Saturday, March 31, 2018

Buah Tangan Dari Mekah ::: Apa Sangatlah Yang Kita Harapkan...

10 comments:
assalamualaikum korang πŸ˜ƒ

pagi sabtu. korang ada plan nak ke mana ari ni?
dok rumah aje?
memana pun, confirm bersama-sama anak-anak dan suami / isteri, kan... rumah ku syurga ku πŸ’š.
selagi kita bersama-sama, selagi tu la tempat itu membahagiakan, kan? in shaa Allah.

nak kasik tau ni --> saya da selamat sampai Hatyai, Thailand pagi tadi. alhamdulillah...
tak dpt nak citer pasal holiday ni lagi, dlm bas ni hah πŸ˜…... mau update blog cecepat jer dgn citer lain dulu. agar blog kecil ni tak sepi.

mengerjakan umrah / haji di Mekah, mesti kalau mampu.
as for saya, belum rezeki jejak kaki ke tanah suci. in shaa Allah...
suka dgr kalau famili / kawan-kawan dpt ke Mekah tunaikan umrah.
nowadays, di umur saya ni, semakin kerap mendpt perkahabaran gembira ni.
syukur...

and kiranya mereka balik ke tanahair, normally akan ada buah tangan.
mereka ke sana beribadah, jgn la kita ni simpan harapan mendpt apa-apa pun.
cukuplah sekadar doa kita ni disampaikan di sana... agar kita ni dipercepatkan jejak kaki ke sana.

ni la buah tangan dari Mekah yg saya sgt suka.
semua ada aje di sini... boleh aje beli pada bila-bila masa.
tapi, ini dari Mekah. Allahu Akbar, hati ni berbunga-bunga menerimanya.
kecil... tapi penuh makna.

pemberian jiran.
alhamdulillah, dia sekeluarga selamat pergi dan selamat balik.
gembira saya dgn rezeki dia.
rezeki saya? pasti akan dtg skit masa lagi 😌😌😌.

Friday, March 30, 2018

Pasar Besar Melaka : Wajib Cuba Makan Nasi Gunting

26 comments:
assalamualaikum πŸ˜€

pagi jumaat yg indah. selak tingkap, tgk cuaca pagi ni cantik sgt.
best nya. alhamdulillah...
nak celoteh skit pasal makanan special di Melaka. makanan pasar!

boleh jumpa di Pasar Besar Melaka.
skang pasar da pindah ke Bachang, berhadapan dgn Kipmart.
hampir semua gerai yg dulunya berniaga makanan di pasar lama, masih ada di pasar baru ni.
terutama --> Nasi Gunting.

Pasar Besar Melaka : Wajib Cuba Makan Nasi Gunting
teruslah nak citer kenapa dinamakan Nasi Gunting.

ianya simple...
nasi putih + telur asin + timun + cili hijau + kuah + sambal.
yg utama adalah daging lembu dan bahagian dalaman lembu yg semuanya digunting terus ke pinggan.
kalau korang gi, proses gunting tu on the spot aje. dari kepingan yg besar, akan gunting-gunting ke pinggan.
simple aje... so memang tak sama besar lah semuanya πŸ˜„.

Pasar Besar Melaka : Wajib Cuba Makan Nasi Gunting

seingat saya kedai Nasi Gunting di da wujud sejak saya kekecik dulu.
first time abah bwk saya gi makan situ, sekitar umur saya 6-7 thn di pasar lama depan Courts Mammoth dan bus station. masa tu saya tak suka langsung nasi ni!
waktu tu, perniagaan ni dijalankan oleh arwah ayah kpd owner yg sekarang, according to abah la.
abah kalau ke pasar, memang wajib merasa sepinggan Nasi Gunting. abah kenal dgn owner tu.
and saya... tersuka tanpa sengaja plak kat nasi gunting ni bila da besar.

so sekarang, turn saya & mr.asben plak gi pasar ni, kami pun dah bergelar ibu ayah kan...
kalau ke pasar, saya plak wajib breakfast dgn nasi gunting πŸ˜‹.

