Monday, July 31, 2017

Anak Bongsu Yang Semakin Bertambah Umurnya

12 comments:
assalamualaikum...

happy birthday to u
happy birthday to u
happy birthday to Muhammad Izzat
happy birthday to u

"moga anak ibu membesar dgn baik, cerdik, sihat, soleh dan bijaksana. dipanjangkan umur agar dpt berbakti kpd ibu ayah, keluarga dan agama."

28.7.2017 lalu =  ulangtahun ke 5 saya melahirkan Imam Muda ni.
28.7.2012, 5 tahun lepas, sesungguhnya hari yg amat indah.
terlerai semua persoalann selama 9 bulan pregnant kan izzat.
it's a boy ! alhamdulillah... 
time pregnant, memohon pada Allah nakkan anak lelaki.
berharap... namun, di sudut hati yg kecik berserah sepenuhnya, "takpe la kalau dikurniakan gegirl lagi sorang. janji sihat cukup sifat."
kuasa Allah mengatasi segalanya. it's a boy !

Anak Bongsu Yang Semakin Bertambah Umurnya - Muhammad Izzat Kamarunnezam
kiriman gambo dari cikgu di skola ptg jumaat lepas.
berbaju melayu coklat lengkap bersongkok 😍.
jajan utk kawan-kawan seramai 80 org jugak saya sediakan.
suka betol dgn plastik tema askar tu 😍. kaler coklat plak tu. ikot tema kek izzat.

Anak Bongsu Yang Semakin Bertambah Umurnya - Muhammad Izzat Kamarunnezam
permintaan izzat = kek boboiboy galaxy.
kek coklat moist. tempah ye semuanya, ibu izzat tak pandai buat kek.

perkembangan izzat... tumbesaran izzat... alhamdulillah sihat dan baik.
bercakap masih pelat di sana di sini.
da hampir 7 bulan belajar di PASTI. byk juga surah lazim yg izzat hafal tau.
tapi tu la, dek pelat nyer, bacaan dia tidak la sebaik anak-anak lain.
but, kita boleh faham tu pun da cukup baik. sebutan ikot standard izzat 😄😄😄.
izzat da pun confirm pendaftaran 6 tahun di PASTI yg sama. saya puas hati 100% dgn tempat blaja izzat ni.
selain drpd menghafaz surah lazim dan doa-doa, izzat suka menulis & mewarna.
tak kurang jugak la bab membaca & mengira.

kita sebagai ibu-ibu zaman 2017 ni, di ambang 2020 ni mesti tahu.
viral dah pun kat fb tentang betapa susahnya silibus darjah satu 2017. aduhai...
anak umur 6 tahun mesti da lancar membaca, menulis dan mengira.
saya ni dah mula berfikir ke arah tu utk izzat. apa perancangan utk izzat tahun depan?
nak melangkah ke arah sekolah rendah 2019 kelak. aduhai...

till then, doa kan ye Imam Muda sorang saya ni terus sihat, cerdik dan selamat sentiasa di bawah lindungan Allah.

😍

Wednesday, July 26, 2017

Dinner Ala Pantai Timur & Boboiboy Galaxy

11 comments:
assalamualaikum...

entry di lewat mlm. dah agak lama tak menaip kat laptop kat umah.
camne? dok layan izzat yg cerdik pintar. layan dia main. layan dia ngaji (ikot mood). layan dia menulis.
takkan dpt on laptop la.
mlm ni x dpt nak buat jagung rebus susu. uruskan hal-hal kek besday ijat. sampai umah lewat.

in shaa Allah, jumaat ni (lusa) izzat akan genap usia 5 tahun.
saya da tempat sebiji kek coklat moist ber edible image boboiboy galaxy.
memang permintaan izzat. nak kek boboiboy galaxy 😉😉😉.

Dear Diari | Dinner Ala Pantai Timur & Boboiboy Galaxy

Dear Diari | Dinner Ala Pantai Timur & Boboiboy Galaxy
edible image ni saya tempah dari member di seremban.
sebab member di sini yg nak buatkan kek izzat tu, tak dpt nak cari edible image boboiboy galaxy.
tak sabar nak tgk kejadian nyer esok ptg.

al kisah ahad yang lepas. dinner tu saya memang plan nak air fry ikan keli 6 ekor.
dan masak sambal daging ulam dgn timun.
nak dijadikan citer, lepas masak sambal daging tu, saya tinggalkan dapur la jap.
menguruskan perkara lain kan sementara saya perapkan ikan keli dgn air asam jawa nak bagi ilang hanyir nyer...
lepas beberapa minit, saya peratikan mr.asben dok kat dapur... potong-memotong. which is a very good sign 😍.


