assalamualaikum & salam sejahtera 😊
setelah 18 bulan duduk rumah kecil di pinggir bandar ni, hari ni saya nak kongsi sepenuhnya perubahan halaman rumah. selama 18 bulan ni akhirnya kami dapat memuktamadkan semua yg kami nak buat utk halaman rumah kecil ni 😌. moga ia beri inspirasi kpd sahabat yg memerlukan inspirasi. sesungguhnya, semua ni tak berlaku sekelip mata ataupun secara sekaligus ye. sedikit demi sedikit. kasik penuh tabung ayam, buat satu projek. kumpul lagi, kasik penuh lagi sekali tabung ayam, on satu lagi projek. now selesai sudah. alhamdulillah.
kongsi di laman blog ni utk dikenang satu hari nanti... ni kira part 1 la ye. akan bersambung dlm part part yg akan datang 😎. berkongsi di blog utk simpanan sendiri dan nak la jadi inspirasi kat org lain. bukan utk menunjuk-nunjuk ye. projek rumah kecik di pinggir bandar Melaka.
keadaan asal halaman luar rumah saya 👇
sebelum jumpa kaedah buat racun rumput organik, setiap 2 bulan upah sorang warganegara Rohingya utk mesin rumput. keluasan lama tepi saya ni hanya 13'. kecik saje, maka tak la sukar mana nak maintain. and cukup besar untuk kami realisasikan impian kat tepi ni.
siap berhelmet keselamatan encik Rohingya tu 👍.
pandangan dari depan. lega pandangan mata bila da bersih.
pandangan dari lorong belakang rumah.
memang tidak bertembok.
dapat kunci rumah dari pemaju sekitar Jun 2015 dulu, pelbagai idea bermain di minda saya. nak buat lanskap ala-ala bali la, nak ada edible garden la, pokok bunga warna-warni la. nak konsep green la.
nak ada water fountain lah 😆. padahal laman sekangkang kera jer pon kan kah kah kah... impian menggunung tinggi! yg pastinya, saya dan mr.asben sama-sama setuju untuk :
- simenkan separuh dari laman tepi (bahagian belakang) dan dibumbungkan.
- pagar belakang diubah menjadi tembok batu.
- longkang kecil sepanjang laman ditutup dan diubah haluan utk laluan air dari bumbung.
- laman depan yg dibiarkan - ditanam dgn rumput karpet.
bila tabung ayam dah penuh, maka bermulalah projek yang dirancangkan sedikit demi sedikit. pertama, simenkan laman belakang dan buat tembok belakang. bukanlah niat tak nak bertegur sapa dgn jiran belakang ye, hanya nakkan privasi 😀. al-maklumlah, lebih mudah menjaga aurat. bab keselamatan pun ye juga la.
paling saya selesa ialah tembok belakang tu.
yes! privasi 😌👍.
nampak tak depan tu? 😳😳😳
lalang lebih tinggi dari paras lutut tau. aduhai! 😩
dari pandangan lorong belakang rumah.
😍 paling saya suka kerana dah tak bog*l rumah saya.
bermula dari tu, perlahan-lahan la kami membuat perancangan memperindahkan lagi halaman rumah. di peringkat awal, ada dikongsi dalam entri yang lepas, berhadapan dgn sliding door, saya wujudkan taman mini. sayur skit, pokok bunga skit. tapi tu la, tanah rumah perumahan ni kan tanah keras, susah sungguh nak korek tanah untuk tanam pokok. pokok menjadi api tak la brape elok.
dipendekkan cerita, on kan projek extend dapur, tambah tiles di simen belakang serta tutup longkang sepanjang laman tu. saluran air kami ubah.
sib baik ada anak bujang sorang rajin siram pokok 😄.
tanah depan ni kami kosongkan je. takde idea yg datang lagi.
pemaju buat longkang kat laman rumah saya ni tak senonoh!
bengkang-bengkok. berlubang-lubang!
ruang longkang di sudut ni memang menggerunkan saya.
sangat tinggi. takut salah langkah, kebebum tersembam ke tanah!
kini dah berubah.
👇👇👇 nampak lebih kemas dan selamat. konsep tangga. kalau nak duduk melepak di ptg hari pun ok. nak letak pasu utk hiasan pun ok 👇👇👇.
baru la selesa pandangan mata.
letak kerusi utk lepak petang hari...
pokok-pokok bunga ni berubah-ubah tempat.
ikut sedap mata saya la mana nak letak diorang ni 😃.
halaman tepi ni da boleh dimanfaatkan untuk pelbagai aktiviti keluarga dah. selesa dipandang mata. bahagian belakang tu boleh la jadi tempat minum petang, tempat bbq, tempat Ijat mandi kolam 😄, tempat memasak ke (dapur luar), sidai baju... bahagian depan yang sekarang dah berumput karpet, tambah seri halaman dengan warna hijau. petang-petang boleh la berkaki ayam pijak-pijak rumput.
