Tuesday, January 26, 2016

SILENCE SPEAKS WHEN WORDS CAN'T

10 comments:
" There is no one perfect way to be a good mother. Each situation is unique. Each mother has different challenges,  different skills and abilities. and certainly different children. The choice is different and unique for each mother and each family. "
                                                               ~ Elder M. Russell Ballard ~



" Motherhood is a choice to make everyday to put someone else's happiness and well-being ahead of your own, to teach the hard lessons, to do the right thing even when you are not sure what the right thing is... and to forgive yourself over and over again for doing everything wrong. "
                                                                                             ~ Donna Bell ~




love uolls so much!

" ibu marah sebab ibu sangat sayang. ibu tegur sebab ibu sangat amik peduli.
ibu bebel sebab itu memang cara ibu. " ha ha ha :)

Photobucket

KISAH SEKUMPULAN SERIGALA :)

5 comments:
beberapa hari tidak update blog.
dek kerana urusan kerja, yg lebih mesti diutamakan.
ari ni bermula dgn satu kisah yg agak-agak motivasi la kan :)

belajar kepimpinan drpd sekumpulan haiwan ~ serigala.
coretan ni lalu timeline fb saya.
agak bagus utk dikongsi. moga jadi la penambah ilmu kpd frens yg membaca. in shaa Allah.


saya suka.
saya setuju.

si ketua tugas nya berat.
bukan dok di depan mendabik dada mendpt layanan teristimewa.
da jadi keje dia menjaga kumpulan agar kekal bersatu dan kekal selamat.
menjadi tanggungjawab dia memastikan perjalanan dipermudahkan dan lancar.

"a leader is one who knows the way, goes the way and shows the way."
                                                                               ~ john c.maxwell ~


Photobucket

Sunday, January 17, 2016

HAPPY BIRTHDAY, SYUHADA :-)

26 comments:
kepada jelita ibu, Ain Syuhada... moga Allah berikan adik kebahagiaan yg tiada penghujung. panjang umur dan dpt jadi muslimah sejati yg berjaya di dunia & akhirat. adik baby girl ibu kini & selamanya... adik manja ibu kini & selamanya... da jadi kakak pun, masih la dipanggil 'adik' ye, sayang :) tiada skit pun kesusahan yg ibu lalui sejak mengandungkan adik sehingga la saat melahirkan. bahkan hingga kini pun, 9 tahun da umur adik, adik sentiasa mewarnai hidup ibu yg kelam-kabut. perangai adik, keletah adik, moment merajuk adik... moment 'neng yatimah' adik buat ibu lebih faham hati adik yg di luar keras tapi dlm hati ada taman. adik amanah Allah utk ibu. ibu akan jaga dan didik adik sepenuh jiwa. ibu takkan boleh hidup tanpa adik, kakak dan ijat :) harta byk mana pun, duit bertimbun setinggi mana pun, tanpa adik, kakak dan ijat, semua tu tak bermakna! ni ibu tinggalkan beberapa kenangan mlm tadi, kita makan-makan di pizza hut, atas permintaan adik... i love u adik, kasih sayang ibu pada adik takkan berubah hingga akhir hayat ibu...


molten lava cake ~ yg marveles!
a cute birthday cake for a very cute girl :)
marveles :)
small gift utk adik & kakak...
big one, nanti ptg ni ye. pilih sendiri di jusco :)

Photobucket

Friday, January 15, 2016

IZZAT'S FIRST HOMEWORK ~ IBU YG STRESS !

26 comments:
al kisah mlm td :)

member upload gambo anak dia, sebaya izzat & tadika yg sama, buat homework.
terus la si ibu izzat ni pun sibuk cek beg skola izzat.
yes yes... izzat ada homework la :)
mewarna kipas aje pun...

terus la suh izzat amik kaler pensil and buat homework.
tgk la gambo di bawah betapa stress nyer ibu bila izzat buat tak peduli aje dgn homework!!!

ibu letakkan buku izzat.
izzat hanya buka aje box kaler pensil tu.
pastu ???
dia layan tgk kartun... menganga mulut dia tgk kartun!

ibu da pujuk-pujuk, dia sepahkan plak kaler pensil...
konon nyer nak pilih kaler apa la.
tapi... tgk tu! mata masih melekat tgk tv :( grrrrr geram!

pastu... lepas ibu ni bebel-bebel skit... ugut-ugut skit, baru la dia start mewarna.
tapi tu la... tgk la cara izzat pegang pensil...
mata masih melekat kuat kat tv :) ha ha ha anak oh anak oii...

