assalamualaikum korang semua 😎
moga hari ni, apa jua yg kita laksanakan, berjaya dan sempurna ye.
Khamis dah ni. 1 more day hingga mentari Sabtu menyergah kita... yes!
tak sabar nak abiskan update tentang Cameron Highlands.
ni merupakan entry yg panjang dan byk gambar (picture speaks louder than words 😃)...
pohon bertabah hingga ke perkataan terakhir ye.
Isnin pagi (9.10.2018) seawal jam 8 pagi, kami berlima beranak dah kuar dari bilik hotel.
kami memang tak breakfast di hotel. kami berlima, tapi breakfast provided for two only. cannot lah.
so, after subuh kami anak-beranak sarapan dgn roti gardenia sapu-sapu tuna mayonis ayam brand.
ada la cukup tenaga utk ronda kea farm market kan. shopping laskopek before balik Melaka.
entry yg lepas-lepas 😉 👇👉SECOND, Kafe Banjaran👉FOURTH, Agro Highland Cafe, Sg. Bisek👉FIFTH, Cameron Valley Tea House 1
bye bye Copthorne Hotel, kami mau balik dah tghari nanti...
Kea Farm Market ni salah satu sebab utama kenapa kami masih setia stay di Copthorne Hotel.
sebab tahu, nak ke sini hanya berjalan kaki. mudah. tak serabut dah utk cari tempat shopping before balik.
di sini semua ada. dari buah2an, sayur2an, makanan bergoreng, bunga fresh, bunga kering, pokok bunga, kaktus,....
berjalan lah kami berlima menuruni bukit dari Copthorne ke Kea Farm Market.
sejuk tau! angin sepoi-sepoi bahasa... a bit refreshing lah sebenarnya. like it.
ni hah anak-anak bertiga.
punyer la Izzat excited time ni. dia jalan depan sekali 😄.
kedai-kedai depan hotel semua masih belum dibuka jam 8 pagi.
jalan besar pun masih lagi lengang...
korang yg dah lama tak dtg kea farm market ni, jgn tak tau tempat baru ni.
Medan Agro, seberang jalan Kea Farm Market. tapi masih kosong.
dijadikan tempat parking kereta. tak lama lagi, sure havoc tempat ni.
nampak tu 3 beradik yg bertuah berjalan di Kea Farm Market? 😍
sgt suka gambar ni, mereka bergambar 😍
ni la hasilnya...
pertama kali jalan, kami tak beli apa-apa pun. tgk kiri... tgk kanan...
dlm kepala saya dah tersenarai dah pe nak dibeli.
memang la happening area ni korang... dgn kereta lalu lalang. dgn org yg ramai. hadui lah...
kali ni kami berjalan terus ke belakang tau. terjumpa lah Kea Garden Guest House 👇.
first time kami lajak ke sini tau. nice place. terus lah kami ronda-ronda lihat keindahan deko guest house ni.
saya share pemandangan kat luar jer la ye. tak dpt share tentang bilik2nya.
sgt menarik bila tiba sini.
memang menjemput kami utk terus explore guest house ni.
anak bujang yg sorang ni memang gemar bergambar time kat Cameron Highlands ari tu 😍.
anak bertiga di taman bunga...
syuhada memang suka amik gambar adik nyer , Izzat 👍.
ni hasilnya...
reception nyer pun sgt la kampung-kampung gitewww... nicely presented kpd pelanggan.
memikat hati 💙💙💙.
memang la cantik deko taman di guest house ni. indah... Izzat pun happily lari sana sini dgn bebas.
hampir-hampir la Izzat nak petik bunga tau. sempat larang! "jgn petik bunga org, dik..." 😅
korang tgk ye 👇👇👇.
saya snap gambar ni dari hujung guest house. sebelah kanan tu is bilik yg normal la.
utk famili. proper hotel room with bed and tandas.
korang tgk gambar pertama di bawah ni, sebelah kiri... ada bumbung-bumbung kecil. mcm rumah smurf!
tu hah... mini chalet namanya 😍.
sempat la jeling-jeling pintu bilik yg terbuka.
ada 1 tilam di tgh bilik tau. best sgt nampak nyer 😃.
sidai towel atas bumbung gitew ha ha ha ha ha...
sebelah kanan nun tu... Copthorne Hotel.
barisan ni adalah mountain view...
dua kekurangan / ketidaksesuaian yg saya tackle kat mini chalet ni...
