Friday, December 25, 2009

SELEPAS 10 MALAM

5 comments:
... barulah blog ni saya update.
Bersawang ! Berhabuk !

Kehidupan di JB amat seronok, meskipun sedikit membosankan. Saya dikelilingi oleh adik-adik. Most of them dilahirkan sekitar tahun 1981-1985. Antara 20 orang perempuan hanya 4 orang sudah berkahwin dan saya salah seorang daripada nyer.

Saya sewa rumah di Taman Munsyi Abdullah, Tampoi.. bersama 5 orang adik-adik yang sama-sama melapor diri pada 14hb lepas. 6 orang dlm sebuah rumah, 4 orang Melaka dan 2 orang Terengganu.

Ceria belaka semua adik-adik saya. Bangun pagi je da start borak sambil tunggu turn mandi. Dalam kereta borak lagi. Sampai office, pantang jumpa kat cafe, borak lagi.... Hinggalah malam. Da landing atas tilam dengan mata yang terbuka separuh (mengantuk tahap gaban), pun tetap mulut brot bret brot bret...

Best !

Anak-anak dan suami di Melaka, alhamdullillah... Tiap hari kami berhubung melalui telefon. Meskipun hati sedih berjauhan, kerana mencari rezeki yang halal dan masa depan yang cerah, segalanya dikorbankan seketika.

Photobucket

Tuesday, December 15, 2009

SELASA YANG KEDUA

5 comments:
Hai... saya bersiaran lagi...
Last la utk minggu ni kot.
Next week tak pasti adakah dpt saya bersiaran.

Ptg ni nanti hubby akan balik Melaka.
Hubby akan bawa broadband untuk kegunaan nyer...
So saya tak bleh online.

Minggu ni hanya aktiviti suai kenal.
Happy happy... kenal berkenalan...

Tak sabar nak balik Khamis nanti.
After abis keje kul 5, terus start enjin balik Melaka.
Jumaat pagi baru dpt peluk cium anak-anak dara.
Mereka kat umah mak abah di kampung...

Tak sabar !!!


Photobucket

Monday, December 14, 2009

AKU YANG BARU

7 comments:

Bermula la diari kehidupan saya yang baru hari ini.
Pekerjaan baru.
Jawatan baru.
Di tempat baru.
Meskipun berada di JB ni seorang diri...
Tanpa suami dan anak2 di sisi.
Saya pasrah dan redha.
Demi mencari rezeki yang halal.

Semalam sampai Larkin JB kul 6.30 ptg.
Alhamdullillah, tidak sesat...
Terus sampai ke tempat dituju.

Stay kat Hotel Seri Malaysia.
Takde tempat tinggal lagi nih!
Da pun survey kat Kampung Kastam (kuarters)...
Aduh, sedih!

Menakutkan utk saya tinggal sorang diri...
Tak dpt nak ambik gambo, sebab da hampir maghrib...
Nak cepat ke hotel.

Hubby ada bersama hari ini.
Esok dia akan balik Melaka naik bas ekspres setelah urusan tempat tinggal saya settle.
Tq you... Love you...
Sanggup bersusah-payah, berpenat-lelah untuk I...

Anak-anak kat Cheras...
Aduhai, rindu nyer!!!

Photobucket

Thursday, December 10, 2009

MARI DENGAR CERITA

6 comments:
Terkenang citer hubby pd saya kelmarin... Hubby dan ofismate minum pagi di cafe Taman Puncak. Ada la beberapa org bapa yg lain sedang minum pagi di cafe tu. Dgn kuat nyer salah seorang bapa menasihati bapa yg lain... Sedikit sebanyak, gini la kata-katanya :

"Ko suruh anak ko jadik lawyer. Lawyer kaya! Satu bil je da ribu-ribu kita kena bayar lawyer."


Hubby dan member2 nyer saling berpandangan dan tersenyum.

Itu juga yang abah saya kata dulu, sebelum saya isi borang UPU. Di antara 5 anak2, abah kata, saya yg layak jadi lawyer. Abah kata, kakak-kakak saya da amik accountancy & medicine. Abang pula amik engineering. Maka, tinggal saya & adik bongsu. Adik bongsu amik engineering juga lepas tu, ikut abang.

...... Indah khabar dari rupa. Bukan seperti yang dikata.

