assalamualaikum & salam sejahtera ๐Ÿ˜Š

sempat update blog sekejap. sambil-sambil prepare juadah berbuka utk Ramadhan ke-9.
sekali lagi hari ni preparation dibantu oleh anak-anak dara. ๐Ÿ˜‰ saya ajar diorang buat roti jala.
sambil saya menaip ni hah, diorang berdua sedang kerjasama buat roti jala tu hah kat dapur.
ok la. ajar skit, dah boleh buat sama-sama ๐Ÿ‘. senang la keje saya sekarang ni ha ha ha ha...

just nak spend masa berkongsi menu berbuka kami utk Ramadhan ke-4 dan ke-5.
lebih 3 minggu dok rumah, PKP, tiap hari memasak. nasi adalah yg paling kerap dimasak, kan.
dah hampir settle 30 kg beras. beras di dalam tong beras saya dah pun menyusut.
kampit ke 4 dah tersedia utk dimasukkan ke dalam tong beras ๐Ÿ˜…. 
so, berfikir luar tong beras skit. tak nak la makan nasi utk berbuka.


[baca juga ๐Ÿ‘‡]


Resepi kuew teow goreng lembab
kuew teow goreng lembab ๐Ÿ˜‹
resepi kuew teow goreng lembab ni sama dgn resepi mee goreng lembab je.

maka, Ramadhan ke-4 tu, saya goreng kuew teow lembab-lembab. ada rencah kupang, fishball dan aneka sayur.
1kg kuew teow dpt dimakan sehingga ke sahur ๐Ÿ’™.
kuih talam seri muka masih ada baki dari semlmnya. maka, itu saje la menu berbuka kami hari tu.

the next day, masak juga la nasi. 2 pot je. rebus ketupat mini Faiza sebungkus ๐Ÿ˜‹.
memang sentiasa ada je ketupat mini Faiza ni kat rumah. walaupun bukan time Ramadhan or Syawal.
maka, Ramadhan ke-5 menu kami meriah skit lah. ala-ala soto tau. tapi side dishes utk soto mcm ayam carik, daun sup hiris, bawang goreng tu semua takde la.

  • ketupat ada. nasi pun ada.
  • sup kaki ayam
  • begedil daging
  • sambal kupang ๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹
  • kicap cili padi (dah buat stok dlm peti ais)


Menu Berbuka | Bila selera memahukan hidangan selain daripada nasi putih
seperti biasa. direbus dlm pressure cooker 36 minit. SIAP!

Menu Berbuka | Bila selera memahukan hidangan selain daripada nasi putih
sup kaki ayam. ada fishball dan celery.
juga dimasak dlm pressure cooker mode BONE selama 30 minit.

Resepi Mudah Begedil Daging
begedil daging. simple. 

RESEPI BEGEDIL DAGING :
(bahan semua adalah agak-agak ye. takde sukatan tertentu ๐Ÿ˜€ , yg penting kentang dan daging sesuai kuantitinya)
  • ubi kentang (kebetulan ada 4 biji kentang je ari tu)
  • daging kisar
  • sedikit bawang goreng (campur bawang merah dan bawang putih)
  • sedikit serbuk lada hitam
  • sedikit garam
  • daun sup (hiris halus)
  • 1/4 kiub ayam Maggi
  • telur
CARA-CARA :
  1. ubi kentang dikupas. dipotong kecil-kecil. digoreng. then, ia dilenyek.
  2. daging kisar tu digoreng hingga masak ye.
  3. kemudian, campurkan kentang, daging kisar dan bahan-bahan yang lain (kecuali telur).
  4. adunan kentang tu dibulat-bulatkan dan dileperkan. sedia utk digoreng.
  5. celup ke dalam telur dahulu dan goreng sehingga masak ๐Ÿ˜‹.


Resepi Sambal Kupang

sambal kupang tu disediakan utk sahur sebenarnya. makan dgn nasi panas.
kebetulan dpt beli kupang di Family Store, besar-besar. sedap buat sambal. best!
Izzat hanya makan kupang bila dimasak sambal. selain dari tu, kupang tu dia ketepikan je ๐Ÿ˜„. 

korang masak apa hari ni?
sudi-sudilah share ye di kotak komen. beri idea kpd saya utk hari-hari akan dtg.
๐Ÿ˜‰