Dear Diari | Dinner Ala Pantai Timur & Boboiboy Galaxy
and yes... mr.asben celur terung, potong timun dan prepare budu

memang terbaik la. ikan keli goreng, ulam-ulaman & budu = dinner ala pantai timur gitu, kan?
sebab kalu kami makan-makan di nasi ulam cikgu, kota bharu, ikan keli wajib amik, budu wajib amik, ulam-ulaman.... then add skit skit kuah singgang.
bertambah-tambah kami anak-beranak makan mlm tu. alhamdulillah.

👍   👌   

Resepi | Jagung Rebus Susu Simple

20 comments:
assalamualaikum...

pagi tadi bandar melaka hujan lebat uolls. alhamdulillah.
lama jugak tak hujan sini. naik kering muka bumi.
sib baik la perjalanan anta anak-anak skola dan nak gi keje semua nyer ok.
takde jem terok. saya lalu jalan belakang.
jalan utama ke ayer keroh, ada pokok tumbang kata nyer di simpang nak ke IPK bukit beruang.
ni hah da kul 1.05 ptg, cuaca masih mendung yg mengundang hujan.

semlm seharian melayani perasaan yg geram dan marah. hingga kurang mood nak buat keje!
kes mahkamah tak berjalan dgn sukses. ada skit halangan uolls 😒. aduhai.

so balik ofis, releks kan minda. tangan gigih la swipe phone google itu dan ini.
terlalu la di satu website mingguan wanita = jagung rebus susu.
"alamak! mcm sedap aje kalau buat kat umah mlm ni."
pe lagi, terus roger mr.asben tercinta, "ayah, tolong belikan jagung."
saya pun, balik semlm terus gi beli few brg utk merealisasikan jagung rebus susu ni.
  • susu rendah lemak dutch lady 400ml
  • cheese 3 keping
  • mentega 3 sudu
  • susu pekat 3 sudu
  • air secawan
  • jagung 2 batang (kerat 3)

Resepi | Jagung Rebus Susu Simple
masukkan semua ke dlm pressure cooker
set d.i.y high pressure 8 minit.

Resepi | Jagung Rebus Susu Simple
alhamdulillah...

komen dari diri sendiri :
  1. manis! 😅
  2. kuah nyer tak pekat 😔 so tak mcm dlm gambo majalah mingguan wanita.

kaedah utk memperbaiki resepi ni :
  • sila la jgn ingkar kpd resepi ye Aida oii... 
  • sila tukar kan susu rendah lemak dutch lady 400ml kpd 1 tin susu cair 😅.

mlm ni kalau takde pe aral, nak try round kedua. menjadik tak.
bila ada pressure cooker ni, da tak amik byk masa nak buat pe pun.
tanpa pressure cooker ni, nak mengukus jagung jer maybe da 30 minit. kan?
pengukus saya plak da takde 😔. memang tak merasa lah kan uolls...
maka, memang la memudahkan kalau ada pressure cooker. terutama ibu mcm saya ni hah.
penyakit M _ _ _ S tu sentiasa berlegar-legar di sekeliling 😂.

mr.asben dan mak saya, both of them memang mempunyai citarasa yg sama.
kuih-muih tradisional, buah-buahan... dan jagung. memang la feveret mereka.
kalau emak dtg, takkan lupa mr.asben belikan jagung utk emak. makan sama-sama 😃.

tgk la mlm ni ekk. kalu menjadi lain skit dari yg semlm, nanti saya inform 👌.
bye!