then, saya geram. saya buat-buat merajuk la.
"ibu sedih la ijat x nak dgr cakap ibu. ibu tak nak kawan ijat la..."
terkebil-kebil mata dia pandang saya...
then, ijat kata, "ok la ok la, ibu nih!" ha ha ha...

da betul dah pegang kaler pensil tu.
da nampak serius kan?

tapi!!!
 mata masih di tv hu hu hu...

that time, saya terus buat keputusan diktator ~ off tv!
again, terkebil-kebil ijat pandang saya.
"ijat x nak kaler, bu x nak kasi ijat tgk kartun lagi." terus saya bangun gi dapur.
dlm 5-10 minit gitu, saya ke depan, ijat sedang mewarna.
sambil mata dia terkebil-kebil pandang saya :) ha ha ha...
kesian plak tgk si pandai sorang ni...

setakat ni aje izzat nak warna :)

ok la tu.
saya da malas nak paksa-paksa dia.
karang dia tak suka plak buat homework, kan?
terus saya upah dia secawan air oren :)
suka ati dia...

sekian la kisah anak bongsu buat 1st homework tadika.
dulu kakak2 takde la susah gini, diorang volunteer buat homework, tanpa ibu bebel-bebel tau!
hmmmm ijat oh ijat...

Photobucket

Thursday, January 14, 2016

MISI PENTING NAK SAMBUNG METER AIR ~ SATU SEKSAAN !

28 comments:
ari ni NS cuti ~ besday Yang diPertuan Besar :)
pepagi td saya buat rutin biasa jugak, prepare bekal kakak2 & anta kakak2 ke skola.
izzat maintain gi tadika dgn ayah, kalau ibu anta nanti ada drama la plak :)

settle anta kakak2 ke skola saya terus pecut ke alor gajah.
nak gi buat payment kat syarikat air melaka berhad (SAMB) utk sambung meter baru kat umah baru.
hmmmm sib baik cuti, dpt la uruskan kerjaan yg satu ni!

kan ???
da keje, bergaji... nak kena byr bill plak :( hu hu hu...

nak dijadikan citer, sabtu 2 minggu lepas (2.1.2016), saya da ke UTC bandar melaka.
kan ada caw. SAMB kat situ, konon nak settle situ la.
tetiba gi ke SAMB UTC tu, dikatanya dokumen saya x cukup.
nak kena ada sekeping dokumen sokongan ~ application pemaju kpd SAMB time nak buat sistem perpaipan dulu kala.

saya tanya la kerani kaunter SAMB tu, "dlm sistem awak takde ke? ni kan dokumen jabatan awak? ni saya ada S&P agreement, kad pengenalan dan CCC utk rumah. details ada stated di semua dokumen saya ni. pemaju da bagi saya list ni utk tender kat SAMB."
jawab dia, "takde. kena dptkan dari pemaju. mesti ada acknowledgement pemaju. dlm sistem kita tak boleh cek."
dia tunjukkan la contoh dokumen tu...

hmmmmm... sib baik la opis pemaju sebelah UTC aje. cecepat la berlari jap utk dpt kan sekeping dokumen tu.

sampai kat pemaju, kerani kata, "kami takde la kak dokumen ni. kena minta dgn SAMB."
saya yg rasa nak marah org, terus jawab dgn nada diplomatik, "saya ni berlari dari SAMB UTC tu hah. dia kata kena minta dari pemaju. kena ada cop pemaju."
kerani pemaju jawab, "iye ke? jap ekk saya tanya dlm." dia masuk dlm opis. gelak2 sesama dia and keluar balik.
"kak, ni ada di SAMB caw. alor gajah. akak gi sana mesti diorang tak mintak."
saya jwb, masih lagi dgn nada sopan dan diplomatik, "alahai dik, takkan la dlm fail awak takde. awak kan pemaju, confirm la dokumen sepenting ni ada dlm rekod. saya nak ke alor gajah nun jauh, ari ni tutup plak, dik. boleh x awak tolong saya cari kan sekeping dokumen ni?"
kerani tu kata ok. dia pun masuk la dlm opis balik. kami borak tu kat lobby opis pemaju.
tak sampai 5 minit, kerani tu pun keluar, "hah ni kak."
"aik? sekejap nyer cari. tadi kata takde." saya tegur, sinis la skit kan. kerani tu senyum simpul.
"ni utk rumah saya ni ye? jgn karang utk property lain la plak."
"yes, utk umah akak la ni."

saya pun rushing balik ke tingkat 3 UTC bandar melaka.
dipendekkan cerita, nombor giliran saya pun sampai, saya pun bagi la semua dokumen tadi kpd kerani SAMB yg sama.
saya da lega dah sebab urusan hampir selesai.
tiba-tiba!!!