Boleh kaya. Boleh gaji RM5k bersih sebulan. But, buka la firm sendiri. Jadi partner pun da orait. But, kena gak tgk firm. Now susah nak dpt bisnes. Ekonomi gawat. Projek perumahan byk sangkut. Bank rendahkan scale fees. Bank pula now da byk gabung. Maka, da kurang bank. Kurang la lawyer dpt job.

Practice cert and insuran jer da 3-4 ribu sorang. Nak juga amik clerk and despatch. Nak ada modal sebab nak kena marketing. Marketing guna air liur tak jalan punyer. Paling sengkek pun nak kena belanja manager bank hi tea. Nak kena bagi hamper paling besar kat officer...

No money, no talk punyer konsep.

Nak le cerita juga yang.... Ada sorang member saya ni gi ofis developer. Nak buat marketing la sebab dia baru je buka firm. Ada ke patut manager inform member saya bahawa lawyer ni BEGGAR !!! Kata nyer, lawyer sanggup tunggu dia berjam-jam semata-mata nak job. Merah padam member saya. Demi menjaga maruah, dia sound direct manager tu hingga manager tu terdiam. Panjang lebar lecture dia kan manager tu, tak kuasa saya nak type kat sini... hi hi hi...



Ada ke patut sorang manager pejabat pemaju yang kelulusan hanya SPM, nak menghina professional? Kami memang terbuka untuk terima sebarang kritikan, tapi jgn hingga tahap menghina.


Satu lagi cerita, member saya lagi sorang pegi la site, untuk opening ceremony satu projek perumahan. After sudah park kereta, on the way to the site, ada la sorang lelaki cina, suku-sakat pemaju la ni, tegur dia.

"Why are you late? Go. Lawyers line up there like dogs!!! Faster!"



Merah biru kuning muka member saya. Kononnya cina tu nak ler inform yang da ramai lawyer datang ceremony tu. Semua nak job la.

Allahu Akbar. Saya mendengar cerita mereka terasa amat bengkek! Kalau la saya ditempat salah sorang dari mereka, mesti org-org tu kena makan kasut punyer. Kurang a*ar sgt!

Dah le kami ni dianak-tirikan oleh Bar Councel. All the office bearers semua nyer nak main politik. Busy nak dpt title DATUK... DATO'... TAN SRI... whatsoever! Nampak je dalam tv mcm pertahankan nasib lawyer. But, hakikatnya, setakat bising kat press je. Perlaksanaan???! Tunggu green light pihak tertentu...

Oh God! Kami ni professional yg tak nampak bagus. Meskipun gah pada nama.

Pernah satu senior (da 25 tahun jadi lawyer) inform saya :

"Belajar jadi doktor susah giler...
Setakat belajar dari lawyer, senang, hafal jer kulit ke kulit...

Tetapi...

Jadi doktor senang, org sakit cek je sini-sana and bagi ubat.
Tak baik, dtg lagi and bagi ubat kuat lagi...
Doktor tak bawa balik pesakit ke rumah. Nak kena saman pun susah!
Negligence ??! Takkan menang kita ni.
Orang bayar tanpa minta diskaun pun.
Walaupun tak baik-baik after berbotol ubat abis.



Jadi lawyer susah giler!
Tak abis setakat kat office.
Kat rumah pun masih dok kena fikir utk kes esok.
Kes tak mcm pesakit yg tukar tiap hari.
Nak kena settle, satu kes kekadang makan 3-4 tahun nak siap.
3-4 tahun baru dpt payment bil.
Selagi tak settle, tak dpt payment.
Kena ikut gaya client... judges... officers...
Kena bambu sesuka hati oleh client... judges... officers..."

Ada betul nyer kata-kata dia. Sebab kakak saya was a doctor. Dari tahun 1995 hingga la 2007 kot. Now dia da jadi Pengarah kat kementerian kesihatan. Dpt la saya imagine senario-senario yg dia maksudkan.

Hmmm... Sebab tu saya nak say goodbye to this profession. Kebetulan today hari terakhir saya sebagai sorang lawyer. Cukup la 7 tahun dan 9 bulan jadi lawyer. May be orang akan kata, bodoh nyer si Aida ni. Da jadi lawyer, stop plak!

