Monday, March 18, 2019

Izzat Membaca | Koleksi Buku Membaca Yang Mudah & Menarik

No comments:
assalamualaikum 😉

agak sukar these few days nak blogging 😅.
ada citer, namun kekangan masa dan ruang.
ptg ni, sementara tunggu 6 ekor ikan keli di air fry kan, exercise jari-jemari jap di atas keyboard.
dinner utk mlm ni :
  • nasi lemak
  • sambal tumis
  • ikan keli goreng
  • timun
  • pepes ayam

ringkas. mudah. cepat 😋😋😋.

entri sekadar nak berkongsi perkembangan Izzat.
dah pun 2 bulan setengah la dlm Darjah 1.
alhamdulillah... takde apa yg lebih saya nak harapkan.
perkembangan Izzat sgt positif. cepat dari jangkaan saya...
Izzat dah pun lancar membaca di akhir Februari lepas. 
tahap kelancarannya saya boleh katakan dlm rate 80%. 
dia akan keliru bila sampai perkataan 'nga', 'ngi', 'nya', 'ngin', dan sebegitu la... 
Izzat dah kemaruk membaca. ke kedai makan, papan tanda sepanjang jalan, sarikata di tv, semua dia akan membaca. 
alhamdulillah...

start dari awal tahun, inisiatif saya utk tackle Izzat rajin membaca ialah belikan buku cerita bergambar.
ada time saya akan ikut buku membaca yg formal.
word by word. sebutan yg betul. fonik. mengeja. both saya ajar dia.
then, saya beri dia buku cerita bergambar, dia bebas utk membaca pada bila-bila masa.

Izzat Membaca | Koleksi Buku Membaca Yang Mudah & Menarik
baru balik skola. baju kemeja da buka dah...
sementara nak mandi, lepak baca buku dulu 😃.
tanpa paksaan. takde nak disuruh-suruh.

saya akan dgr je bacaan dia. samada saya sedang buat keje rumah atau most of the time, dok sebelah dia.
sgt minima dah kesalahan bacaan Izzat. proud of him.

Izzat Membaca | Koleksi Buku Membaca Yang Mudah & Menarik
ni la dia koleksi buku membaca yg saya beli.
separuh beli Aeon, ayer keroh.
separuh lagi beli di The Store, ampangan, seremban...

Izzat Membaca | Koleksi Buku Membaca Yang Mudah & Menarik
harga di Aeon. RM5.90 each.

Izzat Membaca | Koleksi Buku Membaca Yang Mudah & Menarik
harga di The Store. RM2.10 each.
jauh lebih murah!!! kurang separuh harga, kan 😍.

Izzat Membaca | Koleksi Buku Membaca Yang Mudah & Menarik

Izzat Membaca | Koleksi Buku Membaca Yang Mudah & Menarik

Izzat Membaca | Koleksi Buku Membaca Yang Mudah & Menarik

Izzat Membaca | Koleksi Buku Membaca Yang Mudah & Menarik

isi kandungannya sgt ringkas.
tulisan yg jelas. ada warma hitam & merah. mudah utk anak baca.
koleksi membaca ni ada juga dlm Bahasa Inggeris.
saya da riki-riki dah. tapi, step by step lah kan. niat di hati nak lancarkan bacaan Bahasa Melayu nyer dulu.
then, baru la berpindah ke Bahasa Inggeris 👍.

berbeza sgt tatkala ajar kakak-kakak membaca dulu kala, dgn Izzat.
dgn Izzat, tak boleh paksa dia utk membaca. duduk dgn sopan, elok...
buat homework pun mcm2 gaya. kena ikut je rentak dia 😄.
tegur skit je, meleleh air mata... so, memang kena ikut jer la gaya dia.
then baru la dia nak membaca, buat homework, mengaji...
yg penting, dia nak. dia mahu. dia suka... 😌😌😌

nak kongsi la jugak, minggu ni adalah minggu Ujian 1 bagi Izzat.
Isnin hingga Rabu.
hmmmm memang tak ada persediaan rasmi pun.
mengharapkan Izzat dpt la perform sebaiknya 😀.

Muallimah share di group whatsapp tghari td.

ok.
takat tu je sharing ptg ni.
moga ada manfaat ye 😃.

Saturday, March 16, 2019

Izzat | Pensel Yang Terselit!

