assalamualaikum & salam sejahtera...
Ramadhan ke-15. alhamdulillah...
setelah berbelas tahun saya tak complete solat sunat terawikh, kini, dgn izin Allah, penuh 15 mlm 😌.
rasa sgt excited. lelebih lagi sebab selama 15 mlm tu berjemaah dgn mr.asben & anak-anak, termasuk Izzat. umur 7 thn da complete solat sunat terawikh.
mlm ni solat sunat witir dah pun bermula dgn doa Qunut 😊. moga teruslah kita semua tetap dlm tunaikan solat sunat terawih & solat sunat witir, kan. PKPB masih berbaki beberapa hari ni.
boleh la siang rehat-rehat. mlm kita berjemaah dgn keluarga 👍.
dah beberapa hari, saya & anak-anak layan drama Korea lama, Dr. Romantic - Teacher Kim.
biasa nyer ptg lepas Zuhur hingga ke jam 5 ptg gitu kami anak-beranak tonton drama ni back-to-back. then sambung lepas solat sunat terawikh.
so sambil-sambil layan drama ni kat tv, jari-jemari ni laju la menaip update blog.
suka nak share kisah masak-memasak dgn semua. sementara berpeluang memasak setiap hari.
esok-esok keluar arahan masuk keje, ntah ntah tak sempat dah nak lepak dapur 😅.
brg basah pun dah top up semlm. ada la bahan utk dijadikan lauk utk 4-5 hari. mcm2 dah plan dah ni dlm fikiran. moga sukses lah kan pelaksanaannya.
Ramadhan ke-6, saya hampir-hampir tak masak tau. kepenatan.
dari tghari kami sekeluarga potong rambut 😃. mr.asben potong rambut Izzat pada awalnya.
then, kak Nurin tolong potong rambut ayahnya. sebab pakai mesin gunting rambut tu, so saya tak brape berani 😀😀😀. kak Nurin la yg menjadi mangsa menggondolkan rambut ayahnya.
lepas tu, menjangkit plak mr.asben gunting rambut kak Nurin, Syuhada dan saya. sekeluarga semua berambut pendek 😄.
dari tghari hingga ke ptg semua tu. mengemas laman lagi, gunting rambut kat luar kan. letih!!! dah terfikir nak beli makanan kat luar je, order online ke apa ke.
tapi tu la... lastly mr.asben keluarkan idea 👇👇👇. menu ringkas di abad ini di bulan Ramadhan hi hi hi hi..
sambal sardin
telur dadar & bayam merah tumis air
simple aje. jimat duit ha ha ha ha ha...
[baca juga👇]
- Menu Berbuka Ramadhan pertama
- Menu Berbuka Ramadhan ke-2
- Menu Berbuka Ramadhan ke-3
- Menu Berbuka Ramadhan ke-4 dan ke-5
Ramadhan ke -7, ada masa. ada ruang. memang dah plan dari semlm nyer. menu org Pahang plak.
ikan tenggiri masak tempoyak Siti Nurhaliza's style.
ikan tenggiri di perap sekejap dgn tempoyak.
saya namakan ia ikan tenggiri masak tempoyak Siti Nurhaliza's style sebab saya follow style perap ikan dgn tempoyak. korang boleh tgk la YouTube Siti Nurhaliza 😄.
then baru dimasukkan bahan-bahan lain. resepi asal ada di ENTRY NI ye. just kelainan cara-cara nak buatnya :
- kunyit hidup & cili padi 👉 tumbuk halus.
- then, dlm lesung batu yg sama, masukkan tempoyak. lenyek-lenyekkan sekali dgn kunyit hidup & cili padi tadi. lenyek gaul sebatikan semua 3 bahan tu.
- dlm periuk 👉 masukkan bahan yg da dilenyek-lenyek tu dan ikan tenggiri (kalau dpt ikan patin lagi best). gaul mesra bahan dan ikan biar rata. biar la kejap beberapa minit. bak kata Siti Nurhaliza, nak bagi ikan tu mesra dgn tempoyak.