Hakikatnya, hanya saya yang tahu. Busuk-busuk pun hampir 8 tahun saya berenang dalam arus yang menyukarkan ni. Hampir lemas! Namun, akhirnya ada tali yang dilemparkan dari daratan. Dpt saya capai... Selamat naik ke daratan. Meneruskan hidup dengan nafas dan azam baru.

Insya'Allah...

Wednesday, December 09, 2009

BACA BACA BACA BACA BLOG ...

9 comments:
Adui... dari pagi hingga skang ni hah, da 75% melawat kebun... E'eh! Bukan la... Melawat blog kawan-kawan yg di senarai kat bloglist. Banyak gak tempek komen or just say hai kat cbox. Lepas ni, di JB, ntah bleh ke tak nak bertenet online. Ntah laaa...


Alhamdullillah... Bersyukur ke hadrat Ilahi.
Minggu ni dari Isnin ari tu cuaca amat baik, cerah & panas.
Matahari kembali bersinar terik.

Kosong bakul baju kotor.
Mlm ni nak cuci sikit lagi baju anak-anak.
Insya'Allah menjelang tghari esok kering.
Senang hati nak tinggalkan umah takde hutang baju kotor.

Malam ni sessi melipat baju beramai-ramai.
Then, packing baju anak2 dara sebab start Jumaat (lusa) hingga la Khamis depan mereka akan tinggalkan dengan atuk & wan di Tun Hussein Onn, Cheras.
Ayah nak hantar ibu ke Larkin, JB.

Mine?
Da siap 75% packing.
Rumah pun da siap kemas mana-mana patut especially dapur.
Tonite final la nak buat per pun.

Last night tido kul 1 pagi.
Ditemani oleh anak2 dara.
Malam ni rasa nya time tu gak tido kot.
Unless packing siap awal...


Photobucket

Tuesday, December 08, 2009

BERHIMPIT-HIMPIT !!!

6 comments:
Malam tadi da start packing baju & barang-barang.
Saya packing seolah-olah tiada harapan dpt tukar penempatan ke Melaka.
Pasrahlah dgn pe jua ketentuan Allah lepas ni.

Cuci baju... Lipat baju...
Clear kan bilik belakang sedikit demi sedikit...
Sambil kemas berkemas, layan la Final Amazing Race dan Awan Dania.

Nurin dan Syuhada apa lagi, bergumpal, berlari, tergolek sana-sini, bergelak ketawa...
Kencing pun sama-sama la pulak.
Syuhada da tak pakai pampers now ni kan.

::::: syuhada :::::



::::: nurin :::::


Then, kul 11:30 mlm semua daftar diri utk tidur.
Seperti biasa saya tidur dgn Syuhada.
Nurin dgn ayah nyer.
Memandangkan hubby demam, dia merelakan diri nya tidur kat ruang tamu.
Agar tidak menjangkit dgn anak-anak dan isteri.
Nurin kena tidur atas tilam sorang diri.

Nurin : Takutlah bu tidur sorang-sorang. Ada syaitan!
Saya : Mana ada syaitan. Nurin da baca doa, kan? Syaitan takde da. Ibu pegang tangan Nurin ni.
Nurin : Ala bu. Takut!

Saya diam kan diri sambil pegang tgn Nurin.
Nurin tutup muka nyer dgn bantal.
Saya diam la few minutes...

Hmmm, kesian pula Nurin.

Saya : Nurin, come to ibu. Tidur sama-sama atas ni.
Nurin : Yahoo...

Saya di tgh-tgh di antara Syuhada dan Nurin.
Both of them nak pegang tgn saya.


Saya bernasyid... berzikir munajat... mendodoikan anak2 dara.
Sambil usap pipi mereka yg gebu...
Dari mata mereka terbuka luas, hingga la kedua-duanya tidur lena...
Berhimpit-himpit la tiga beranak kat atas katil hingga pagi...

Aduhai... mengalir lagi air mata saya, sebak tiba-tiba...
Dari mereka lahir hingga sekarang, saya bersama-sama mereka.
Hantar rumah babysitter / tadika...
Ambik mereka petang hari...

Pas ni da jadi tugas ayah....

Saya akan jadi WEEKEND MOM and WEEKEND WIFE ....

Saja tempek gambo anak-anak... Layan je la...