Pasar Besar Melaka : Wajib Cuba Makan Nasi Gunting
ni la gerainya di Pasar Besar Melaka.
nampak kan periuk kat bucu kiri bawah tu? situ la proses menggunting & menghidang dijalankan.

kalau-kalau ke Melaka, cuba la. tapi gi la pagi-pagi. cepat habis!!!
dah namanya pasar kan, wajib la berpagi-pagian... bungkus pun boleh ye korang.

orait. setakat tu je perkataan yg saya dpt taip pagi ni.
nak gi kelas 😊. bye πŸ‘‹

Wednesday, March 28, 2018

Wajib Buat Menjelang Aidilfitri

11 comments:
assalamualaikum semua...

salam 10 Rejab 😊. skit lagi nak tiba Ramadhan.
yes yes yes... saya da abis ganti puasa. kalau ada yg bertanya hi hi hi hi πŸ˜ƒ...
now in progress bantu anak-anak dara mengganti puasa diorang plak.
mereka tak boleh sgt dipaksa. dgn cuaca tak menentu now ni, kena consider aktiviti harian diorang di sekolah.
in shaa Allah, skit hari aje diorang tinggal utk diganti.

Sebab tu la tak nak simpan baju2 yg tak dipakai mmg akan dihisab.

bila da nak Ramadhan ni, standard lah kita org pompuan, dok fikir perihal baju raya, tudung raya, kuih raya, kasut raya... kekadang bukan utk kita sendiri pun!
utk anak-anak.
utk suami.
rumah...
itu yg nak share hari ni πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡ saya tampal dari sharing mak sedara di grup whatsapp.


☺☺☺☺☺☺☺


Peringatan utk isteri,  keluarga dan sahabat2 saya. Mari renung2kan.  
Adakah kita dalam golongan ini. Mungkin ada yg tidak tahu dan ada yang dah tahu. 
Semoga ilmu yg disampaikan dapat kita menafaat dgn sebaik2nya. 

πŸ‘žπŸ‘”πŸ‘•πŸ‘–πŸ‘ πŸ‘‘πŸ‘’πŸ‘šπŸ‘˜πŸ’°πŸ’ΆπŸ‘›πŸ‘œπŸ‘‘

Keluarkan smua baju2 yg bersusun dlm almari.
Keluarkan pinggan mangkok yg sekadar hiasan.. 

Astaghfirullah 😒

Seorang ustaz ada berkata dalam kuliahnya...
Katanya, Simpanan2 itu akan ada Hisabnya di hari kemudian.
Astaghfirullahal 'Azim...
Aduuh..!!!
Misalnya... simpanan telekung yang tak dipakai,..baju-baju yang beli banyak tak di pakai..
simpanan yang lain... aduhhh....

Ada blaus cantik yang saya jahit tapi Tak pernah dipakai….
ada kain yang di beli Tak pernah dipakai..,
ada puluhan tudung entah bila mahu dipakai….
Ada banyak selendang yang hanya sesekali saja dipakai…
Ada kasut sampai berdozen..
Ada sandal selemari,
ada beg tangan segudang…
Ada perabot yang tersimpan cantik di stor, masih bagus , tak pernah dipakai dan tak ada rencana utk dipakai….
ada gamis2 1 lemari,
ada baju dinner yang entah bila mahu dipakai..

Ada….Tupperware2 penuh lemari yang hanya sebagai perhiasan. 
Ada………
Ada………
Ada………
Ada………
Ada………
Ada………
Ada………
(Masih panjang listnya...)

Yang kita pakai dan kita Sedekahkan itulah yang bermanfaat..!!!
yang hanya jadi simpanan atau koleksi2 yang tak dipakai kelak akan di Hisab..
Yang akan Menyusahkan diri kita sendiri..!!!

Kerana semua yang di beli berawal dari Nafsu..!!!
Nafsu ingin mempunyai ini.....itu.....
lihat orang punya..
ingin beli juga…
walau Tak berguna bagi diri kita…,
Ternyata saya masih termasuk golongan orang yang menumpuk-numpuk barang πŸ˜ͺ
Dan semua itu pasti akan di HisabNYA
(perhitungan) kelak di akhirat…. .