Thursday, July 20, 2017

Putu Piring 1Malaysia Bukit Beruang | Memang Sedap Puas Hati

9 comments:
assalamualaikum...

mau citer pasal makanan tghari ni.
alhamdulillah... perkara yg sedap perlu dikongsi kan.
esok-esok utk uolls org melaka nak cuba, boleh la cuba. boleh call and order tau.
and utk uolls yg jenjalan melaka, boleh la juga cuba kalau di melaka.

pertama kali saya makan, terus terpikat! tq to my beloved ofismet.
diorang selalu beli makanan utk minum ptg, kalau2 diorang ada keje luar tghari.
kuih-muih la kan kalau da ptg hari uolls.
putu piring ni memang terlalu cepat sold out! stress saya kenang kan nyer.
2-3 kali saya gi nak beli dlm jam 2.30 - 3.30 ptg, da sold out!!! 😡
itu yg selepas-selepas tu, kami order by phone dulu, then amik. confirm dpt makan.

Putu Piring 1Malaysia Bukit Beruang | Memang Sedap Puas Hati
ni memang ler saya suka, gula melaka nyer 😋.


Putu Piring 1Malaysia Bukit Beruang | Memang Sedap Puas Hati
tembam !!!

lokasi nyer di bukit beruang, uolls. sgt la senang nak cari.
kalau dtg drpd arah bkt baru, uolls terus and perhatikan sebelah kiri.
nampak papan tanda arah spt di bawah 👇👇👇, situ la tempat nyer...

Putu Piring 1Malaysia Bukit Beruang | Memang Sedap Puas Hati
gerai putu piring ni sebelum trafik light simpang tiga kat sekolah rendah bukit beruang dan medan selera bukit beruang.

Putu Piring 1Malaysia Bukit Beruang | Memang Sedap Puas Hati
medan selera bukit beruang. kat medan selera ni la jual roti dholl cheese yg marveles.

Putu Piring 1Malaysia Bukit Beruang | Memang Sedap Puas Hati
sila la call no 👆👆👆 utk tempahan.

Putu Piring 1Malaysia Bukit Beruang | Memang Sedap Puas Hati
dia akan pack 5 keping putu piring sebungkus.
1 bungkus = RM3 je la.
saya beli maintain 2 bungkus jer la. setakat 5 beranak aje nak ngap.

situ kalau time ramai org, memang susah nak parking.
moreover jalan bukit beruang tu memang la byk kereta time tghari.
perkara paling best is gerai ni ada buat signage yg sgt membantu tau.

Putu Piring 1Malaysia Bukit Beruang | Memang Sedap Puas Hati
terpampang gini, korang stop and beli la...

Putu Piring 1Malaysia Bukit Beruang | Memang Sedap Puas Hati
hah... kalau gini, jgn la stop. tidak akan dilayan. TUTUP SEBENTAR, MAAF YE.
meskipun uolls tgk gerai masih buka dan masih ada pembeli.
ini bermaksud putu piring nya hanya tinggal sikit.
lebih lagi, jika ramai yg order by phone. kalau lepas tu ada baki utk dijual, baru la tukar signage.

and ada saya lalu yg sold out tu, tapi tak sempat nak snap signage tu = SUDAH HABIS.
😄😄😄 telan air liur aje la uolls. esok ajer la singgah lagi.
sgt bagus pada saya gini. tak perlu la kita stop. matikan enjin. berjalan. dan kecewa!!! 😂😂😂

ok la uolls. sudah abis taip entri. mau gi rehat jap lagi, da nak kul 1 dah. solat zuhur. makan.
ari ni cuaca kat melaka mendung aje. mcm nak hujan, tapi tak turun-turun lagi hujan nyer.

bye 👋👋

Wednesday, July 19, 2017

Mendidik Oleh Terdidik

9 comments:
assalamualaikum...

Mendidik adalah kewajipan bagi orang yang terdidik

semua sedia maklum kan, kalau kita sebarkan ilmu and ilmu tu dimanfaatkan dan dipanjang-panjangkan, besar pahala nya buat kita.
in shaa Allah.
adalah menjadi kewajipan bagi semua orang yang terdidik agar mendidik orang yg lain.
terdidik = mendapat latihan / asuhan / pengajaran yang sempurna
jgn kedekut ilmu. jgn simpan ilmu.
kita ada ruang dan peluang utk mendapatkan pendidikan yg sempurna.
kita mampu mengharungi segala jenis rintangan dlm mendapatkan pendidikan yg sempurna.
semua tu kurniaan dari Allah kan 😃. dtg dari Allah, wajiblah kita berikan semula kpd yg lain, bukan milik kita pon.