"puan, dokumen di da expired. tak boleh pakai." masa tu saya punya api kemarahan terus naik ke level telinga.
"eh, saya baru jap amik dari opis pemaju tau."
"tak boleh, ni hah (terus dia bulatkan satu tarikh kat dokumen tu) da expired. validity dokumen ni setahun aje. tanpa dokumen ni, urusan masuk meter baru puan kena deal dgn tukang paip (bagi saya senarai tukang paip SAMB). tukang paip kena cek paip..."
"ok, sekarang saya marah ni. pemaju inform saya awal2 dulu time serah kunci, utk masukkan meter air takde expiry date. TNB, yes, dlm tempoh 6 bulan drpd serah kunci sebab nak cek litar dlm rumah. now awak kata ada plak expiry date. meter ni kat luar rumah. kenapa plak tukang paip nak kena cek? and saya pasti saya kena byr extra kat tukang paip awak ni, kan?"
kerani tu jwb, "yg lain saya tak tau. tapi tu prosedur."

masa tu saya sgt marah. mr.asben ada di sebelah.
da la dokumen jabatan u, u takde rekod dlm sistem.
then tetiba ada plak expiry date on a piece of dokumen.
memang saya membebel kat situ. hingga saya minta dia jwb, bawah peruntukkan mana yg saya ni kena tender dokumen ni utk sambung meter paip umah saya. diorang kata, itu amalan biasa. huh!!!

depan diorang jugak time tu saya call one of the tukang paip dlm list, "boleh saya tau brape ye caj encik kalau saya nak suh settle kan meter paip saya ni?"
tukang paip tu jwb, "RM200. lom masuk cagaran SAMB sebyk RM140+."
OMG !!!

saya terus ajak mr.asben balik.
dlm fikiran ni sgt la ligat berfikir.
dgn hati yg panas!!!

last monday, saya baru ada time nak continue urusan meter air ni.
saya pun call SAMB caw. alor gajah. nak tanya prosedur sambung meter air kat umah.
dipendekkan cerita. officer SAMB caw. alor gajah call saya semula after dia cek.

"puan Aida, nanti just dtg and bawa, kad pengenalan, S&P agreeement dan CCC aje. and RM140+ sbg cagaran. tak perlu bw dokumen yg puan wassap tadi. saya pun tak tau kenapa SAMB UTC bandar melaka minta dokumen tu."
dlm nada lega, saya reply, "alhamdulillah. ok nanti khamis saya dtg ye..."

cuba la uolls imagine.
sepatutnya UTC bagi kemudahan pada kita buat urusan.
and sepatutnya semua pejabat cawangan ada prosedur yg seragam dgn hq.
melaka bukan la besar sgt pun kalau nak dibeza-bezakan rangkaian prosedur!
ni tidak, dia pula minta lelebih dokumen. da la tu, dokumen yg tak relevan plak tu.
tak ke ini sesuatu yg menyusahkan org awam?
kita dgn besar harapan nak settle kan urusan on weekend di UTC.
al maklum la, weekdays bekerja. da la tu bekerja jauh luar melaka, kan.
tapi, dek krn sekeping dokumen yg tak relevan, after 11 days baru dpt settle urusan sejemput ni.

fuh! lega... da settle da pagi td.
senang la ati. umah baru bakal ada air :)

ok bye!

Photobucket

Tuesday, January 12, 2016

KALAU ABAH YG JAGA ANAK, MEMANG PORAK-PERANDA !!!

16 comments:
ni paling sweet.
bontot anak dijadikan tempat mouse landing!
konon nyer mudah la nak tau yg anak tu stay sebelah berdekatan abah nyer...

yg ni hah, mesti abah tgk layan baik punyer games kat desktop.
agak nyer la kan.... 
and baby tu sure tgh gelak-gelak sebab dia tak boleh nak gerak, kan?
kalau melalak, confirm abah nyer da cuba trick lain...

ni paling kelakar!!!!
tak payah la nak balut dgn napkin ke...
seksa nak bedung-bedung.
masukkan aje gitu :) ha ha ha ha....
baby tu pasrah aje muka nya :)

ha ha ha ha no komen la.
baby tu lena sgt tido dlm laci :)

saya memang gelak sorang-sorang tadi tgk gambo2 tu lalu kat timeline fb.
ha ha ha ha :) hilang mengantuk di ptg2 hari ni...
ada byk lagi gambo, tapi saya amik pe yg saya rasa paling win!
ni semua mesti kes ibu tgh sibuk cooking, baking, sewing ker kan.
minta tolong la abah nyer jaga jap.
tapi si abah nyer tgh up mood main games ke hape ke.... jadik la gitu ha ha ha!

but saya rasa, selagi baby tu selamat & selesa, ok kot.
yes la, kekadang kita as mak abah ni ada jugak time nyer nak buat sesuatu yg kita suka, kan?
pe lagi... first make sure anak selamat & selesa...

one thing saya tak lupa nak komen, my mr.asben adalah terbaik bab jaga anak2 time baby.
saya boleh ckp la bhw dia memang pandai jaga baby...
alhamdulillah :)

ok bye!