FIRST, nun jauh kat belakang tu adalah tandas. tgk gambar 👆.
bilik hujung sini, berjalan ler ke belakang tu. ada pintu tu kan.
so, bagi saya dan anak-anak dara berdua tu mcm tak brape sesuai.
SECOND, involve penjagaan aurat. takkan nak baring-baring atast tilam dan buka pintu, kan?
sesak plak nafas kalau asyik tutup pintu ajer 😃.
according to my mr.asben, sesuai if pergi bujang-bujang lelaki
nak naik gunung Irau ke, gunung Berembun ke... boleh bermlm di sini.
tak perlu la amik hotel rooms yg mahal.
boleh la refer sini harga di Kea Garden Guest House ye.
just nak snap gambar Kia Garden Guest House dari sini.
tu dia rupanya.... dari bilik, sebelah kanan.
close up skit...
tempat parking kereta mcm byk jer kan. basement area. no problem bab parking.
cuma teruk bila korang nak keluar masuk lalu Kea Farm Market la.
ramai org. jalan kecik. seksa!!!
pastu korang ingat tak kat atas tu saya ada sebut pasal Medan Agro?
dari bilik hotel, sebelah kirinya, tu hah...
yg bumbung putih tu. itulah kawasan kedai di Medan Agro.
tak lama lagi, tambah havoc la area ni tau 😅.
hah... lega dah dpt abiskan entry pasal Cameron Highlands.
kembara kali ketiga kami di Cameron Highlands sungguh sempurna.
meskipun stucked dlm trafik jem 5 jam semlm, tu tak buat kami serik.
sebab, holiday & trafik jem si sgt sinonim uolls.
di mana pun... ke mana pun... bila sampai time holiday aje, surely jem.
contohnya, mcm Melaka ni hah. aduhai... kami org Melaka memang takkan ke bandar kalau time cuti panjang tau.
biasanya perjalanan 20 minit. time cuti sekolah boleh jadik 2 jam tau 😅😆.
😉
37 Comments
Melaka klu time cuti pun nieyl x sanggup masuk..hehehe
ReplyDeletebestnya jenjalan CH...tabung holiday x cukup lagi nak g holiday..kekeke
cantik cantik gambar! ala bestnya, sha takpernah pergi haha
ReplyDeleteKea Garden Guest House tu lawa betul.. tak tido pun takpe janji dapat buat foto shoot.. cantik sangat..
ReplyDeletewah..bestnya cameron..bila blh sampai CH lagi ni..:)
ReplyDeleteLama dah tak berkunjung ke Cameron Highland. Dah pesat sangat kat Cameron ni ha. Pernah rasanya ke Kea Farm dulu. Next time boleh la nak pergi balik ke sini.
ReplyDeleteya ampun lama betul tak pi Cameron Highlands, even weekend biasa pun jem teruk ek...cam ne lah kalau nak pi time cuti sekolah memang tak de lah kan. tapi bunga-bunga dan sayur-sayur kat sana memang cantik dan segar bugar kan...
ReplyDeleteWah bestnyer dapat pergi Cameron. Teringin nak pergi ke sana juga. Saya last ke sana masa tahun 2008 lepas. Dah 10 tahun dah
ReplyDeleteCantiknya view dekat kea garden guest house tu. Ana tak tau pun adanya tempat tu padahal dekat dah dengan hotel yg ana duduk hari tu. Melaka jem pun ana tetap suka g sana. Hehe.
ReplyDeleteHehe best2..dari dulu memang selalu jatuh cinta kat CH ni. Dulu akk memang tinggal kat CH so setakat ini memang rasa sgt CH la tempat paling best pernah akk duduk heheh
ReplyDeletewaa bestnyaa jalan2 berholiday ke Cameron Highlands, mesti tenang & nyaman jee kat sana kan. Memang cantik2 view tempat2 tu semua, best pergi dgn satu family jugak 😁
ReplyDeleteSeronoknya bercuti..walau 2 hari satu malam jer kan..SA pun nak bawak mak abah naik sini nanti..cuma tgh plan nak pergi hari biasa..maybe naik CH Khamis atau Jumaat pagi..balik Ahad..SA nak bagi mak abah berehat sikit kat tempat2 sejuk...kena kumpul duit banyak sikit ni...hehhe..kang sampai sana macam- macam nak borong kan...
ReplyDeletesyok nya go cameron highland.. such a lovely family trip.. everyone must hv enjoy to the maximum at the cooling weather..