No comments:
assalamualaikum 😊

salam di pagi (yg hampir tghari di waktu ayat ni ditaip) Sabtu.
kami nak balik kampung jap lagi 😌.
ziarah org tua.
kak Nurin da settle tuisyen pagi td. baru lah boleh gerak keluar rumah.

nak share gambar candid yg diambil oleh Muallimah kelas Izzat, ptg Rabu yg lepas.
aduhai... terusik hati Muallimah nyer sebab cara Izzat menyelit pensel kat tepi kopiah tu 😆.
memula saya dpt gambar dan wasap Muallimah, tercari juga mana penselnya kan...

Izzat | Pensel Yang Terselit!
"... di manakah pensel nyer?" 😳

setelah diamati beberapa saat kemudian... yeszaaaaaa... 

Izzat | Pensel Yang Terselit!
korang nampak tak? 😄

kreatif tahap maksima ini anak bertuah.

dah pun 2 bulan 15 hari Izzat bersekolah darjah 1.
dah lancar membaca.
da lancar mengaji (iqra').
da lancar mengira.
di tahap yg dia dah belajar lah. alhamdulillah 😊.

doa kan Izzat tambah cemerlang ye.
👌

Friday, March 15, 2019

Roti | Fresh From Ibu's Oven Lagi...

13 comments:
assalamualaikum 😊

lama sudah tak menaip kat ruang blog ni. few days...
tak la sibuk apa pun. biasa-biasa je kat rumah.
just bila buka laptop tu, terus buat research utk outline assignment & presentations this semester.
tau lah kan, once dah mencari maklumat di internet, ia akan merampas perhatian kita.
one by one info keluar. idea pun mencurah-curah.
outline is very the important. agar assignment nanti ada arahnya. tak la melalut ntah ke mana hala 😆.

pagi Jumaat ni malas nak fikir pasal assignment. santai-santai blogging depan tv.
nak la kongsi tentang roti yg saya buat.
akhirnya saya da dpt rentak 😊😊😊.
da semakin faham kerenah oven.
😃 da boleh handle doh yg byk.
rounding dgn pantas, bentuk doh pun da semakin molek.
tak la semolek di kedai roti. utk dah profesional baker. 
boleh la... 😃😃😃
paling best bila mr.asben dah pun kasik tanda 👍👍👍. ini yg penting.

Roti | Fresh From Ibu's Oven Lagi...
ini hasil meroti Ahad lepas.
adik pompuan saya, anak-beranak dtg rumah.
buat la roti utk diorang. fresh from Ibu's oven 😍.

Ahad tu, selepas subuh mixer dah start berfungsi. 1 kg tepung diuli hari tu.
buat 5 jenis roti.
  1. roti mini bergula (loyang bulat),
  2. roti mini sosej. atasnya tabur kan cheese.
  3. roti sosej cheese mayo.
  4. roti sosej sos mayo.
  5. roti cheeese.
  6. roti mini kosong (loyang 4 segi). takde pe topping or inti.
dpt la bekalkan skit utk adik bwk balik ke Kajang.

Roti | Fresh From Ibu's Oven Lagi...
izzat & amrina.
ni roti bergula. buat utk Atok diorang sebenarnya.
Atok tak brape suka yg ada sosej or cheese. Atok prefer bergula or kosong saje.
tapi, Atok dpt makan 2 ketul jer 😆 yg lain cucu-cucu yg ngap!


then, sebab saya tetiba terlebih rajin... kelmarin, uli lagi 1 kg tepung.
niat di hati, nak anto skit kat adik bongsu di UniKL. kebetulan, memang tiap Khamis saya naik ke KL kan. kelas.
sepetang Rabu tu, beraksi lah mixer saya lepas zohor dan sehingga jam 6 ptg, baru siap semua roti.

Roti | Fresh From Ibu's Oven Lagi...
tadaaaaaaa...
cuba toppings yg baru.

  1. roti bawang putih (guna mentega anchor unsalted).
  2. roti sosej cheese mayo.
  3. roti seosej sos mayo.
  4. roti loaf.
  5. roti mentega gula.
alhamdulillah. makan aneka roti for dinner Rabu tu 😆. jgn tanya bab kalori ye ha ha ha ha...
mlm tadi adik-adik kasik feedback yg 👍👍👍.
saya anto kan ke adik pompuan 5 ketul roti.
anto kan ke adik lelaki 3 ketul.

happy bila org suka dgn makanan yg kita buat. rasa puas! rasa legaaaaa...