Photobucket

SESEKALI LUMAYAN DGN VOUCHER !

9 comments:
assalamualaikum...
br dpt bersiaran di ruang blog sendiri ari ni.
biasa la, kalu ada komitmen ke lain, memang la tak dpt nak blogging.
standard la tu :) hi hi hi...

last weekend x ke mana. stay home.
continue balut buku anak-anak lg.
then ke family store beli brg dapur... jalan2 cuci mata bw anak2 bertiga.
masak-masak... cuci baju... lipat baju... gitu je la.


tu hah RM100 voucher jusco yg wajib digunakan before ahad ni.
nak beli pe, lom tau. but nak beli hadiah utk nurin & syuhada.
besday diorang masing2 kan januari & februari ni.
so alhamdulillah :)
dpt la ibu guna kan voucher tu utk uolls my beautiful girls.

sedang plan nak jalan2 this coming weekend.
sedang ligat otak ni berfikir nak ke mana.
yg penting, takde la sewa hotel or berjalan luar melaka.
save bajet gitu ye :) ha ha ha...

tu aje borak kosong ari ni. nothing special nak citer.
nak blogwalking jap :)
ok bye!

Photobucket

Saturday, January 09, 2016

SIMPLE ~ UNTUK KEKAL MUDA !

18 comments:
saya share dari fb siraplimau.
amat berguna, in shaa Allah...
ramai yg nak kekal cantik... nak kekal kurus...
but... saya rasa tertarik dgn words ni ~ KEKAL MUDA.
better kan?
because ia merangkumi semua ~ muda, cantik, sihat, bertenaga :)

10 jenis makanan utk kekal muda :)

tgk perubahan artis ~ dulu muda skang tua ~ mostly ok.
leonardo dicaprio & macaulay culkin saya rasa TERUK!
so kita-kita tua nanti, camne? moga Allah panjangkan umur kita. sihat. ceria. kuat beribadah :)

Photobucket

Friday, January 08, 2016

Pencarian Bloglist Feb-Mac By Afidah Azmi

8 comments:


aida tag : aryan azra


Photobucket

HITAM PUTIH KEHIDUPAN, KITA YG WARNA KAN :)

15 comments:
pagi ni, lepas baca yassin and meeting dgn bosses, layari internet jap.
baca-baca suratkhabar... pe yg terjadik kat negara hari ni.
then tak lupa klik SINI and terus terkenang kisah anak-anak dulu kala.
yes ada satu unit tab samsung di rumah.
da lama dah beli, 2012 ari tu, lepas bersalin izzat... brape kali dah tuko cover tab :)

now kakak-kakak da dilarang keras utk bergumbira dgn tab.
semua apps mr.asben da letak password.
digunakan bila dibenarkan saje. seperti last night, kakak nurin ada homework yg perlu maklumat dari internet.
"ok kakak, u are free to surf the internet" :) baru la kakak guna.
as for izzat, pun da dikurangkan. ibu ayah cuba utk kurangkan.

aktiviti terbaru saya release kpd izzat ialah...

prepare for him 1 pencil box, 3 colouring books & a box of color pencils.
dulu izzat menempel kakak-kakak punyer.
and now dia da pun masuk tadika ~ "nah ijat punyer book"...

bersepah la buku2 dan pensil warna kat hall, depan tv tu.
mula-mula elok aje izzat bersimpuh, mewarna (menconteng sebeno nyer ha ha).
then, dijadikan pensil warna tu pistol la, pedang la, ...
just saya peratikan la, takut tercucuk ke kan.
ok la... saya nak suh izzat pandai pegang pensil. pegang dgn cara yg betul.

sengaja warna kan image atas tu hitam putih.
bcoz ada ‪#‎photochallenge di fb dgn frens :)
bila saya tgk, yes... baru la muncul idea di minda serabut saya ni ha.
anak-anak tu dtg bersih, putih aje. kita yg kasik warna... kita yg bentuk...
apapun, pokok pangkal nyer dtg dari rumah...
tu la 3 amanah Allah utk saya... harta saya dunia akhirat :)

alhamdulillah. jumaat dah.
esok hujung minggu, hari bergulung di rumah dgn anak2 bertiga.
i like!!!

ada waktu rehat, saya cuba utk blogwalking :)
mana2 frens tak sempat saya jengah, in shaa hujung minggu ni ekk.
but mostly yg singgah sini & tinggal komen, da pun sukses saya ziarah semula.
jgn marah aaaa :)

ok bye!