blogging. dgn blog, kita engaged readers dan kita berkomunikasi. komen secara berhemah.
taiplah semua yg baik-baik. komunikasi lah secara ilmiah agar ia dpt beri manfaat.
jgn kata bersosial blogging ni takde manfaat tau uolls. very wrong! nowadays, blog merupakan sumber rujukan yg tak kurang pentingnya.
mendidik secara blogging adalah sesuatu yg santai zaman skang ni. i like .

pernah terbaca. 
"orang yg beradab dan berilmu tidak akan tinggal di kampung, merantaulah. tinggalkan negerimu dan sebarkan ilmu."
betapa la pentingnya lah kita ni sebarkan ilmu.
lagi byk kita memberi, akan lagi byk kita menerima in shaa Allah 👌.
tak kira apa pun background pendidikan kita, kerjaya kita, kelayakan kita...
kerana setiap org itu adalah pakar dlm bidangnya. setiap org adalah mahir dlm perkara yg selalu dilakukannya. setiap org adalah arif dlm bidang yg selalu dikajinya.
guru = dlm perkara-perkara akademik di sekolah.
doktor = dlm bidang perubatan merawat dan mencegah penyakit.
peguam = dlm bidang perundangan.
pegawai bank = dlm urusan-urusan perbankan.
akauntan =  dlm perkara-perkara berkaitan perakaunan, statistik atau ekonomi.
chef = kepakaran dlm memasak, kenalpasti bahan yg sesuai utk masakan yg sedap dan sihat.
jgn tak tahu, sekarang ni seorang ibu pun merupakan seorang yg terdidik tau.
contohnya, ikuti kursus utk ajar anak membaca cara fonik, kursus memasak. kursus menyusukan anak, kursus menjahit... dan yg berkaitan.

cari ilmu tu tiada sempadan masa, umur, topik, bangsa... antara nak atau tak aje.
maka, bila da berilmu, terdidik, terlatih = kongsi... kongsi... kongsi...

👍😍

Tuesday, July 18, 2017

Mini Giveaway : Duit Raya

4 comments:

::: hanya 2 orang pemenang dicari :::
first place | cash RM30 😍 second place | cash RM20

Hak Jiran | Kita Wajib Hormat !

8 comments:
assalamualaikum...

pagi selasa =  24 Syawal.
semlm ada jamuan raya di dept saya. ari ni pun, jap lagi nak gi jamuan raya dept lain.
makan.... makan.... makan.... alhamdulillah di beri nikmat gini.
berjumpa kawan-kawan se ofis dlm keadaan yg berbeza.
jamuan makan, uolls tau la kan... makan sama-sama, cerita-cerita pasal raya, gelak ketawa sama-sama.
memang best. selain masa ni, kalau jumpa mesti hal keje aje.
muka masing-masing pun ketat semacam 😄😄😄.
time beraya ni adalah time kita eratkan sillaturrahim. sharing cerita yg gembira... 👍

Hak Jiran | Kita Wajib Hormat !

jiran tetangga kita ni adalah dikatakan 40 sebelah menyebelah umah kita.
dan ada yg tambah 40 ke depan dan ke belakang umah kita.
pendek kata = 40 jiran tetangga keliling umah kita la kan. semua ni wajib kita berbuat baik.
elakkan diri kita dari melakukan perkara-perkara yg boleh menggugat keharmonian jiran tinggal di situ.

dlm tak sedar kekadang tindakan kita tu sebeno nyer menyakiti jiran dlm senyap.
iye la. ada jenis jiran yg pendam. sebab dia tak nak cari gaduh dgn jiran yg lain.
pada saya, kalau jiran jenis gini, dia sabar dan dia maafkan jiran yg buat tak betol tu.
selagi dia boleh sabar... selagi tu dia boleh memaafkan.
tapi, bila mana kesabaran dia dah di tahap maksima, normally jiran ni akan bersuara.
bila dia bersuara, masa tu la kita ni kena amik perhatian. kita kah yg telah menyakiti dia?

sabda Rasulullah s.a.w. : "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka janganlah dia menyakiti jirannya."

ada juga jiran yg langsung takde sabar, takde timbangrasa, takde tolak ansur.
sekali kita buat (tak sengaja) terus dia sembur kita dgn kata-kata yg kasar... adoihai 😡.
tak sempat kita nak explain kenapa bagaimana apa... dia dah naik hangin dah.
nak buat camne, kita mengalah ajer la... marah + marah = gaduh nanti!