Astaghfirullahal 'Azim..
Astaghfirullahal 'Azim..

Rasulullah bersabda :
“Wahai segenap wanita, Bersedekahlah,
dan Perbanyaklah Istighfar, sebab aku melihat kalian sebagai majoriti penghuni neraka.”
Perlu diingatkan…!
bahwa sedekah menghapus dosa, sebagaimana air mematikan api.

QS. At- Taubah .Ayat 35
~(ingatlah) pada hari ketika emas dan perak dipanaskan dalam neraka jahanam,
~Lalu dengan itu diseterika dahi, dada dan punggung mereka (seraya dikatakan) kepada mereka,
“inilah harta bendamu yang kamu simpan untuk dirimu sendiri..,
~Maka rasakanlah
(akibat dari) apa yang kamu simpan itu.

QS. Al-Baqarah . Ayat 195
~Dan belanjakanlah (harta bendamu) dijalan Allah,
~dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri kedalam kebinasaan, dan berbuat baiklah,
~Kerana sesungguh nya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik. 

🍁🌿🍁🌿🍁🌿🍁🌿🍁

Banyak dapat reminder hari ni pasal hisab 😭


☺☺☺☺☺☺☺


hmmmm... rasanya da byk kot yg sharing pasal ni, kan...
bab pakaian tu, saya da 2-3 thn amalkan. tiap kali sebelum Ramadhan memang akan ada spring cleaning ke atas semua almari.
terutama baju anak-anak. sementara masih elok dan boleh dipakai, memang saya akan bungkus.
first, akan roger adik-beradik... bagi anak-anak buah dulu mana-mana yg diorang berkenan.
then, baru la letgo molek-molek.
kakak saya plak, diorang akan letgo baju anak lelaki dia kpd saya dulu.
saya pilih-pilih la utk Izzat. saya takde anak buah perempuan. so rezeki Izzat la πŸ˜‰. byk saya save bajet utk pakaian dia. alhamdulillah...

baju yg koyak, lusuh, butang da hilang, saya akan buang la.
last 2 weeks, satu plastik hitam yg besar dah dikemas dan dah pun di letgo baik-baik. moga beri manfaat kpd penerima.

as for pinggan mangkuk, Tupperware, ... ini yg saya masih dlm proses sorting out.
ada few big boxes yg saya kena cek balik 😌😌😌.

kenapa perkara ni elok di buat menjelang Aidilfitri? Sebelum Ramadhan?
itu la masanya kita meraikan hari yg gembira, hari raya. semua serba baru.
dan, masih byk org yg susah, yg tak mampu spend utk segalanya baru...
mana lah tahu πŸ‘€, dgn pakaian, pinggan mangkuk, cawan, perabot yg kita sedekah tu, mampu beri 1001 kegembiraan utk diorang.
in sha Allah...

πŸ‘‹

Monday, March 26, 2018

Shopping Raya Bermula ::: GM Klang & Nilai 3

10 comments:
assalamualaikum korang πŸ˜ƒ, apa khabar?

surely masih terasa keseronokan bercuti minggu lepas ekk?
alhamdulilllah dpt bercuti. ke Cameron Highlands... ke Genting Highlands... ke Cherating...
ada jugak kawan-kawan saya bercuti ke Hong Kong, Thailand, Korea...
dpt la anak-anak dan parents bersama bergembira 3-4 malam, kan.

kami?
tak bercuti ke mana-mana pun. bukan rezeki kami hi hi hi...
Syuhada skola tambahan isnin - rabu. saya plak ada kelas di UKM khamis - jumaat. 
cuti plak seminggu aje kan. abis begitu aje la...

nak le share, jumaat lepas, kami shopping raya πŸ˜ƒ.
tido di rumah kakak di KL mlm sebelum tu and da plan, jumaat tu jugak terus nak balik Melaka.
sabtu & ahad ditakuti highway plus tu trafik teruk nanti kan...
tapi nak gi shopping dulu kat KL. memula hajat di hati nak ke Jalan TAR, melawat Sogo dan ronda Jalan Masjid India. tapi, atas sebab-sebab ntah apa ntah, kami ke GM Klang. first time nih 😎.
tak pernah gi. dgr dgr org citer aje betapa best nyer GM Klang ni kan. tu yg teruja nak gi.