Photobucket

Thursday, January 07, 2016

SEGMEN JOM TAMBAH FOLLOWER BLOG 2016

14 comments:

ari ni nak join segmen bro hasrul hassan.
perasan ni time blogwalking semlm and terkesan utk join.
a simple segmen but saya rasa nice utk join...

hari ni da pun genap 6 thn 8 bulan 2 minggu dan 3 hari umur blog kecil ni. wujudnya blog ni adalah kerana masa tu saya da rasa amat boring dgn karier (keje swasta). berada di opis 9 pagi hingga 5.30 ptg masa tu saya rasa amat la boring. utk menghiburkan hati yg berduka lara, maka lahir la blog ni. tempat saya corat-coretkan apa aje yg saya nak...
apa yg saya nak coretkan di blog ni? hal anak-anak mostly. and skit-skit hal diri sendiri. apa saya suka. apa saya buat bila hujung minggu. apa anak-anak saya lalui dlm proses belajar diorang. ke mana saya holiday. apa saya suka makan.... cerita begitu. skit-skit share la jugak hal keje. hal keje tak boleh citer byk kat org. confidential gitu, kan?
harapan blogging 2016?
moga ikatan persahabatan sesama blogger, yg saya dpt melalui blogging ni, membawa ke syurga. berkongsi idea. berkongsi masalah, kiranya boleh... pada saya, jadi blogger kena la rajin blogwalking. kena appreciate follower dan tukang komen. and tu la yg saya nak jadi. aktif blogwalking. saya tak menjanjikan apa2 kepada semua terhadap blog saya ni, blog ni adalah blog mak-mak gitu. just, saya boleh janjikan satu ikatan persahabatan yg ikhlas dari hati. berkenalan. beramah mesra. berkongsi apa aje ilmu dan pengalaman yg ada. dgn izin Allah, suatu hari nanti dpt la bersua muka :)

sekian :)
ok bye...

Photobucket

Wednesday, January 06, 2016

Australia's Souvenirs Giveaway By SitiYangMenaip & SalbiahM

12 comments:

tag : fyda :)

Photobucket

MELAKA DI BUANG JAUH NUN DI PANTAI TIMUR ~ SAMPAI HATI :(

12 comments:


Melaka terletak di atas Terengganu... pembaziran RM3 juta !
percetakan semula buku teks Sejarah tahun 6 yg tersilap cetak tu akan menelan belanja sebanyak RM3 juta.
dari segi angka, lebih kurang 400,000 naskah buku Sejarah tahun 6 terpaksa dicetak semula.
hu hu hu itu aje da telan belanja kerajaan juta-juta.
nak collect... nak lupus... nak print out... nak edar semula ~ setiap tu libatkan kos.

"Kami mengambil serius kesilapan ini kerana DBP terpaksa menarik semula 70 peratus buku teks yang sudah diedarkan di sekolah untuk dilupuskan dan mengupah lima syarikat pencetak bagi cetakan semula dengan kos tinggi," katanya.Laporan tersebut disiarkan dalam ruangan Sastera Berita Harian, hari ini.Tambahnya, walaupun buku teks Sejarah Tahun Enam bagi SJK tidak mempunyai kesilapan pada peta Melaka, ia turut dicetak semula bagi tujuan pengemaskinian.DBP turut memberi jaminan buku cetakan semula bagi teks itu dijangka diedarkan ke sekolah selewat-lewatnya pada 31 Januari 2016.Manakala bagi pasaran terbuka pula, ia dijangka boleh didapati di kedai buku khususnya koperasi DBP bermula 15 Januari bagi SK dan 20 Januari bagi SJK."Mengikut jangkaan, proses cetakan selesai pada 6 Januari dan edaran akan dilakukan secara menyeluruh dengan kemungkinan sekolah di bandar akan menerima buku teks lebih awal, iaitu pada minggu kedua Januari," katanya.

tau la melaka kecik...
tau la melaka takde sultan (takde ke???!!! ha ha ha ha)...
tau la melaka ni glamer di musim cuti skola...

ada org dengki ke?

hi hi hi :)
ok bye!

Photobucket