Photobucket

Monday, December 07, 2009

MENGALIR AIR MATA KU

7 comments:
Last night Syuhada tertidur awal kat sofa.
Nurin masih berjaga hingga hampir jam 12 tgh mlm.
Off television, kami berdua masuk ke bilik...
Memandangkan Syuhada da tidur, saya pun lie down sebelah Nurin.
Nak dodoikan Nurin la gamak nyer sebab dia kata mata dia tak ngantuk.

Borak-borak dgn Nurin...
Gelak-gelak dgn Nurin...

"Dah la kakak. Tidur. Esok kita borak lagi yer."
"Ok bu. Ibu popok Nurin ye?"
"Orait."

Saya cium pipi Nurin.
Nurin pejam mata.

Tiba-tiba sebak hati saya saya.
Mengalir air mata...

"Next week ibu kat Johor.
Kakak dok dgn ayah ye..."

Saya peluk Nurin erat......


Photobucket

WORKOUT SAYA YANG LIMA SEN

4 comments:
Hai...
Sabtu lepas, saya keje...
Tension nyer....
Maka, aktiviti wajib on every working Saturday is jalan-jalan jengah-jengah blog semua kawan-kawan @ followers saya. Tinggalkan komen... Tinggalkan jejak... Jumpa satu informasi berguna...

*
*
*
*
:::: nak citer pasal skipping ::::
*
*
*
*

Nak share informasi ni dari blog Eynda - Skipping.

Saya da cerita kan before this yang utk maintain fit & healthy, 2 amalan seharian saya adalah :-

  • sauna

  1. sehari tak kurang 20 minit (maksima 30 minit saje!)
  2. 20 minit - bakar 400-600 kalori
  3. sauna herba / sauna aura seri / sauna biasa

  • skipping

  1. sekali normally saya buat until kiraan 100, 2-3 minit je.
  2. dlm sehari, purata nyer dlm 300 kiraan.

Workout yg lain... kekangan masa! Just praktikkan aktiviti seharian yg nyata boleh bakar kalori (walaupun sikit, terbakar juga kalori tu!)...

Nak telan produk slimming / kesihatan, kekangan tekak pulak (waktu dlm pantang bersalin pun saya tipu-tipu makan suplemen tau, lebih byk buang dari telan!)...

Skipping rope tu saya beli kat AVON. Nak petik sikit kata-kata dari blog Eynda yang ia nya merupakan satu informasi baru bagi saya. Informasi yang amat menggembirakan...

" Skipping rope can be beneficial in your exercise to lose weight. It is so effective in burning calories that an hour of skipping rope will make you burn up to 1000 calories. "

Ok la tu... Untuk bacaan lanjut, bleh ke blog Eynda yer...

Photobucket

Saturday, December 05, 2009

:::::::: n.e.w m.o.o.n :::::::::

3 comments:
Saya da gi nonton ni...
Saya, hubby & Syuhada...




Pelakon-pelakon utama...



Kerna dia....


Kerana dia ni la saya sibuk nak nonton!
hi hi hi...

Robert Pattinson yang hensem!


Mimpi Bella...
"Alamak! Takkan la Edward nak aku yg tua??!!!"

*
*
*
... adus!!!


*
*
*
the Cullensssss...
*
*
*

Di tengah-tengah citer, saya jadi bosan & mengantuk.
Da la Syuhada peluk saya & tidur berdengkur.
Highlight kat Jacob, si serigala berseluar katok.


Siap saya tanyer hubby, "Mana Edward?"
Puntianak pun merajuk...
Membawa diri...


*
*
*

Part vision Alice ni yang buat saya & hubby kelakar.
Puntianak berlari-larian romantik.
Jiwang karatsss !!!

*
*
*
"Aku nak jadi puntianak juga ler!"



Kesimpulan :
  1. jalan citer lembab !
  2. jiwang byk sgt !
  3. edward tu mcm terlebih pucat & kurus kering sgt !
  4. kurang aksi !
  5. SAYA SUKA AYAT TERAKHIR CITER NI !!! SUKA !!!

Saya prefer the first twilight.

Still nak tgk next one - eclipse next year...



Photobucket

Friday, December 04, 2009

AAARGH !!!

8 comments:

Feeling bercampur-baur...
Gembira sebab akhirnyer dpt masuk gomen...
Da tak terdaya da dok private sector ni.
Keje berat.
Kurang faedah.