Shopping Raya Bermula ::: GM Klang & Nilai 3
yeszaaaaa... kami sudah jejak sini!

da set dah... nak cari baju kurung / jubah utk Nurin & Syuhada. utk hari raya nanti.
terasa malas nak anta tempah.
ronda la kami sekeluarga di GM Klang. besarnya! bertingkat-tingkat!
memang mcm2 ada tau. pakaian, tudung, mainan kanak-kanak, keperluan rumah, kedai jahit-menjahit, kedai deko pun byk... one stop centre gitu.
tapi... saya tak jumpa apa yg saya cari 😩.
GM Klang Wholesale City... seriously, takde plak yg identiti 'wholesale' tu. harga mcm biasa aje.
mencari dan mencari baju kurung / jubah kakak-kakak berdua tu pada harga yg saya rasa 'wholesale'. tidak berjumpa.
and tak byk pun pilihan di GM Klang. tak menarik perhatian saya pun.
kalau korang biasa ke bangi... shah alam... butik-butik pakaian. yg dikatakan branded di sana. harga di GM Klang ni skit lebih kurang harga tu la.
jubah dlm range RM120-RM150. blouse plak dlm range RM70-RM120. baju kurung RM100-RM200.
maka, takde sehelai pun saya beli di GM Klang tu 😣. kerana dgn harga mereka, saya boleh beli yg lebih baik di tempat lain utk kakak-kakak.
memang la kita ni cari yg murah. bajet mesti jaga hi hi hi...
anak dara ada 2 org. sorang 4 baju kurung / jubah. total ada 8 helai / pasang nak kena borong. tu lom masuk ibu, ayah dan Izzat lagi.
tapi, agar tak rasa menyesal travel jejauh ke Klang ni, saya beli la πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

Shopping Raya Bermula ::: GM Klang & Nilai 3
karpet patchwork 7' x 9' (saiz L)
RM80

yg ni saya puas hati. ada byk jenis karpet patchwork kat sini.
saiz S : RM45.
saiz M : RM70.
saiz L : RM80.
material nye pun sgt cantik, sejuk aje... saya tak tawar-menawar pun. letih dah time tu 😌.
rezeki seller tu lah.

Shopping Raya Bermula ::: GM Klang & Nilai 3
mcm biasa, Izzat la yg rasmikan karpet Ibu ni...

kecewa la sebab tak dpt beli baju kakak-kakak di GM Klang. sgt kecewa.
fikiran ni dah menerawang jauh dah mencari idea kat  mana nak shopping raya.
brilliant idea from my mr.asben, masa tu kami tgh makan-makan di GM Klang, "jom ke Nilai 3?"
at first saya terfikir, "ada ke jual baju kat Nilai 3? situ karpet dan langsir byk la...".
tapi, bila kami tiba aje di Nilai 3, what a surprise!!! ada bazar yg sgt besar jual baju-baju.
hadoilah πŸ˜‚ betapa tak update nyer saya rupanya hu hu hu hu...

memang rezeki lah... pucuk dicita, ulam mendatang!
tak sampai 10 minit jejak kaki kat bazar tu, da pun terpikat dgn pakaian di situ.
range harga utk baju kurung / jubah di situ standard RM60-RM90. tapi, dpt ditawar-tawar hingga RM40 sehelai / sepasang. ok kan?
situ kena pandai pilih... korang kena tgk jenis kain, jahitannya, kualitinya...
diakui murah, tak perlu tawar-menawar, boleh dpt RM40 sepasang. tapi, kena rasa materialnya dan renungkan jahitannya. agak tak brape elok. tapi, still ok. boleh dibeli.
satu lagi, kena beli byk helai la. then, in shaa Allah boleh la dpt harga yg murah or berpatutan.