- then, baru masukkan air, daun kesum & asam keping. masakkan sampai mendidih sekali. kepekatan tu agak-agak.
- SIAP 😋😋😋...
ayam masak merah
pengat labu
pertama kali saya buat pengat labu. selalunya pengat pisang. follow resepi di ENTRY NI je. tukarkan je pisang kepada labu.
RESEPI PENGAT LABU YANG MUDAH
bahan-bahan :
- 1/4 biji labu - potong kecil-kecil, mudah empuk dan mudah makan
- 1 kotak santan 200 ml)
- 100 g gula melaka
- 1 sudu besar gula pasir
- 2 cawan air
- 1/2 cawan sagu
- 2 helai daun pandan
cara-cara :
- sagu tu cuci dulu. rendam dlm beberapa minit. tapis dan ketepikan.
- masukkan air, labu, gula melaka dan gula pasir dlm periuk and kacau hingga gula melaka dan gula pasir mencair dan labu empuk.
- then, masukkan sagu dan daun pandai ke dlm periuk. kacau jap aje. jgn sampai labu nyer lembik plak kan.
Ramadhan ke-8 pulak, tiada nasi. sahur je saya masak nasi dan makan dgn sambal goreng.
buat roti john dan pengat pisang. air teh-o panas-panas 😋.
resepi mudah roti john ada di ENTRY INI ye. sila la klik.
cuma extra kali ni saya letak sos blackpepper ala ikea ohsem saya.
lumayan!!! mengenyangkan...
pengat pisang.
semlm nyer pengat labu kan 😄.
alhamdulillah...
abis dah perkongsian saya.
moga beri manfaat ye 😍.
18 Comments
Kejap dah setangah bulan puasa kann....tau-tau nanti nak raya dah, lagu raya pun dah masuk dah...sampai tak tau nak masak apa, nasib juga kawan-kawan rajin up menu, boleh laaa curi idea masak hehehehe
ReplyDeleteAlamak baru pukul 4 petang...xsbar rasanya
ReplyDeleteSambal sardin tu yang paling layan tu sekali sekala makan memang layan. Simple tapi dah cukup dah kalau dapat makan dengan nasi panas
ReplyDeletesemuanya sedap..:)
ReplyDeleteHikmah COVID-19.Menyatukan banyak hati.Merapatkan banyak saf-saf kecil di kediaman kan..alhamdulillah.
ReplyDeletesedapnyaaa masak tempoyak. memang all time favourite. terliur tengok
ReplyDeleteAlhamdulillah
ReplyDeleteselamat berbuka puasa
Rajinnya ada dsiry menu ramadan. Saya tak ingat dah masak apa tp yg pasti harus masak kuih utk berbuka.
ReplyDeletewahh pelbagai hidangan! tak lama dah nak habis puasa.. kejapnya masa berlalu ni.
ReplyDeleteRoti john..sedapnye. belum makan lagi sejak puasa ni 😅
ReplyDeletealhamdulillah semuanya sedap2. kenyang perut suka hati. thanks sharing this
ReplyDeleteAlamak pengat pisang.. Dapnya.. Kena cari pisang la lepas ni buat.. Teringin pulak..
ReplyDeletewah hidangan berbuka dia..biarpun simple tapi tetap meriahh suka tengok heheheh
ReplyDeleteWahhh, meriah belaka menunya.
ReplyDeletesedapnya menu aida
ReplyDeleteBest meriah dapat berbuka puasa macam ni buka sahaja banyak juadah malah dapat makan dengan keluarga ramai-ramai waaaa rasa nak balik kg makan ngan familt huhuhuhu...
ReplyDeleteMenarik menu2 semuanya..homemade roti john with blackpepper sauce 👍
ReplyDeletepengat pisang tu tak berjaya buat masa Ramadan.. sedih.. huhuhu..
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.