Jan 26, 2017

Breakfast : Resepi Burger Tangkap Muat :)

10 comments:
(7.30 pagi)
assalamualaikum...


roti gardenia 8 keping
daging burger 4 keping
cheese 4 keping
tomato 3 biji
bawang besar 4 biji
mentega
sos tiram

  • air fry daging burger 180'C selama 6-7 minit
  • letakkan daging tu di atas roti yg da siap2 disapu dgn mentega
  • caramelized onions ~ mentega cairkan. masukkan bawang besar yg dihiris. goreng sampai layu and naik bau. tuang skit sos tiram
  • tomato hiris
perhatian !!! jgn masukkan dlm oven butterfly semata2 utk cairkan cheese.
tidak boleh kerana nanti roti keras, cheese tak cair πŸ˜„.
tanpa minyak, panaskan aje kat pan. 
siap dah burger tangkap muat dgn pe aje ada dlm fridge di pagi hari.


sekian. tq for reading 😏.

Photobucket

Jan 25, 2017

Wordless Wednesday : Mee Goreng Basah

7 comments:
(2:27 petang)
assalamualaikum...

...bila ibu sudah ilang idea masak lauk pe & muak makan nasi!

Wordless Wednesday : Mee Goreng Basah

Wordless Wednesday : Mee Goreng Basah
πŸ˜‹
ok bye .

Photobucket

Jan 24, 2017

Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin

11 comments:
(8:54 pagi)
assalamualaikum.

pagi yg sejuk di melaka uolls.
dari semlm hujan non-stop tau membasahi bumi melaka nan bersejarah.
so, pepagi ni nak menjemput rezeki skit in shaa Allah. join giveaway 😍

Syaratnya mudah sahaja. Jom join ramai-ramai !

GIVEAWAY TUDUNG BAWAL BERSAMA AZLINDA ALIN
hadiah nyer. memang la menarik, i pencinta tudung bawal !
3 warna tudung bawal akan diberikan pada 3 pemenang (pemilihan warna secara rawak). 
Warnanya ialah pink, oren dan kelabu.

Syarat - syarat Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin

1. Buat satu entri blog yang bertajuk Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin
2. Tinggalkan URL entri anda di ruangan komen entri ini.
3. Follow blog , G+ dan subscribe YouTube
4. Giveaway ini berlangsung dari 19 Januari 2017 - 31 Januari 2017


Keputusan pemenang pula akan di umumkan pada bila-bila masa selepas tarikh tutup.

Untuk memudahkan info, boleh add mummy dalam bloglist. Senang nak tahu info bila mummy update pemenang Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin

GIVEAWAY TUDUNG BAWAL BERSAMA AZLINDA ALIN

Ini contoh tudung bawal mummy warna biru dan hitam. Material tak panas, mudah pakai, mudah gosok dan mudah bentuk juga

GIVEAWAY TUDUNG BAWAL BERSAMA AZLINDA ALIN

... moga rezeki saya !

Photobucket

Jan 23, 2017

Kalender Antik Tahun 1967

6 comments:
(4.20 petang)
assalamualaikum...

melaka masih hujan, just tak selebat pagi ke tghari td la. hujan kecil-kecilan ajer.
dok dlm opis ni dgn blazer. air-cond pun terpaksa off.
menghilangkan rasa mengantuk, selak-selak la wasap. delete pe patut. save pe patut.
dlm grup wasap famili, abg ipar ada share image antik ni πŸ‘‡.

Kalender Antik Tahun 1967

kami adik-beradik menyakat la kakak sulung. birthday dia Julai 1967.
and saya tgk, 23 Djanuari 1967 bersamaan dgn hari Senin.
korang sedar tak pe saya nampak?
yes. yes. hari ni 23 Januari 2017 bersamaan dgn hari Isnin.

tjatatan = catatan
tjutji = cuci
tjap = cap

and few words yg sgt comel 😍.
and ini mengingatkan saya memori daun pisang zaman saya sekolah 1985 - 1995.
kalau kita tak dtg skola, wajib tender surat MC atau surat ibubapa kepada cikgu the next day.
and memang tak la dpt MC.
mak saya la yg tukang tulis surat kpd cikgu. and mak saya sungguh oldskool.
as at now saya tak dpt recall ejaan-ejaan mak saya. that time saya dan adik suka gelak kan mak.
selalu tegur mak, "salah eja la mak..." and mak saya buat tak tau aje. maintain oldskool 😏.

