jejak sini. berwarna-warni. saujana mata memandang, luas nak berjalan-jalan. cuaca pun amat baik. kalau ada anak kecil, puaslah dia berlari-larian di sini, unlimited! 😄


tempat beli souvenirs pun ada di sini.

tgk tu, orang Melaka pun beli barang! 😂



ok, ibu is lega.
ada dah bukti Izzat kat kota A'famosa 😄


selesai di situ, kami sekeluarga berjalan perlahan-lahan ke arah Stadhuys dan Jam Besar. malam masih muda, orang pun ramai. kami joined the crowd la. sambil jalan, kami bergambar menyimpan kenangan. yg ok ok saje lulus masuk blog utk dipaparkan 😀. yang lain, simpan ketat utk paparan kami sekeluarga saje.

havoc nya Banda Hilir. penut dgn umat manusia. berniagalah apapun, pasti laku mlm tu. di sana di sini ada saje orang menjual makanan dan minuman. jgn risau ye.


beca Melaka yang berwarna-warni. cantik. menarik perhatian kanak-kanak dan orang dewasa. kanak-kanak mudah tertarik kepada figura kartun yang ada di beca. aneka tema yg memang kreatif. namun satu masalah yg boleh dikatakan besarlah pada saya, muzik yang dimainkan oleh beca amat kuat! saya yang tak naik beca pun mcm nak pecah gegendang, apatah lagi orang yang naik beca tu. nak berborak santai atas beca pun tak dpt. sebab dedua pekak, camne nak borak 😄.

dinasour sesat di Banda Hilir.
kan dah kena diam dek pedang Izzat.


suasana di sekitar bangunan merah agak kelam rupanya di malam hari. tidak semeriah sewaktu kehadiran kami di siang hari.


so, anak-anak hanya bergambar di tulisan i 💓 Melaka. kami terus beredar menghala ke Jonker Street.

perhimpunan beca Melaka di persimpangan nak ke Jonker Street.
port cari pelanggan.

lepak di jambatan, seberang Hard Rock Cafe.
snap snap gambar saje.

tak jadi nak jalan sepanjang Jonker Street sebab terlalu ramai orang! full house Jonker Street. cuti sekolah, kan. then kami decide utk balik ke Dataran Pahlawan je. tapi jalan kaki along the sungai Melaka. lalu tepi Muzium Kastam dan Muzium Samudera.


indah sungguh pemandangan sungai Melaka.
and paling best, sungai sudah tidak berbau!
best best...




berjalan la kami sekeluarga sambil menikmati keindahan malam di Banda Hilir. berjalan perlahan sambil snap snap gambar. at least jika orang tanya, kami berani la jawab yg kami dah tawaf dah dari situ ke situ 😄. tau la apa di sana. apa di situ, kan. boleh la...

di mana-mana ada beca yang meriah 😄. 

ramai juga yang naik Menara Tamingsari.
kami dah beberapa kali naik dah.

[ Boleh baca ni juga 👉 Bawa anak-anak naik Menara Tamingsari ]

last stop - ronda Pahlawan Walk Market 😄.

sebelum balik, wajiblah ronda di uptown yg havoc ni kan. mr.Asben beli beberapa barang motor dia. terjumpa pulak ofismet dia yg berniaga di situ. aduhai, happening sgt rondaan kami mlm ni.

beli air jagung dan sirap limau utk basahkan tekak di malam hari. haus! berjalan kaki beribu-ribu langkah, kan.

maka, berakhirlah program jalan-jalan kami 5 beranak. dah tak boleh camping, kami buat aktiviti dalam negeri ajer la. seronok juga tau. kononnya pelancong lah, tapi dari Durian Tunggal jer pon 😄. sabau jer la kan.

mari le dtg Melaka ye korang 😍.