ada servis utk tampal batu kristal tu. kalau baju yg kita beli tu, dlm masa less than 15 minit, diorang boleh tampalkan batu bagi nampak lebih ada-ada gitu. harga antara RM10 - M20.
kat situ memang byk jubah kosong. warnanya amat menarik. dari saiz S hinggalah saiz besar.
kita boleh beli and tampal batu. or tambah renda di pinggang... or pe pe lagi.
alhamdulillah... sgt happy sebab selesai part 2 shopping raya saya iaitu baju raya kakak-kakak.
part 1 is baju Izzat. da selamat beli time sale di Jusco sempena Chines New Year ari tu πŸ‘Œ.

and, di bazar tu ada jugak jual kain ela.
at first saya tak brape minat nak beli. tak pasti kualiti nya. fikiran still fikir nak ke Jakel Bangi yg baru tu hi hi hi hi πŸ˜‚.
tapi, di satu kedai tu saya terpegang satu kain... and wow! material nya, corak nya, saling tak tumpah kain di Jakel berharga RM20 semeter.
lembut. anggun. jenis kain berkaki. memang nampak elegan. brape harganya? RM45 saje siap ada batu-batu kristal lagi tau.
boleh pilih, tanpa kristal pun ada... harga yg sama.
jengah-jengah lagi... ada yg 4 pasang kain ela dgn harga RM100. ada juga 3 pasang RM100.
ada beza. pada kelembutan kainnya dan corak. lebih mahal, lebih anggun lah...

ntah la korang. pada saya, adalah sgt dlm bajet lah.
pada korang yg belum lagi shopping baju raya, boleh kot singgah di bazar Nilai 3 tu. landmarknya ialah Marrybrown Nilai 3. situ lah...
unless korang ada citarasa Rizalman ke, Vivy Yusof ke, πŸ˜‚πŸ˜…πŸ˜… yg baju standard tempah butik, tak la kot berminat hi hi hi hi...
yg mcm saya. bajet sederhana. ok di sini. sebab di sini saya dpt jimat at least 25% daripada membeli di GM Klang utk jubah yg sama materialnya.

maaf la sebab dek kerana rambang mata, langsung lah tak teringat nak selfie di Nilai 3.
sgt terlupa 😊. hasil borongan? nanti raya la, surely saya tempek gambo kat sini kan. korang telek-telek la masa tu nanti.

orait...
byk perkataan da kot saya type ni promote Nilai 3 ha ha ha... over plak.
tapi tu la, harap ada yg dpt manfaat nyer. sharing is caring kan πŸ’“πŸ’“πŸ’“. till then, tata πŸ‘‹.

Wednesday, March 21, 2018

Resepi : Masak Lemak Telur Itik & Belimbing Buluh

11 comments:
assalamualaikum...

kat melaka ni tak brape susah nak dpt kan telur itik. 
di pasar malam...di pasar besar apatah lagi. byk jual. kat kedai runcit pun ada selalunya.
belimbing buluh pun mudah dapat...
antara nak masak dgn tak aje hi hi hi πŸ˜ƒ.

masak lemak ni antara masakan yg paling mudah. lebur aje semuanya.
tapi... saya masih kurang mahir dgn masak lemak ni.
jadik tu jadik la... tapi kurang la. tak sama mcm mak saya masak hu hu hu πŸ˜“.

Resepi : Masak Lemak Telur Itik & Belimbing Buluh


  • tumbuk halus --> kunyit.
  • serai --> ketuk.
  • bwg putih & bwg merah --> hiris.
  • semua 3 bahan tu masukkan dalam periuk sekali dgn air. kuantiti air, ikut la brape byk korang nak. kemudian nanti nak masuk santan, kan.
  • air da mendidih skit, terus saya pecahkan telur itik 5 biji. 
  • serasa telur tu da mengeras cantik, barulah saya masukkan santan sekotak. perisa dgn garam dan letakkan belimbing buluh yg saya potong dua.
  • kacau skit lebih kurang... dah.