i love u lah, mak !

and saya rasa, ejaan zaman saya skola dgn zaman nurin & syuhada skola skang ni, ada beza juga.
few words yg dulu saya blaja satu perkataan, now da jadi 2 perkataan.
words english yg dimelayukan...
ejaan yg diperbaharui... penggunaan vokal 'o' dan 'u' dlm perkataan. hu hu hu memang saya da perasan dah perkara ni.
agak nyer nanti saya plak kena gelak dek anak-anak kan?
lom lagi diorang start membaca blog ni 😜 penuh dgn ejaan yg salah!
sesungguhnya masa mengubah semua...

... bye!

Photobucket

Untuk Bersara Selesa...

8 comments:
(10.21 pagi)
assalamualaikum wrt wbt :)

melaka hujan. dari tgh mlm td hingga skang ni. alhamdulillah...
sejuk nyaman...
namun, kat pantai timur, saya doa kan moga keadaan baik-baik saje.
kat fb ada friends saya yg share few place dah dinaiki air 1-2 hari lepas.
sabar... bertenang... selamatkan dokumen-dokumen /  barang-barang penting.
nak share image utk bersara selesa ni, kita kena siap-siap fikir dah dari sekarang.
selain daripada simpanan jangka pendek ~ simpanan holiday, simpanan beli wishlist, ...
selain daripada simpanan jangka panjang skit ~ simpanan pendidikan anak-anak...
simpanan khas utk bersara selesa ! jgn lupa...
kita kena pelbagaikan simpanan kita... pelaburan yg berbaloi.
rumah... tanah... tunai... dan emas!

jgn la kalut pulak tuko semua tunai yg ada :)
tukar kan skit jer... tunai perlu jugak utk guna seharian.
tunai perlu jugak utk simpanan kecemasan. tunai perlu jugak utk byr bills.
tabung haji... asb... sspn... jgn terlupa start simpan emas sekarang :)
pe bleh buat dgn emas byk2? aduhai... emas = duit. emas boleh tuko jadik duit tau.
emas relevan seluruh dunia. yg penting, tulen 😎.

untuk bersara selesa, simpanlah emas sebagai aset

nasihat saya ~ pastikan tahu ke mana setiap sen kita pergi. berbelanja seadanya. tukarkan simpanan wang anda kepada matawang yg kukuh (dinar) dan aset yang dijangka dpt mengekalkan nilainya setelah masa beredar (emas lah!)...

emas mahal la! sebab tu skang bleh beli 1 gram. 0.5 gram pun ada jual.
skit skit skit skit... lama-lama capai jugak 10 gram... 20 gram... 50 gram... jadik lah kan.
beli hari ni, untuk 5-10 thn akan dtg.

stokis powergold melaka
gimme a call 😍

okeh tu jer... babai :)

Photobucket

Jan 21, 2017

Gery Saluut Malkist Yang Dikatakan 'Biskut Viral'!

20 comments:
(10:50 pagi)
assalamualaikum 😊

baca2 fb tadi, tetiba ada la sorang member jual biskut gery ni.
member tu kat KL.
baru la teringat yg last week saya ada beli dari member kat melaka ni.
dok korek image kat camera. sib baik ada snap gambo utk uolls πŸ˜ƒ.
terlupa la nak share before this, tak teringat nak share...

saya beli pun gara2 opismet promote 'biskut viral'. wajib la beli utk rasa, kan.
takde la nanti dikatakan ketinggalan zaman 😁.

ada perisa coklat & cheese.
kali pertama saya dpt beli perisa cheese ajer. sebab yg coklat da abis.
then, kali kedua, member yg lain plak jual, baru 2 hari lepas, saya beli la yg coklat plak.
2 kali beli dari 2 member yg berbeza = harga pun beza 😏.
alhamdulilllah. dpt merasa la both  perisa... yahoooo !