paling susah = jiran yg da kena tegur tapi tak berubah. sebaliknya kita pula yg dipersalahkan.
zaman sekarang, dah ada wasap group. hadoi! dlm tu la jiran ni share kata-kata pedoman, kata-kata hikmah. 
semua menjurus kpd nak perli kita 😔.
kalau tak nak perli pun, kita sendiri terasa... sape makan cili, dia la terasa pedas nyer kan.
tak tegur, kita yg serba salah, da tegur, kita plak yg nampak bersalah! Allahu Akbar...

and cara nak menegur, tegur la dgn sopan dan berhikmah.
tegur la cara personal, kalau boleh. jgn la terang-terangan dlm group wasap.
tak ke jiran yg berkenaan tu terasa malu dan segan???
tak ke jiran yg berkenaan tu naik marah jugak kerana malu ditegur??? lelebih plak, sebeno nyer perkara tu tak salah pun, tapi jiran yg marah tu yg senget!!!
ni semua bakal mengundang ketidakharmonian sesama jiran tetangga...
bakal rosakkan hubungan sillaturrahim akhirnya....

sabda Rasulullah s.a.w : "Sesiapa yang ingin diluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, maka sambunglah tali sillaturrahim."

mcm2 masalah yg memungkinkan jiran sesama jiran tidak sehaluan :
  1. parking kereta tanpa izin
  2. bunyi bising di tgh malam
  3. buang sampah merata-rata
  4. bela kucing dan tak reti jaga kucing
  5. anak-anak masuk keluar rumah jiran tanpa izin
  6. menghalang kebebasan jiran kuar masuk rumah
kita tak boleh anggap semua jiran adalah sama.
kita tak boleh anggap jiran terima apa pun yg kita buat sebab tu rumah kita, bukan rumah dia.
kalau gitu, dok aje la kat hutan! boleh buat apa pun yg disukai.
harimau... gajah... singa... beruang... semua tu tak tahu camne nak komplen 😒.

aduhai... jiran oh jiran. 
saya syg kejiranan saya. best. kami buat family day few times.
dah lebih 10 thn dah dok umah skang ni. anak-anak yg dulu baby, now semua dah bujang / dara.
kami dah mcm keluarga.
but tu la... manusia ni berubah ikot angin. sedangkan adik-beradik pun bergaduh selisih faham, inikan pulak sesama jiran, yg bersaudara atas nama Islam saje, tiada pertalian darah pun.

ok. tu jer la nak sembang pagi ni. peruntukan 15 minit utk blogging dah tamat.
mau gi makan-makan jamuan raya 😄.
bye 👋👋.

Monday, July 17, 2017

I AM BLOGLISTED BY MRS PIP #2

6 comments:

"segmen ini berlangsung bermula 3 Julai sehingga 20 Julai 2017 @ 2 petang, dan senarai penyertaan akan diumukan pada 22 Julai 2017"

😄😄

Friday, July 14, 2017

Izzat Berhari Raya Bersama Cikgu & Kawan-Kawan

9 comments:
assalamualaikum...

sepagi hari ni, izzat beraya di sekolah bersama cikgu dan kawan-kawan.
pakai baju melayu coklat, bersampin & bersongkok lengkap.

Izzat Berhari Raya Bersama Cikgu & Kawan-Kawan
gambar kelas tahun 5 saidatina khadijah.
izzat, no.1 duduk dari kiri.

Izzat Berhari Raya Bersama Cikgu & Kawan-Kawan
izzat, no.5 duduk di kerusi dari kanan.

Izzat Berhari Raya Bersama Cikgu & Kawan-Kawan
Izzat Berhari Raya Bersama Cikgu & Kawan-Kawan
aneka makanan disumbangkan oleh para ibu bapa.
saya bekalkan izzat 3 jenis kuih raya.

dah pesan pada izzat, "nanti cikgu akan ambil gambar izzat dan kawan-kawan, izzat jgn lupa senyum ye. baru la comel."