Roti | Fresh From Ibu's Oven Lagi...

tray kuning adalah aksesori meroti saya yg latest.
bila diri ni da semakin dpt rentak meroti, semakin byk lah doh yg nak dibentuk & dibakar.
maka, rumah yg kecik ni, takkan la nak deretkan doh tu semua kan ruang tamu, kan 😆😅.
saya beli la tray kuning ni 3 je.
atur di dlm nya samada doh belum bakar or roti yg da siap. berselang- seli la diorang ber3 ni.
rasanya, akan beli lagi 1 kot. terasa tak cukup plak 3 jer.

tidak la saya nak beli cooling rack yg beroda tu.
saya buat utk makan-makan famili je. tu pun depends on time dan kerajinan hu hu hu hu.
kalau bisnes roti, korang wajiblah beli cooling rack tau. sekali letak berderet 10 tray terus.
terbaik! ala-ala bakery kat jusco plak hi hi hi hi...

nak share la skit skit tips newbie mcm saya.
pe pun kita nak buat (roti ke, kek ke, kuih talam ke), mesti berguru. youtube not so lah sebab akan ada hidden tips.
1 guru?
2 guru?
brape kali kita nak kena attend kelas?
utk meroti ni, saya ada 3 guru. lain style, lain tips, lain resepi.
sampai ke saya, saya combine semua sekali, jadik la resepi saya sendiri.
bila berguru, kena spend skit duit byr yuran kat cikgu. ilmu ni takkan dpt free.
bila tak free tu, adalah istimewanya...
ilmu tu bukan pada resepi aje.
cara.
tips.
rentak.
gaya.
semua tu sebenarnya lebih penting dari resepi.

orait lah korang.
takat tu jer lah nak share pagi ni.
tepung roti pun dah abis. nak kena gi beli tghari nanti.
bila tepung dah ada, mudah jer bebila nak meroti.

😉😉😉

Wednesday, March 06, 2019

Travel Essentials | Portable Inflatable Double Queen Air Bed Mattress with 2 Pillow Cases

27 comments:
assalamualaikum 😃😃😃

hari ni awal pagi bersiaran di ruangan blog.
ada masa senggang skit pepagi ni.
ni lah dia bila mana kita ni tidak bekerja. waktu adalah kepunyaan kita.
kita arrange. kita nak buat pe now and then 😎.
nanti-nanti bila da masuk keje, hmmmm waktu pagi gini busy dgn meeting lah, jumpa pelanggan lah, court case lah.
masa tu baru lah meraba-raba mencari waktu nak update blog hi hi hi hi...
lagipun, jap jap lagi hingga ke ptg ada hal dah.
ptg semlm, emak abah da sampai rumah. 
so hari ni nak bwk emak abah balik kampung jap.
then nak ke Hospital Tampin, ziarah Pak Long (abg abah).
so, slot blogging hari ni amatlah limited 😀. mari la update blog di awal pagi...

nak la bercerita tentang satu brg wajib yg kami akan bwk bila travel.
latest was ke Hotel Seri Malaysia, K. Terengganu, ni la yg dibentangkan utk tidur malam.

Travel Essentials | Portable Inflatable Double Queen Air Bed Mattress with 2 Pillow Cases

Travel Essentials | Portable Inflatable Double Queen Air Bed Mattress with 2 Pillow Cases
images & details screenshots dari akaun Lazada 😍

saya panggil 'tilam angin' je. mudah faham 😀.
lama dah ada ni. beli time cybersale 12.12.17 dulu kala hi hi hi hi...
received on 13.12.2017. more than a year dah penggunaannya.
aik??? da lebih setahun, baru sekarang nak review???
yes lah...
bukannya tiap bulan travel, holiday sana sini 😅. iolls rakyat marhaen jerrrr...
takkan sekali guna, dah nak kata bagus kan hu hu hu...
dah few times guna, dah yakin best, dah yakin ianya adalah pembelian yg bermakna, barulah boleh review dgn ikhlas, kan...

Travel Essentials | Portable Inflatable Double Queen Air Bed Mattress with 2 Pillow Cases
ni bahagian atas...