Resepi : Masak Lemak Telur Itik & Belimbing Buluh
makan begitu saje pun sedap.
kemudian, saya nak try buat sambal itam belimbing buluh. in shaa Allah...

style masak ikot org, berbeza, kan?
dan style masak kekadang ikot bahan.
and saya tak masuk cili padi dlm masak lemak. nanti Izzat tak boleh plak makan, kan?
kalau ada cili padi, masak lemak lebih ummph πŸ‘!

terkenang pokok belimbing buluh kat ofis. time berbuah, Allahu Akbar, lebat.
skang ni pun member kata byk buahnya. lom ada time nak gi amik.
nak try buat sambal itam dgn pressure cooker πŸ˜…. kalau sukses, best nyer... 
Ramadhan dah dekat ni. bersahur tu penting ada sambal itam, sambal goreng, apa-apa jenis sambal yg simple.
nak dpt kan semangat bersahur utk anak-anak... dan ayah diorang 😜.

ok. tu aje mau borak.
korang kalau ada tips / resepi / style lain masak, bleh la share ekk.
... bye!

Cash Giveaway by FarhanaJafri

11 comments:
assalamualaikum :)

Cash Giveaway by FarhanaJafri

jom join πŸ‘†

Tuesday, March 20, 2018

Simple English For Kids : Answers To Questions

23 comments:
assalamualaikum πŸ˜„  dan salam sejahtera.

hari kedua dlm cuti sekolah.
amacam anak-anak? 'berpesta' dalam rumah? πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…
happy la diorang kan... 5 hari cuti dari ke sekolah. rehatkan minda. tonton tv yg memang byk program menarik.
tapi, as for syuhada, bersekolah utk UPKK semlm hingga esok.
jadik lah... takde la belajar sgt, just sessi ulangkaji camne nak jwb soalan UPKK serta tips dari cikgu.
nurin plak, hari ni ada tuisyen tambahan utk matematik. 2 jam saje.
selebihnya anak-anak bertiga ni lepak kat rumah.
bantu-bantu la skit-skit kemas rumah. sementara kurang 3 bulan nak aidilfitri ni, suruh-suruh la diorang kemas almari baju.
mana yg masih muat. mana yg terkoyak perlu dibaiki. mana yg dah tak nak pakai...

ok ok ok... back to tajuk entry, saya share dari link ini. boleh like & follow.
saya print dan tampal di dinding bilik. 
yes, nampak sgt basic kan. takkanlah anak-anak kita berumur 11-13 tahun tak tahu kan?
itu bukan masalahnya. 
bila diorang dah tahu, biar diorang lebih tahu and melekat dlm minda.
kekadang perkara basic gini yg diorang boleh tersilap!
yes lah, saya bukan 24 jam berckp bahasa Inggeris di rumah dgn anak-anak. ia hanya bahasa belajar. kecenderungan utk tersilap tu amat besar 😊.

Simple English For Kids : Answers To Questions

Simple English For Kids : Answers To Questions

Simple English For Kids : Answers To Questions

Simple English For Kids : Answers To Questions

Simple English For Kids : Answers To Questions

Simple English For Kids : Answers To Questions

Simple English For Kids : Answers To Questions

Simple English For Kids : Answers To Questions

Simple English For Kids : Answers To Questions

daripada πŸ‘†, boleh kita beralihkan kpd jenis-jenis ayat yg lain.
menggunakan perkataan-perkataan yg berbeza.

terus-terang saya katakan, saya byk perbaiki English saya sewaktu belajar di U. di mana medium of languange waktu itu ialah English.
buku rujukan semua English. even lecturers pun separuh adalah non-Malaysian.
kalau tak bebetul perbaiki English kita, mananya nak score dlm exams.
even now, English saya masih di tahap sederhana. setiap hari masih belajar... dan belajar.
takkan ada terma perfect dlm kamus hidup saya.

so, moga perkongsian saya ni beri manfaat kpd semua ye. in shaa Allah 😍.