Gery Saluut Malkist Yang Dikatakan Viral!
Gery Saluut Malkist Yang Dikatakan Viral!
ni la dia hah biskut gery yg ramai org sedang mencari...
iye la, ada sorang member kat KL pun post kat fb few days ago, "sedap ke biskut viral ni?"
dia la tanya... saya ada la komen kat fb dia tu, sebab da rasa kan...

Gery Saluut Malkist Yang Dikatakan Viral!
ni hah la gerangan si biskut gery cheese.
ada 10 keping biskut saje satu pek. sekeping nurin da makan time ni.

Gery Saluut Malkist Yang Dikatakan Viral!
Gery Saluut Malkist Yang Dikatakan Viral!

Gery Saluut Malkist Yang Dikatakan Viral!
ni plak yg coklat... 10 keping jer ye uolls.

Gery Saluut Malkist Yang Dikatakan Viral!
Gery Saluut Malkist Yang Dikatakan Viral!

nampak tak?
biskut ni sebelah biskut bergula and sebelah lagi ber cheese dan ber coklat.
sedap ke? yes. anak2 saya suka.
tak sampai brape minit, abis dah sebungkus biskut gery tu.
iye la 10 keping aje kan πŸ˜‚.
cheesy... manis... tu aje. tapi takde la wow factor sgt. ok ok jer la. tak rugi beli.
yg coklat tu, hambar aje. sebab coklat tu tak sedap. coklat biasa-biasa jer.
antara dua, saya dan anak2 prefer cheese.

harga? saya tak nak la inform kat sini.
because pada saya sebungkus biskut ni saya beli dgn harga yg tak brape sesuai.
boleh jual lebih murah lagi kot. beli la jugak sebab nak merasa.
ada yg saya google, jumpa org jual lebih murah. dan ada yg jual lebih mahal = sgt mahal!!!
mungkin diorang amik kesempatan atas word 'viral' tu la kot.
sebab tu saya tak nak share harga beli saya dlm entri ni. ganggu plak nanti si penjual πŸ˜€.
harga tu bab kedua. yg penting kita da merasa...
rezeki penjual tu la kan... biskut ni pun katanya dari indonesia.
maka, mungkin penjual tu ada la kos-kos modal dia yg tak kita ketahui...
soal rezeki sape la kita nak persoalkan...

... bye!

Photobucket

Jan 18, 2017

Wordless Wednesday : Cuti Perayaan 2017 Terlajak Best :-)

14 comments:
Cuti Perayaan 2017 Terlajak Best
Photobucket

Resepi Ayam Panggang Disiram Kuah Percik :)

13 comments:
(4.05 ptg)
assalamualaikum...

kat luar tu, cuaca da mendung. kalau sejam yg lepas, panas terik!
awan pun berkepul-kepul merapat... kalau hujan jap lg, alhamdulillah.
tumbuh-tumbuhan tu hah da kehausan!

ptg yg amat mengantuk ni, kasik up la satu citer simple.
ada satu hari tu (kisah throwback), saya buat ayam panggang.
then mcm boring la plak, asyik ayam panggang aje kan.
so fikir punyer fikir, buka buku resepi (berlambak buku resepi) ~ lalu la kat page ayam percik.
yeszaaaa... buat ayam percik lah πŸ˜‹.

Ayam Disiram Kuah Percik
ayam yg dipanggang dlm oven butterfly tersayang...

mudah aje.
mula2 just prepare kat bahan utama dan blend halus :

  • bwg merah 5 biji
  • bwg putih 3 ulas
  • cili kering dlm 10 tangkai
  • halia 1 inci
  • kunyit hidup 1 inci
pastu ketuk serai 4-5 btg.
amik skit bahan blend & 2 btg serai, kita lumurkan kat ayam & as always perap la 1-2 jam ikut kesesuaian masa.
pastu panggang.


Ayam Disiram Kuah Percik
... siap !

then, baki bahan2 blend tu, kita campurkan dgn santan 1 kotak. blend skit lagi agar sebati!
saya guna santan kotak aje. payah la nak carik santai perah tu πŸ˜‚.
blend kasik mesra. ok siap. so get ready la utk masak kuah percik ye uolls.