Travel Essentials | Portable Inflatable Double Queen Air Bed Mattress with 2 Pillow Cases
dari rupa paras, mcm baldu tau... tapi a kind of plastic.
kalau basah or tertumpah air, boleh lap saje.
and if nak cuci, siramkan air, sekejap je keringnya...

itu la nak kongsi jugak, tilam ni la yg byk berjasa time mula-mula Izzat nak bercerai diaper di mlm hari.
inilah tilam training kencing mlm...
end of 2017 tu, Izzat masih ada pakai diaper di mlm hari, sewaktu tidur.
dia masih lagi ada 'terlepas' kencing bila tidur. kencing mlm byk!
maka, once da ada tilam angin ni, for few weeks, latihan Izzat tanpa diaper ialah tidur atas tilam angin ni. kami alaskan cadar dulu lah before tidur atas tilam angin ni.
yes. ada dia terkencing few nights.
the next day, just tukar cadar. tilam angin ni kami siramkan dgn air dari paip.
jemur kat luar. jap jer kering, less than 1 hours 👍. just biar air tos jer dari tilam angin tu.
then, masukkan dlm rumah, sandarkan kat dinding for the rest of the day.

tilam angin ni tak mudah kempis. for few weeks kami guna, less than 3 times kami isi anginnya.
dgn Izzat jadi kan tilam ni medan utk melompat-lompat.
dgn Izzat tidur atasnya. kekadang kakak-kakak pun sama melompat-lompat atas tilam angin ni.
still anginnya masih maintain ye.
so, sgt bagus!!!

then Izzat pun dah tak kencing mlm.
tilam angin pun dah tak guna. simpan elok... bwk keluar hanya utk travel.

Travel Essentials | Portable Inflatable Double Queen Air Bed Mattress with 2 Pillow Cases
sekaligus dgn hand pump comel ni 😊.

Travel Essentials | Portable Inflatable Double Queen Air Bed Mattress with 2 Pillow Cases

hand pump jer??? alahai, jenuh la nak mengepam queen size mattress ni oii!!! 😖
jgn under estimate! less than 15 minit nak mengepam tilam ni dgn hand pump ni ye.
tak la berejam nak ngepam nyer sampai ada muscle di lengan 💪 ha ha ha ha...
nak buang angin nyer pun tak amik masa byk. buka kan penutup tilam tu, biarkan...
angin akan keluar sendiri. more or less, suruh jer Izzat melompat-lompat atas tu, release lah angin nyer ha ha ha ha 😆...

Travel Essentials | Portable Inflatable Double Queen Air Bed Mattress with 2 Pillow Cases
hmmmmm... kita sandarkan ke dinding agar dia tak melompat-lompat atas tilam angin.
tapi, dia memanjat plak ke atas tu hah... aduhai!!! ngeri kita dibuatnya.
elok plak dia duduk kat atas tu. agak kukuh plak tilam ni... 👍 moreover, bahagian belakang tilam ni is plastik. tak licin utk Izzat memanjat ke atas.

Travel Essentials | Portable Inflatable Double Queen Air Bed Mattress with 2 Pillow Cases

Travel Essentials | Portable Inflatable Double Queen Air Bed Mattress with 2 Pillow Cases
terpaksa la dialihkan ke sini.
bahagian hadapan tilam ni licin. tak la Izzat memanjat lagi 😄.

apa yg saya boleh katakan adalah tilam angin ni is berbaloi membelinya.
at the very beginning, ia adalah item dlm wishlist mr.asben. saya agak ragu-ragu dgn pembelian tilam angin ni.
semcm tak penting.
semcm tak perlu.
but, now, it has been proven, berbaloi memilikinya.

Travel Essentials | Portable Inflatable Double Queen Air Bed Mattress with 2 Pillow Cases
gulungkan begini...
tiada beg khas utknya waktu pembelian.

Travel Essentials | Portable Inflatable Double Queen Air Bed Mattress with 2 Pillow Cases
maka, woven bag bantal kepala Natura, kami jadikan beg khas utk masukkan set tilam angin ni.
bersama-sama bantal travel pillow Natura.

boleh la diusung ke sana ke mari dgn mudah. portable.
tak perlukan space yg byk dlm kereta pun.
kami ni plak sejenis yg last minit decide nak gi jalan-jalan.
nak reserve apartment, most of the time memang dah tak dpt.
maka, kami akan reserve bilik hotel yg besar. kena la byr mahal skit.
maka, tilam angin ni sgt la membantu kami-kami berlima sekeluarga tidur selesa di mlm hari.
siap la bwk selimut. travel pillow dah ada. no problem dah...