berjalan berkaki ayam di kawasan berumput, kawasan rata atau pasir pantai, akan bantu beri kesihatan yang lebih baik kat badan kita seperti 😴tidur yang lebih lena, kurangkan rasa murung 😞, baik peredaran darah kat kaki dan hilangkan kesakitan otot 😃. saya pernah tonton satu video oleh seorang Ustaz (maaf tak ingat siapa) bercakap pasal hal ini. ambil la masa dalam 15 - 20 minit, pagi-pagi, pijak rumput berkaki ayam.
saya ingat fakta ni sebab waktu tu, emak mertua saya baru je baik dari pembedahan tulang pinggul. terjatuh dan tulang retak. masa tu memang suruh bibik bawak emak mertua saya berjalan berkaki ayam di halaman rumah.
elok pula ada sharing dari Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah.
saya memang follower fb DMFK.
"JOM EARTHING BADAN dengan berjalan kaki ayam atas rumput."
nota penting : renovasi rumah saya (penambahan dapur, tembok belakang rumah, awning kayu dan simen di halaman rumah) terkandung dlm pelan arkitek dan telah diluluskan oleh PBT.
👌 bersambung di next entry - cat dinding luar rumah.
...bye!
25 Comments
Seronok rumah ada halaman.
ReplyDeleteMacam- macam boleh buat.. yang penting rajin.
Rumah CP atas kayangan hehehehe
yes, kena rajin! if not, serabut la laman :) hi hi hi...
Deletetakpe. rumah atas kayangan ni syok nyer lain macam :)
nikmati keindahan alam dari atas.
bila dah simen pasti lebih mudah nak maintain kan aida , cantiknya :)
ReplyDeleteiye, AJ. kurang kan part yg berumput.
Deletetinggalkan sedikit utk seri halaman hijau.
senang hati nak maintain nyer.
tanam sayur kak ada ruang kosong lagi tu..:)
ReplyDeletedulu, hajat di hati gitu, cikNor.
Deletetapi, tu la. kawasan berumput tu tak boleh nak ditanam2 lain.
sayur tanam jugak, tapi dlm pasu aje :)
Betul kann, ada kebun mini pun jadi laaa, jadi terapi diri dan anak-anak pun suka.. bawa anak pi kedai bunga biar mereka pilih dan ajar mereka jaga pokoknya..mesti derang happy..
ReplyDeletetu la tu, sis.
DeleteIjat dok minta bila nak beli pokok bunga dia ni semula.
yg lama dah burned dah :)
saya pun selalu ajak anak anak bersenam petang petang..kaki ayam je atas rumput
ReplyDeletekan...
Deleteterapi secara natural :)
Lebih rapi, lebih cantik dan lebih puas hati.
ReplyDeletecantiknye rumput carpet tu.....rietta suka tgk menghijau gtu...
ReplyDeleteCantik hasilnya Aida :)
ReplyDeleteLalang tinggi. Scary tu
ReplyDeleteSekarang stamping ja sebab susah nak jaga rumput
Tak pun buat mini garden 🌱🌱
Nampak berseri dengan bunga-bungaan pelbagai warna.
ReplyDeleteRajin anak bujang siram pokok bunga. Siram selalu ye dik, biar pokok bunga cepat besar da subur.
banyak benda boleh buat kan klu ada laman ni, cucuk tanam.. tempat main or lepak... maybe boleh buat kolam ikan jugaaaa
ReplyDeletekolam tu sebenarnya salah satu impian aida.
Deletedgr bunyi air kan salah satu terapi.
tapi tu la. kenangkan maintenance nyer tu yg tak jadik.
takut nanti tak terjaga!
Pernah dengar pasal berkaki ayam. Pernah juga buat waktu embun pagi ada pada rumput. Rasa segar.
ReplyDeleteCantik kawasan tepi dan belakang rumah. Seronok hendak buat aktiviti luar.
suka pulak saya tengok tembok belakang rumah akak tu..unik sebab nampak macam bersambung dengan belakang rumah..
ReplyDeleteFabulous blog
ReplyDeleteWahhhhhh.. Cantik akak... Suka saya.... Best rumah landed ni boleh buat mcm2... Akak melaka area mana kak.. Rindunya melaka...
ReplyDeletearea kampung, Alia.
DeleteDurian Tunggal.
Bestnya dapat berkaki ayam dilaman rumah sendiri.. Idaman Sha juga nie Aida.. Cuma belum tercapai lagi.. hehehe.. Cantik dah laman rumah Aida.. boleh bersantai dengan anak-anak tu yang bagusnya.. riadah selamat..
ReplyDeleteRajin si kecil bantu bonda siram pokok-pokok.
ReplyDeleteSeronoknya ada laman yang ada tanah dan luas ni kak. rumah saya laman bersimen dah.
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.