  • tumis kan serai 3 btg dgn skit minyak ekk...
  • then curah semua kuah yg da blend mesra tadi.
  • kacau and kacau and kacau.
  • campakkan (ganas nyer !) 1-2 keping asam keping, perisa kan dgn gula & garam ye.
masak hingga rasa2 da masak la πŸ‘Œ.


Ayam Disiram Kuah Percik
ayam panggang yg da lencun disiram kuah percik...

makan aje dgn nasi putih panas2.
anak2 saya buh la kicap skit... diorang tu memang queen of kicap!
jadik la lauk dinner yg simple.
boleh la kot mlm ni, mana2 frens yg xde idea nak masak pe kan ~ buat la ayam percik.
mlm ni saya da ada idea da. 5 keping ikan tenggiri sudah standby dlm fridge.

bye uolls...

Photobucket

Jan 17, 2017

Planner & Calendar Giveaway

10 comments:
(4.45 ptg)
assalamualaikum...

blogwalking jap ni. landing punyer landing, ada plak giveaway.
jom uolls join 😍.


fuhhh... moga bertuah la hendak nyer... aminnn.

Photobucket

Never Beg Someone To Be In Your Life...

9 comments:
(2.30 petang)

"Never beg someone to be in your life.
If your texts, calls and visits get ignored...
walk away!
It is called Self-Respect.

There is no need to chase people.
The people who belong in your life will come and find you.
Be yourself instead.

You know the right people.
Those who will love you no matter what.
Those who will stick around when times get tough.
They will always make you a priority."

assalamualaikum πŸ˜‰
cantik kan ayat2 tu?
just kopipes from wassap grup.
tak ditujukan kpd sesape. hanya utk dikongsi jika2 situasi ni berlaku.
...walk away!
but kena tahu jugak, adakah kita ni buat silap? kita telah sakiti hati dia?
sila la minta maaf.

Never Beg Someone To Be In Your Life...

... bye!
Photobucket

Warkah 17.1.17 Happy Birthday, Ain Syuhada

6 comments:
assalamualaikum Adik...

ari ni besday Adik ke 10.
tiada apa lagi yg boleh ibu ckp, selain drpd nak ckp betapa bertuahnya dpt melahirkan Adik.
memang ibu ni garang mcm singa and asyik berleter tak henti mcm burung murai.
Adik anak ibu. kalau tak ibu yg marah Adik, sape lagi, kan? πŸ˜ƒ

Warkah 17.1.17 Happy Birthday, Ain Syuhada

Warkah 17.1.17 Happy Birthday, Ain Syuhada

Warkah 17.1.17 Happy Birthday, Ain Syuhada

Warkah 17.1.17 Happy Birthday, Ain Syuhada

Warkah 17.1.17 Happy Birthday, Ain Syuhada

pantang la dpt phone. mesti nak selfie. memang penuh la phone ibu dgn selfie anak-anak.
and tak satu pun yg ibu delete tau gambo Adik.
semua bu simpan 😍.
ibu sgt bersyukur pada ari ni, besday Adik ke-10, ulangtahun ibu lahirkan Adik, sebab :-

  • Adik sihat.
  • Adik ceria.
  • Adik pandai.
  • Adik ada depan mata ibu ayah...

oleh itu, wahai Adik yg da besar, kakak kepada Ijat, sila la bertahan dgn ibu ye.
sabo jer la ye kalau ibu ni dok membebel. selagi Adik tak betul, selagi tu la ibu ada di sekeliling Adik utk betulkan Adik.
selagi Adik ada ibu...

akhir sekali, ibu minta maaf ye utk apa-apa.
Adik tahu kan, ibu selalu ckp kat adik kenapa ibu marah.
sebab ibu sayang... bukan suka2 nak marah Adik πŸ’“.
ok sampai situ aje surat ibu utk adik besday thn ni...

Photobucket

Jan 13, 2017

Give Away by ASTraveler - 6 Jan 2017- 6 Feb 2017

7 comments:
(11.24 pagi)
assalamualaikum...

lama tak join giveaway. sgt lama...
ari ni saya di tag oleh shikin 😊.
simple... join lah hi hi hi...


tagging :


sudilah kiranya join giveaway by AST ni.
moga ada rezeki kita semua seadilnya 😍.