😄

😍

Anugerah Terindah | Nurin Nazihah

15 comments:
assalamualaikum.

jumaat. 20 syawal.
alhamdulillah. bangun pagi tadi, anak-anak bertiga semua sihat.
ibu ayah nyer pun sihat. maka, weekend ni menjadik la kot plan beraya lagi 😎.

tengahari jumaat ni nak la bercerita santai-santai. pasal puteri sulung saya yg cantik jelita sorang ni.
23 feb lepas = 12 tahun. dah pun ada kad pengenalan.
tahun ni nak amik UPSR in shaa Allah.

Anugerah Terindah | Nurin Nazihah
tahun 2016, darjah 5, UPKK nurin sukses grab 8A.
punyer la happy sekeluarga. berbaloi usaha nurin belajar dan belajar dan belajar.
tak pernah share kat fesbuk dan blog hal 8A ni pun. now baru dedahkan 😄.

diakui, nurin ni adalah seorang pelajar yg sederhana saje.
result sederhana. bila gitu, pada saya, proses pembelajaran kena berterusan.
tak la mcm anak-anak yg genius. boleh lepak main games 1-2 hari before exam.
anak saya tak begitu. sama mcm saya la dulu. like mother, like daughter.
jenis yg kena belajar dan belajar dan belajar dan belajar... selagi hayat dikandung badan.

saya sbg ibu standard lah kan, dok pressure anak belajar dan belajar dan belajar.
bagi dia tekanan... but dlm pada beri tekanan, saya selitkan ruang dia bersukaria.
pastu, standard lah kan, bagi dia tekanan lagi...
pernah inform sebelum ni kot, kat entri mana ntah, saya ni ibu yg exam-oriented.
no matter what. no matter how. "ibu nak tgk result. dari situ ibu kasik ukuran prestasi awak."
tapi... tu la. keras camne pun seorang ibu tu, at the end lembut jugak.
anak tu tgh belajar.... "kakak, dah tu. tutup buku tu. jom dok depan ni tgk tv dgn ibu..."
sebab satu sudut hati saya kata, kalau dah takat tu aje anak tu boleh terima, terima ajer la.
lagi kita tekan. lagi kita paksa. takut anak tu meletops nanti time nak exam! lagi bahaya.

Anugerah Terindah | Nurin Nazihah
❤ gambar last weekend kami berdua  

dari pengamatan saya, nurin kuat bab menghafal. very good.
terutama bab-bab pelajaran agama. alhamdulillah...
sgt teringin nurin masuk skola agama... tapi tu la. takde plak skola agama dekat-dekat sini.
memang tak lah izinkan nurin masok asrama, jauh dari ibu. a BIG no lah!
"ibu need you, kakak. selama mana kakak boleh ada depan mata ibu, selama tu la ibu nak jaga kakak."

Anugerah Terindah | Nurin Nazihah

dan one thing yg saya kekadang terasa sgt sayu dgn anak sulung saya ni, kalau saya suruh dia buat apa-apa (termasuklah baca buku), dia takkan bantah.
dia akan follow aje. tak bersuara. sunyi aje. meskipun sometimes saya nampak riak muka dia lain mcm (tak puas hati ler tu).
kalau saya kata, "kakak baca dan faham kan mukasurat ni hingga yg ni. ibu bagi masa 30 minit. apa-apa nanti tanya ibu."
selama 30 minit tu la dia akan akur. takkan tertido. tak minum air. tak berganjak dari meja.
deep dlm hati saya, alhamdulillah...

now, dah tiba hari-hari akhir menjelang UPSR 2017.
saya dah detect pon subjek apa yg nurin perlu lagi latihan. saya akan bantu nurin hingga ke tahap yg nurin perlukan saya.
now bukan lagi time saya biarkan dia membaca sorang diri.
now bukan lagi time nyer saya beri tekanan pada nurin.
saya ada cara baru = ulangkaji bersama. kita ronda topik yg agak susah / kurang faham.
santai... lepak... ceria... meskipun saya ni sebeno nyer bukan begitu, cara saya keras 😠.
but... kita boleh berubah ikot keadaan kan 😍😍😍. in shaa Allah...

ok bye. tu jer la nak citer. luahan perasaan gitu 👌👌👌

Thursday, July 13, 2017

Resepi | Kari Ayam Sugawa Pressure Cooker

14 comments:
assalamualaikum...

