assalamualaikum & salam sejahtera 😊

setelah 18 bulan duduk rumah kecil di pinggir bandar ni, hari ni saya nak kongsi sepenuhnya perubahan halaman rumah. selama 18 bulan ni akhirnya kami dapat memuktamadkan semua yg kami nak buat utk halaman rumah kecil ni 😌.  moga ia beri inspirasi kpd sahabat yg memerlukan inspirasi. sesungguhnya, semua ni tak berlaku sekelip mata ataupun secara sekaligus ye. sedikit demi sedikit. kasik penuh tabung ayam, buat satu projek. kumpul lagi, kasik penuh lagi sekali tabung ayam, on satu lagi projek. now selesai sudah. alhamdulillah.

kongsi di laman blog ni utk dikenang satu hari nanti... ni kira part 1 la ye. akan bersambung dlm part part yg akan datang 😎. berkongsi di blog utk simpanan sendiri dan nak la jadi inspirasi kat org lain. bukan utk menunjuk-nunjuk ye. projek rumah kecik di pinggir bandar Melaka. 

keadaan asal halaman luar rumah saya 👇
Dekorasi Laman | Simenkan laman terbiar menjadi kawasan yang lebih bermanfaat untuk keluarga

sebelum jumpa kaedah buat racun rumput organik, setiap 2 bulan upah sorang warganegara Rohingya utk mesin rumput. keluasan lama tepi saya ni hanya 13'. kecik saje, maka tak la sukar mana nak maintain. and cukup besar untuk kami realisasikan impian kat tepi ni.

Dekorasi Laman | Simenkan laman terbiar menjadi kawasan yang lebih bermanfaat untuk keluarga

Dekorasi Laman | Simenkan laman terbiar menjadi kawasan yang lebih bermanfaat untuk keluarga
siap berhelmet keselamatan encik Rohingya tu 👍.

Dekorasi Laman | Simenkan laman terbiar menjadi kawasan yang lebih bermanfaat untuk keluarga
pandangan dari depan. lega pandangan mata bila da bersih.

Dekorasi Laman | Simenkan laman terbiar menjadi kawasan yang lebih bermanfaat untuk keluarga
pandangan dari lorong belakang rumah. 
memang tidak bertembok.

dapat kunci rumah dari pemaju sekitar Jun 2015 dulu, pelbagai idea bermain di minda saya. nak buat lanskap ala-ala bali la, nak ada edible garden la, pokok bunga warna-warni la. nak konsep green la.
nak ada water fountain lah 😆. padahal laman sekangkang kera jer pon kan kah kah kah... impian menggunung tinggi! yg pastinya, saya dan mr.asben sama-sama setuju untuk :
  1. simenkan separuh dari laman tepi (bahagian belakang) dan dibumbungkan.
  2. pagar belakang diubah menjadi tembok batu.
  3. longkang kecil sepanjang laman ditutup dan diubah haluan utk laluan air dari bumbung.
  4. laman depan yg dibiarkan - ditanam dgn rumput karpet.
bila tabung ayam dah penuh, maka bermulalah projek yang dirancangkan sedikit demi sedikit. pertama, simenkan laman belakang dan buat tembok belakang. bukanlah niat tak nak bertegur sapa dgn jiran belakang ye, hanya nakkan privasi 😀. al-maklumlah, lebih mudah menjaga aurat. bab keselamatan pun ye juga la.

Dekorasi Laman | Simenkan laman terbiar menjadi kawasan yang lebih bermanfaat untuk keluarga
paling saya selesa ialah tembok belakang tu.
yes! privasi 😌👍.