ReplyDeleteComelnya, sy pun teringin nak pergi Cameron Highland ni! Mmg keluarga sy pun melancong ke Cameron Highland sekurang-kurangnya setahun sekali. Udara segar, sayur fresh, pemandangan yang menyenangkan. Best!
ReplyDeleteBaca entry nih, Tingin plak nak g Cameron. BTW salam perkenalan
ReplyDeletecik en pun suka mai sini.. tp nk pi sana jem sgt jalan
ReplyDeleteMacmmana boleh tertinggal tempat ni.Kena gi balik ni hehe
ReplyDeleteAlah rindunya cameron highland , kena pergi sekali lagi ni , dulu pergi waktu preggy now kne bawak anak la pulak
ReplyDeletewah dah makin maju Cameron. rindulah nak dating sini sbb lama x pergi...kat Cameron main attraction dia strawberi...nanti blh survey hotel ni..bebrlaoi jugakkan
ReplyDeleteSis sepanjang hidup sis ni, sekali je sis ke Cameron, memang syiok sangat. Banyak lagi tempat yang sis tak sempat nak jengah..memang teringin nak gi lagi
ReplyDeleteBestnya pergi cameron..ni cerita dua hari dua malam tak habis2 ni..hehe..sebab nak simpan kenagan dalam blog kan..cutenya mini chalet tu..acano nak tidur tu..ehehe
ReplyDeleteHari ni saya pergi Cameron Highland. Memang nak pulun jalan kat Cameron Highland. Sebelum ni pergi tak puas jalan
ReplyDeleteBest yer cuti-cuti Cameron Highland. Tapi huda 2 kali pergi, 2 kali Allah uji, 1st kereta cermin kena pecah, 2nd time kereta rosak sebab lama sangat dok dalam jem lebih 12 jam. Serik gak la nak pergi, kalau pergi pun memang bukan waktu cuti.
ReplyDeletecantik kaler-kaler bunga tu. baca entry ni, baru teringat dah lama tak ke Cameron Highlands. Rasa nak pergi tapi tak sanggup nak redah trafik kl masa cuti panjang kt sana.
ReplyDeleteCantiknya. Lama dah tak ke Cameron Highland, nak kena pergi balik ni nanti. ;-)
ReplyDeletekea farm tu wajib pergi kalau ke cameron... orang perempuan suka tgk bunga kan? hehe.. pastu boleh bergambar sekali.
ReplyDeletealmost one year didnt go d... prefer going there weekday and low season else i realy cannot tahan the traffic there!
ReplyDeleterindunya cameron baru je pergi bulan 1 hari tu. Hotel akak duduk rasanya dulu nama dia lain kan. Macam pernah stay situ tahun 2012 memang best sebab senang nak ke kea farm.
ReplyDeleteHai,jemput join segmen saya!
ReplyDeletehttps://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2018/10/segmen-saya-nak-buku-free-by-cuya.html
Cantiknya pemandangan dalam blog ini. And Rawlins pun takut melawat Melaka anytime sebab selalu jam. Hehe.
ReplyDeleteCantik2 nya gambar yang di shot.. Syaza suka baca entry Cameron ni sungguh2 😂 sebabnya nak jadikan rujukan ehe
ReplyDeletecantik la kea garden ngan bunga2 tu...mini chalet tu cute...bila la dpt pi cameron ni tp bila dgr pi cameron jammed alahai lemah btul
ReplyDeleteMrs. A so far kalau pergi Cameron highland belum pernah lagi overnight kebiasaannya balik hari jer... Anak bujang Mrs. A yang dua orang tu tak reti nak menghayati tempat-tempat semulajadi cenggini. Depa lebih suka tempat yang ada banyak games huhuhuhu...
ReplyDeletesama lah tak berkenan jugak guesthouse kea farm ni sebab limited space. Untuk yang bujang dan minimalist okay lah kot
ReplyDeleteCameron Highlands last Ika pergi tengah tahun hari tu. Tak pernah jemu datang sini dan tempat favourite semestinya Kea farm market. Harga murah gila
ReplyDeletePernah menginap kat sini masa dia baru beroperasi. Tahun 2016 kalau tak silap. Memang cantik hotelnya. Ambil gambar kat kawasan sekitar hotel pun dah cukup cantik.
ReplyDeleteRindu CH, last pergi pun kursus tahun 2013
ReplyDeleteA place must go! Btw done follow hehe
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.