😄😄😄 citer pasal pressure cooker lagi hi hi hi...
benda baru ler kata kan. tu yg dok ngejas tiap hari.
mau kasik try tiap hari. iye ke menjadik? iye ke best? iye ke cepat? 😁

isnin tu kan saya da test buat nasi goreng dlm pressure cooker.
selasa saya test masak nasi putih. beras & air ikut sukatan biasa.
adakah akan jadi spt biasa? cepat tak?

Resepi | Nasi Putih Sugawa Pressure Cooker
kejadian nyer sempurna. as usual.
tekan menu RICE yg da di auto-setting 12 minit 😃.

try masak nasi putih ni bukan nyer apa... kalau-kalau kemudian hari nanti ada tetamu. ramai plak tu. 
tetiba kehabisan nasitime tgh makan-makan 😓😓😓. tak ke haru???!!!
so memang mudah la ada pressure cooker ni hah. 12 minit, kira cepat lah tu kan.
ada yg saya baca review pressure cooker lain, 8 minit aje masak nasi. lagi cepat 👍.

semlm ptg, saya try plak masak kari ayam. bahan tumis semuanya spt biasa :-
  • bahan tumis 3 beradik
  • 3 bwg kecil dihiris
  • 4 bwg putih dihiris
  • halia 1 cm dihiris
  • serai diketuk (dlm peti ais ada 1 btg serai aje)
lain-lain aksesori kari = 2 biji kentang (medium size), ayam 1/2 ekor, santan 1 kotak, asam keping 2 dan garam secukup rasa 👌.


Resepi | Kari Ayam Sugawa Pressure Cooker

saya guna menu MEAT yg da di auto-setting kpd 21 minit.
2-3 minit yg pertama, tanpa tutup periuk, saya tumis bahan semua tu dulu sampai naik bau.

Resepi | Kari Ayam Sugawa Pressure Cooker

then masukkan serbuk kari faiza 2 peket (da jadikan pes). goreng garing.
saya tak campur dgn ciliboh tau. tak nak pedas.
da garing, baru la saya masukkan ayam, santan 1 kotak, kentang dan asam keping 2.
kacau kasik rata and terus tutup periuk tu. then baru la saya peratikan 21 minit tu mula.
yes. telah terbukti, meskipun takde button STIR-FRY mcm noxxa or button BAKE mcm philips, saya boleh menumis juga kat sugawa pressure cooker. tq youtube 😄.

after 21 minit, bib bib bib berbunyi tanda siap. kuarkan pressure dulu.

Resepi | Kari Ayam Sugawa Pressure Cooker
siap...
boleh la test rasa. tambah garam jika perlu. tutup and KEEP WARM.

mesti uolls kata kan = "ek'eleh, sama je mcm masak kat piuk biasa, tumis jugak."
iye. sama je cara masak nyer uolls. and mungkin ayam ni, tanpa pressure cooker pon, boleh aje cepat masak.
saya pun time tgk youtube, saya komen yg sama. but satu sudut yg saya terasa beza skit ialah utk jangkamasa lebih kurang 20 minit tu, kita boleh biarkan kari kita tu masak sendiri.
ayam & kentang empuk sempurna.
tak perlu standby tepi periuk kacau kacau. peratikan api kecik ke besar ke.
after 20 minit tu pun if kita tak buka pressure cooker, takde masalah. ia akan keep warm.
hingga la time nak makan nanti 😄. jgn la risau kuah kering ke hangus ke...
kita amik angle yg positif. terutama kat kita-kita yg bekerja ni.
benda yg memudahkan ada, buat pe kita nak susah-susahkan diri? tak gitu?

ok la. masa dah time. perlu pen off kat sini. bye .

Wednesday, July 12, 2017

Aidilfitri | Tonton Program TV vs. Pergi Beraya Ziarah Sedara-Mara

20 comments:
assalamualaikum...

ptg rabu nan indah. ari ni cuaca agak mendung sejak dari pagi td.
saya dok ngadap komputer drafting documents, dok berdoa dlm hati.
"jgn la hujan... jgn la hujan..."
sebab nyer, tghari tadi turn saya amik anak-anak balik skola.
kalau hujan, trafik lalulintas nak ke sana tu akan sedikit berat. dan amik masa lama di jalan.
sian lah kat anak-anak dara saya berdua tu.
and alhamdulillah, cuaca mendung maintain... awan tumpang berarak aje kot di jajahan bandar melaka ni 😃.

pagi td sempat la saya blogwalking few blogs. entry Azhafizah ni menarik perhatian saya.
terus lah dpt idea nak taip entri ni ptg gini... 