Tapi sedih!
Tension pun ada sebab tender resignation 2 bulan.
Minta release dari bosses, bosses tak nak lepaskan awal.
But, still mereka bertiga tgh bincang.
Apa pun... have to go la.
Kalu mereka nak penalty saya pun, akan bayar.
Nak buat camner...

Terkenang pula nak kena ke Johor, lapor diri & keje...
Tiada sape di Johor!
Kuarters la tempat berteduh, harap nyer ada yg kosong.
Rindu la kat anak-anak....
Rindu giler la kat hubby....
Kesian kat hubby kena jaga rumahtangga sendirian...


Then rindu giler kat Nurin.
Esok ptg insya'Allah baru jumpa dia.
Syuhada pun memang da mati akal, mati sumber tanpa Nurin.
Kesian dia...

AAARGH !!!
Macam nak nangis jer...
Tapi maintain macho anggun lagi ni...

11.12.2009 gi taklimat kat Putrajaya.
Saya ada member sorang da jadi pegawai Kastam since last year.
Kata nyer, on that day bleh terus apply tukar penempatan.

"Ya Allah... ku pohon Kau berilah petunjuk dan lembutkan la hati person-in charge kat Kastam tu agar dgn mudah dia tukar kan penempatanku ke Melaka segera... Aminnn!"

Photobucket

Thursday, December 03, 2009

NURIN KENA PENYAKIT 'HIJAU'

4 comments:
Sayu hati saya bila phone abah pagi semalam.

Kata abah : "Anak awak kena penyakit hijau!"
Aida : "Hah?! Abenda tu, bah?!"
Abah jawab dengan selamba : "Dia tak bleh tengok benda hijau... kereta hijau, lampu hijau, rumput hijau... Semua yang hijau anak awak sebut!"

Hmmm.... Maklumla, viva saya kan hijau...

Sambung abah : "Anak awak tak nak makan. Minum milk dia je la."
Aida : "Abah beri la dia nugget ke, hotdog, mee atau coklat. Dia memang gitu, kurang makan."
Abah : "Dia tak nak. Langsung tak nak!"
Aida : "Dia demam ke?"
Abah : "Tak la. Sihat walafiat! Mandi swimming pool tak ingat-ingat nak naik. Tapi, tak nak makan."

Hmmm.... Bertambah slim la anak dara ku sorang ni...

Abah : "Da lama sangat kot..."
Aida : "Ok la tu... Da nak balik da pun 2-3 hari ni."

Sabtu ni saya wajib jemput mereka di LCCT.

*
*
*
*
*
*
p/s : Saya da dpt surat penempatan dari Kastam pagi ni. Sedih, ke Johor. But, bleh pohon tukar nanti di Putrajaya. Nak tinggalkan Nurin & Syuhada tu yang sukar! Kesian hubby ku tercinta... Camner makan minum mereka?


Photobucket

Tuesday, December 01, 2009

SYUHADA HILANG PUNCA !

7 comments:
Last Sunday, selamat hantar Nurin, kakak & parents saya ke LCCT... Mereka holiday ke Sarawak seminggu. Sabtu ni baru balik KL.

Rindu nyer kat Nurin...!!!

Syuhada menangis sewaktu meninggalkan LCCT. Nak ikut gi Sarawak kata nyer. Sedih saya! Maklumlah, kakak nyer pegi... Dia kena tinggal oleh atuk & wan...

Setiba di Melaka, kami bawa Syuhada ronda Dataran Pahlawan & Mahkota Parade. Bawa dia makan western food. Nak hiburkan hati dia la konon...



Dah 2 malam Syuhada di rumah, tanpa Nurin. Nampak sangat dia bosan and lost! Dia duduk je melepek kat sofa. Baring... Tonton tv dgn ibu & ayah... Langsung tak aktif. Makan pun dia tak selera...

Sedih saya tgk. Biasanya, dia akan melasak dgn Nurin. Dia lebih banyak ikut apa yang Nurin buat. Nurin tu macam mentor dia... Teman bermain, bergaduh, melompat, makan minum... Syuhada sure rindu Nurin bagai nak gilos...

"Sabar yer dik, Sabtu nanti kakak balik... Malam ni ibu bawa adik tgk wayang ye..."

Photobucket