Dekorasi Laman | Simenkan laman terbiar menjadi kawasan yang lebih bermanfaat untuk keluarga

Dekorasi Laman | Simenkan laman terbiar menjadi kawasan yang lebih bermanfaat untuk keluarga
nampak tak depan tu? 😳😳😳
lalang lebih tinggi dari paras lutut tau. aduhai! 😩

Dekorasi Laman | Simenkan laman terbiar menjadi kawasan yang lebih bermanfaat untuk keluarga
dari pandangan lorong belakang rumah.
😍 paling saya suka kerana dah tak bog*l rumah saya.

bermula dari tu, perlahan-lahan la kami membuat perancangan memperindahkan lagi halaman rumah. di peringkat awal, ada dikongsi dalam entri yang lepas, berhadapan dgn sliding door, saya wujudkan taman mini. sayur skit, pokok bunga skit. tapi tu la, tanah rumah perumahan ni kan tanah keras, susah sungguh nak korek tanah untuk tanam pokok. pokok menjadi api tak la brape elok.

Dekorasi Laman | Simenkan laman terbiar menjadi kawasan yang lebih bermanfaat untuk keluarga
sib baik ada anak bujang sorang rajin siram pokok 😄.

Dekorasi Laman | Simenkan laman terbiar menjadi kawasan yang lebih bermanfaat untuk keluarga
tanah depan ni kami kosongkan je. takde idea yg datang lagi.
pemaju buat longkang kat laman rumah saya ni tak senonoh!
bengkang-bengkok. berlubang-lubang!

Dekorasi Laman | Simenkan laman terbiar menjadi kawasan yang lebih bermanfaat untuk keluarga
ruang longkang di sudut ni memang menggerunkan saya.
sangat tinggi. takut salah langkah, kebebum tersembam ke tanah!
kini dah berubah.

dipendekkan cerita, on kan projek extend dapur, tambah tiles di simen belakang serta tutup longkang sepanjang laman tu. saluran air kami ubah.
👇👇👇 nampak lebih kemas dan selamat. konsep tangga. kalau nak duduk melepak di ptg hari pun ok. nak letak pasu utk hiasan pun ok 👇👇👇.

Dekorasi Laman | Simenkan laman terbiar menjadi kawasan yang lebih bermanfaat untuk keluarga
baru la selesa pandangan mata.
letak kerusi utk lepak petang hari...

Dekorasi Laman | Simenkan laman terbiar menjadi kawasan yang lebih bermanfaat untuk keluarga
pokok-pokok bunga ni berubah-ubah tempat.
ikut sedap mata saya la mana nak letak diorang ni 😃.

Dekorasi Laman | Simenkan laman terbiar menjadi kawasan yang lebih bermanfaat untuk keluarga

halaman tepi ni da boleh dimanfaatkan untuk pelbagai aktiviti keluarga dah. selesa dipandang mata. bahagian belakang tu boleh la jadi tempat minum petang, tempat bbq, tempat Ijat mandi kolam 😄, tempat memasak ke (dapur luar), sidai baju... bahagian depan yang sekarang dah berumput karpet, tambah seri halaman dengan warna hijau. petang-petang boleh la berkaki ayam pijak-pijak rumput.

berjalan berkaki ayam di kawasan berumput, kawasan rata atau pasir pantai, akan bantu beri kesihatan yang lebih baik kat badan kita seperti 😴tidur yang lebih lena, kurangkan rasa murung 😞, baik peredaran darah kat kaki dan hilangkan kesakitan otot 😃. saya pernah tonton satu video oleh seorang Ustaz (maaf tak ingat siapa) bercakap pasal hal ini. ambil la masa dalam 15 - 20 minit, pagi-pagi, pijak rumput berkaki ayam. 

saya ingat fakta ni sebab waktu tu, emak mertua saya baru je baik dari pembedahan tulang pinggul. terjatuh dan tulang retak. masa tu memang suruh bibik bawak emak mertua saya berjalan berkaki ayam di halaman rumah.

Dekorasi Laman | Simenkan laman terbiar menjadi kawasan yang lebih bermanfaat untuk keluarga
elok pula ada sharing dari Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah.
saya memang follower fb DMFK.
"JOM EARTHING BADAN dengan berjalan kaki ayam atas rumput."

nota penting : renovasi rumah saya (penambahan dapur, tembok belakang rumah, awning kayu dan simen di halaman rumah) terkandung dlm pelan arkitek dan telah diluluskan oleh PBT.

👌 bersambung di next entry - cat dinding luar rumah.

...bye!