Aidilfitri | Tonton Program TV vs. Pergi Beraya Ziarah Sedara-Mara
anak-anak wefie di pagi raya pertama.
team coklat & team biru.
riuh-rendah rumah emak dek pe'el cucu-cucunya.
mana yg nak susu... mana yg tak nak mandi... mana yg sibuk nak pakai tudung...
ada jugak scene melalak 😐. sabo jer lah.... kul 9 pagi semua da wajib siap gi beraya.

frankly speaking, dari saya kecik-kecik dulu, emak abah saya dah terapkan semangat beraya dgn cara berjalan ziarah sedara-mara.
pepagi raya kami adik-beradik da gojes and hensem dgn baju raya.
meriah... jumpa sanak-sedara. memang takkan la dok umah seingat saya.
tapi tu la... zaman saya kecik-kecik dulu, astro takde 😂. drama ala-ala aje time tu.

Aidilfitri | Tonton Program TV vs. Pergi Beraya Ziarah Sedara-Mara
ni suasana di rumah makcik saya. lepas selesai solat sunat aidilfitri, ke sini lah kami.
kampung kami. rumah abah rumah taman, dekat pekan.
so, sini la tiap pagi raya kami berada. rumah di tepi pantai. keliling memang rumah sedara mara.

saya memang tak amik peduli langsung tentang program tv.
kalau tgk iklan tu, just amik tahu tang tajuk aje. if ianya disiarkan time raya, siang ke mlm ke, memang tau da takkan dpt tgk.

then, abis beraya dgn side saya, raya kedua, sebelah ptg, dah pun bersama keluarga mertua.
anak-anak saya da berjumpa dgn sepupu-sepupu side mr.asben plak.
tak kurang meriahnya.
kemeriahan tu kita yg cipta kan?
abg-abg ipar saya pun semuanya kaki jalan, ziarah-menziarahi.
mcm thn ni, raya kedua tu kami konvoi gerak ke JB. hingga ke tgh mlm masih beraya uolls.

Aidilfitri | Tonton Program TV vs. Pergi Beraya Ziarah Sedara-Mara

Aidilfitri | Tonton Program TV vs. Pergi Beraya Ziarah Sedara-Mara

aidilfitri ni sgt special bagi saya. masa yg sgt bermakna.
it is time kita ziarah-menziarahi riang gembira, berkunjung tanpa ada tujuan yg spesifik.
just utk ziarah. berjumpa. bertanya khabar... masak-masak. makan-makan.
masing-masing berbaju baru. gaya baru.
anak-anak yg semakin membesar, time ni la diwajibkan ikot emak abah masing-masing.

Aidilfitri | Tonton Program TV vs. Pergi Beraya Ziarah Sedara-Mara

Aidilfitri | Tonton Program TV vs. Pergi Beraya Ziarah Sedara-Mara
dah tgh mlm, masih lagi wefie di tgh jalan.... raya kan, pe ada hal 😄

weekend ni pun in shaa Allah, program berjalan raya kami still on.
ke mana? lom boleh pasti kan. dgn izin Allah, dipanjangkan umur, moga sukses plan nyer.
saya nak terapkan dlm hati anak-anak saya bhw raya adalah satu masa yg kita kena ziarah sedara & kawan2.
saya tiada halangan utk anta anak-anak ke rumah kawan-kawan diorang, kiranya diorang nak.
ni la masanya utk diorang berjumpa selain drpd di skola, kan...

program tv yg meletops tu?
saya rasa, sampai skang ni pun ntah brape kali dah diulang tayang abg bomba raya, suri hati pilot raya, tn anak raya, jihan tak nak beraya, jihat tak nak buat open house, sepahtu mercun raya, ..... byk lagi la.
so pe ada problem tak tgk tv time raya? kan...

so uolls, ada lagi 2 weekend dlm bulan syawal. bangkitkan la kemeriahannya ye.
kipidap!
👌  👍  😍

WW | My Family Photo Syawal 2017

17 comments:
WW | My Family Photo Syawal 2017
❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
WW | My Family Photo Syawal 2017