semlm, riki-riki dlm lazada & shopee, tilam angin ni dah lebih murah!
rm90+ da boleh dpt dah sekarang. dulu saya beli ni RM145+.
ada juga dlm size single tau.

akhir kata, moga entri ni beri manfaat. beli solusi kpd yg mungkin memerlukan 😉.

bye 👋👋

Tuesday, March 05, 2019

Resepi | Macaroni Bakar Di Hujung Minggu

11 comments:
assalamualaikum 😊
salam sejahtera...

alhamdulillah. perjumpaan dgn kontraktor tghari tadi berhasil 😃.
lusa akan start kerja utk kabinet dapur kecil ku. sekadar-sekadar saje.
bila dapur dah siap, baru la langkah-langkah utk pindah bermula. moga dimudahkan semuanya.
sebuah rumah akan complete bila dapur da complete 😀 hi hi hi hi...

sedikit sambungan dari entri pagi tadi. resepi macaroni bakar versi saya. kemelayuan skit lah...
dan yg penting, bahan-bahannya ikut apa yg ada dlm peti ais saya.
tak la too strict on the resepi.
gaya bebas 😎.

bahan-bahan :

(part 1)
  • macaroni (direbus empuk terlebih dahulu)
  • ayam cincang
  • tomato (potong dadu)
  • carrot (potong dadu)
  • cendawan butan (dihiris)
  • bawang besar holland (potong dadu)
  • bawang putih (dihiris)
  • ciliboh (2-3 sudu saje, utk rasa pedas)
  • sos cili
  • sos tomato
  • sos tiram
  • sos pasta adabi
  • daun bawang & daun sup (dihiris kasar)
(part 2)
  • mentega
  • cheese chesdale (2 keping)
  • susu full cream (200ml)
  • sesudu tepung jagung (dicampur dgn air skit, jadikan larutan)
  • cheese (utk diparut)
hhh

cara-cara :
(utk buat kuahnya)
  • tumiskan bawang besar holland & bawang putih hingga naik bau. then masukkan ciliboh, sos cili, sos tomato & sos tiram. kacau kejap biar elok sebati dan masak rata.
  • kemudian, masukkan ayam cincang dan kacau rata hingga ayam tu masak.
  • ayam dah ok, then, masukkan sos pasta adabi, tomato, carrot dan cendawan butang. sprinkle kan garam dan gula.
  • lastly, masukkan daun bawang & daun sup. ni baru lah naik bau wangi melayu tu. nice jer.

Resepi | Macaroni Bakar Di Hujung Minggu
  • kuah yg telah disiap tu digaulkan sekaligus dgn macaroni yg telah direbus tadi. gaul rata.
Resepi | Macaroni Bakar Di Hujung Minggu
dah gini, makan jer pun da sedap.
Syuhada amik semangkuk utk dimakan 😋.

(utk buat sos putih)
  • cairkan mentega. masukkan 2 keping cheese. larutkan.
  • masukkan susu. kacau sebati.
  • masukkan larutan tepung jagung. ni nak memekatkan dan jadikan sos putih likat.

Resepi | Macaroni Bakar Di Hujung Minggu
  • then, start to scoop kan macaroni ke dalam bekas. terserah la nak bekas kecik atau besar. mana-mana mudah utk dimakan.

Resepi | Macaroni Bakar Di Hujung Minggu
  • then, masukkan pula sos putih. gaul skit la macaroni tu dgn sos putih. biar rata. biar sedap nanti dimakan. rasa lemak-lemak susu gitew...

Resepi | Macaroni Bakar Di Hujung Minggu
  • lastly, sebelum bakar, taburkanlah cheese parut tu 😋.

Resepi | Macaroni Bakar Di Hujung Minggu
dibakar. suhu 180'C selama 20 minit je.
keluar dari oven, tak sempat sejuk pun dah disambar oleh kak Nurin & Syuhada.
da kata dah, panas lagi.
hmmmmm... "takpe Bu. kitorang sejukkan bawah kipas...". hadoi lah anak-anak 😅.
Izzat? hmmmm jeling jer. tak minat 😆😆😆. dia langsung tak minat nak cuba pun hu hu hu...
simple. senang.
boleh la dikatakan sedap.
utk makan-makan famili boleh la 😉.

Hujung Minggu | Nasi Lemak, Macaroni Bakar & Mee Goreng Bodoh !