Photobucket

Jan 11, 2017

D.I.Y : Organizer @ Jewellery Box @ Lazada

16 comments:
(9:30 pagi)
assalamualaikum frens...

nak share 'perabot' baru di bilik kakak2.
projek d.i.y jugak ni.
tahun baru, bilik pun berwajah baru dgn brg2 baru.
ni hah ~ beli kat lazada RM21 😍.
nama nyer panjang, kat bwh ni, boleh la uolls google dlm website lazada if nak membeli...
dek kerana rimas dgn almari kakak2, then ternampak plak organizer ni kat meje ofismet, terus la beli kat lazada.
tak brape susah la nak d.i.y.
kalau saya boleh, uolls mesti boleh jugak πŸ‘Œ.

Sarria creative wooden DIY Make up Collection Organizer Jewelry Storage Box,Romantic Desktop Storage (Flower)
D.I.Y : Organizer @ Jewellery Box @ Lazada
ada instructions.

D.I.Y : Organizer @ Jewellery Box @ Lazada
gegetah pelengkap.

D.I.Y : Organizer @ Jewellery Box @ Lazada
ni bila kita da masukkan parts, mcm buat jigsaw puzzle.

D.I.Y : Organizer @ Jewellery Box @ Lazada
so fungsi gegetah tu ialah mengetatkan part sambungan tu.
if not, sedikit longgar la nanti organizer.

D.I.Y : Organizer @ Jewellery Box @ Lazada

D.I.Y : Organizer @ Jewellery Box @ Lazada

D.I.Y : Organizer @ Jewellery Box @ Lazada

kebetulan ada 2 anak dara, kan.
hmmm getah rambut la, sepit rambut la, sikat rambut la, brooch la, ...
memang excited la dara berdua tu bila mana kita kata organizer tu untk diorang.

okeh. moga beri manfaat 😍.
bye...

Photobucket

Jan 10, 2017

Tips : Seminggu ke Sekolah Anak Masih Menangis???

16 comments:
(2:30 petang)
assalamualaikum sahabat πŸ˜„

ari ni nak share satu tips.
shared dlm grup PASTI izzat. something good.
da masuk minggu kedua izzat (dan anak2 seluruhnya) ke tadika.
and sehingga la pagi tadi, masih ada lagi anak solehah yg menangis tak nak masuk tadika.
aduhai syg... muka parents menampakkan kerisauan bila anta anak gitu.
saya pernah alami nya. so saya faham.

izzat ok. tiada masalah sejak hari pertama. mungkin ni thn kedua dia ke tadika (5 thn).
so dia da biasa, meskipun tukar tadika baru.

before share tips, saya share dulu gambo hari pertama di minggu kedua izzat & friends di tadika.
minggu ni da start blaja. last week minggu suai kenal aje.

Tips : Seminggu ke Sekolah Anak Masih Menangis???

Tips : Seminggu ke Sekolah Anak Masih Menangis???

Tips : Seminggu ke Sekolah Anak Masih Menangis???
izzat = kopiah ada love merah tu


🌷Tips mengatasi anak tidak mahu ke sekolah🌷
😁Dedahkan anak2 dengan sekolah baru mereka (masih blm terlambat jika ingin dedahkan sekarang)
πŸ˜„Ibu bapa perlu cekal menghantar anak2 ke sekolah (biasanya ibu akan lebih beremosi)
😊Cuba berfikiran positif ketika menghantar anak ke sekolah (beri kepercayan kepada cikgu untuk mendidik)
πŸ˜‰PASTIKAN tidak lewat mengambil anak2 pulang
☺Beri ganjaran kepada anak2 (reward yg tidak melampau yer...)
😍Melakukan aktiviti bersama (buat kerja rumah/ulangkaji/ tanya aktiviti d sekolah)
😁Berkongsi pengalaman anda dengan anak2 ketika hari pertama anda ke sekolah
πŸ˜‡Sebagai ibu bapa banyakkan berdoa untuk kesejahteraan anak...

**semoga tips ini dapat membantu anda dlm menangani masalah anak2**

Cik Mahani Hassan
Kaunselor Berdaftar
Sriti An Najah



Photobucket