10 comments:
assalamualaikum 😊
selasa dtg lagiiiii... dgn penuh keceriaan, alhamdulillah.
tghari ni ada janji dgn kontraktor nak buat kabinet dapur di rumah baru.
so, pagi-pagi ni nak settle kan kerja rumah --> sidai baju, lipat baju.
packing few things utk dibawa ke rumah baru. misi mengosongkan rumah ni 😌.
update blog jap dgn aktiviti Sabtu yg baru je lepas.
bila kami tak ke mana-mana. maka, aktiviti si ibu was memasak. aktiviti anak-anak were makan-makan.
pagi-pagi kakak-kakak da sarapan segelas milo & roti sapu hazelnut spread.
kak Nurin ke tuisyen dlm jam 8.15 pagi.
Syuhada tak lengah-lengah, terus buat homework skola.
as for Izzat, bangun pagi terus on tv. sarapan hanya sebotol susu.

Hujung Minggu | Nasi Lemak, Macaroni Bakar & Mee Goreng Bodoh !
nasi lemak.
bukan utk lunch.
ia utk brunch sebenarnya.

dlm jam 10 pagi, dah siap-siap masak nasi lemak dgn aksesorinya tu.
sambal ikan bilis sederhana pedas.
telur mata kerbau.
potongkan timun jepun. Izzat memang suka sgt makan timun jepun.

nasi lemak tu prepared as sarapan merangkap makan tghari.
kat rumah saya takde peraturan ketat sgt bila nak makan apa. kami belasah jer 😄.

kak Nurin, sampai je rumah dlm jam 11.15 pagi, terus amik sepinggan nasi lemak.
"lapar la, Bu". ha ha ha ha tuisyen pun boleh buat perut lapar ekk 😅.

then, saya tak tangguh-tangguh, dlm jam 12 tghari gitu, start prepare bahan nak buat macaroni bakar plak.
idea spontan di pagi hari.
sedang kemas dapur, jumpa separuh paket macaroni. what to do ekk?
terpacul la idea macaroni bakar.
cek freezer. cek fridge. semua bahan lain hampir ada. yeszaaaaa 👌.

Hujung Minggu | Nasi Lemak, Macaroni Bakar & Mee Goreng Bodoh !
macaroni bakar done 👍!
resepi ada di SINI ye.

kak Nurin dan Syuhada is pemakan pe pun yg saya masak.
terutama western food gini. memang diorang makan sampai licin. hingga minta lagi!
hu hu hu hu normally saya buat tak la byk.
sebekas besar.
kalau bekas kecik, setakat cukup makan kami-kami lah.
Izzat tak minat langsung. dia jeling jer tau.
Izzat setakat ni hanya tertawan dgn nasi putih, sambal tumis, nasi goreng,  mee goreng, ayam goreng... dan sewaktu dgn nyer je 😆😄.

Hujung Minggu | Nasi Lemak, Macaroni Bakar & Mee Goreng Bodoh !
mee goreng bodoh yg pandai skit lah 😀.

menjelang nak lewat ptg, mula la si Ibu ni buat survey, "mlm ni nak makan apa anak-anak?".
mcm-mcm cadangan...
itu lah.
ini lah.
mcm restoran dibuatnya rumah ni, order jer apa nak 😆😆😆.
pe pun keputusan, di tgn Ibu...
diskus punyer diskus. diorang bertiga beradik cadang-mencadang...
Izzat menang lah. itu yg terhasilnya mee goreng utk dinner.
kenapa namanya mee goreng bodoh?! mentang-mentanglah Melaka terkenal dgn mee goreng bodoh tengkera tu kan hi hi hi hi hi...
sebab, bahannya yg simple. sotong skit. fishball sepaket. taugeh sepaket. beberapa helai daun bawang.
janji sedap dan kenyang. senang hati menggorengnya.

alhamdulillah. seharian dok rumah Sabtu lepas.
dok ulang-alik ke dapur, ke depan. ke dapur, ke depan 😄😄😄. tak keluar rumah pun.
memang spending kualiti time dgn famili. 

😊😊😊

😉

Ahad, kami naik ke Beranang, attended kenduri kawin.
jumpa emak abah & adik-beradik saya beberapa jam.
then, cecepat balik Melaka, kak Nurin nak balik asrama, kan...
so dapur si Ibu ni tak berasap lah. makan free jer hi hi hi hi hi...

indahnya lah hujung minggu kami 💙💚💛💜  💙💚💛💜.