Monday, March 19, 2018

Resepi Mudah Ayam Buttermilk Nyum Nyum Nyum

14 comments:
assalamualaikum...

salam 1 Rejab.
alhamdulillah. moga umur kita semua dipanjangkan sehingga ke Sya'ban & Ramadhan. Aminnn...

pagi tadi sepagi menguruskan kereta masuk bengkel.
πŸ˜“πŸ˜“πŸ˜“ sedih btol la. ada kereta lain langgar belakang. nak keluar simpang tiga, kereta tu di belakang. kita tgh busy tgk kereta dari kanan, bila lah nak clear. tetiba dia langgar bumper kereta!
sgt la cuai.
huh! rasa nak marah aje. tapi masa tu, saya berjaya la kawal marah.
buat report polis. nak claim insurance kereta tu. tapi tu la. kereta kita da damage. takkan sama mcm asal. sedih!!!

ptg ni hah... baru la nak masak.
dah kuar dah bahan. tapi layan blog jap. update entri bagi tenang jiwa lara ni hah...
kasik up satu entri pasal resepi yg pertama kali saya test. ni masakan beberapa minggu lepas ye.
ari ni masak lain πŸ˜†.

Resepi Mudah Ayam Buttermilk Nyum Nyum Nyum
bahan-bahan utama, selain dari dada ayam yg dipotong dadu

  1. dada ayam dipotong dadu tu, korang campurkan la dgn 2-3 sudu tepung gandum, 1 biji telur dan 1 sudu serbuk kari ayam. perap la kejap. ari tu saya perap dlm 2 jam.
  2. then, goreng rangup. ketepikan.
  3. utk kuah nya yg mudah sgt tu, pertama cairkan 1/8 butter di kuali utk menumis.
  4. then, tumiskanlah bwg putih, bwg merah, cili padi dan daun kari hingga naik bau harum...
  5. masukkan 1/2 tin susu cair. kacau dan kacau dan kacau... perisa la dgn garam dan gula secukup rasa.

Resepi Mudah Ayam Buttermilk Nyum Nyum Nyum
saya tak campurkan kuah dgn ayam goreng.
hanya curahkan kuah ke atas ayam goreng bila nak makan.
nak maintain kerangupan ayam goreng tu...

mudah.
simple.

boleh la cuba nanti-nanti ye korang πŸ‘πŸ‘ŒπŸ‘Œ...

Sunday, March 18, 2018

Wonderful March Giveaway by Raydah Alhabsyi

11 comments:
assalamualaikum...
join join giveaway Raydah πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

Wonderful March Giveaway by Raydah Alhabsyi

#SegmenAzahRahaman : Aku Seorang Blogger!

33 comments:
assalamualaikum...

ptg hari Ahad.
entri kedua ari ni.
masih menunggu my beloved mr.asben yg lom balik dari ekspedisi daki gunung πŸ˜ƒ.
seharian blogwalking ke blog sahabat2 alam maya.
sambil melayan anak-anak tgk kartun, jari-jemari ni dgn setia menaip komen bila singgah di entry sesiapa.
esok lusa da tak boleh nak blogging. mau siapkan task belajar. membaca skit lebih kurang. ulangkaji...

singgah singgah singgah, nak join la segmen azah πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

#SegmenAzahRahaman : Aku Seorang Blogger!

  • bila blog ditubuhkan
  • maksud tersendiri nama blog dan url blog
  • ceritakan pahit manis sebagai seorang blogger
  •  nasihat kepada blogger lain

azah ada list kan pe nak kena tulis dlm segmen ni.
maka. saya tulis dlm gaya santai aje ekk korang πŸ˜„.

#SegmenAzahRahaman : Aku Seorang Blogger!

blog saya ni dah lama tau. dah pun berusia 8 tahun 10 bulan dan 4 minggu.
dari adianiez.blogspot.com berubah ke adianiez.com 1 tahun 10 bulan 1 minggu dan 2 hari yg lepas 😊.
saya bukan dlm kategori blogger tegar. tiap hari ada entri. review. attend event. oh tidak.
saya hanya blogger santai-santai aje. ada masa, ada ruang, ada peluang, saya blogging.
kisah-kisah biasa-biasa aje ye korang.
sebabnya terikat dgn keje 8-5, anak-anak bertiga, rumahtangga... kalau weekend lagi la tak dpt nak blogging. dari pagi membawa ke pagi kesibukannya ha ha ha ha...

sebagaimana yg pernah saya tulis kat entri ni pasal nama blog ni, 'adianiez' tu ialah gabungan nama saya & mr.asben. and ia da digunakan since tahun 2000 kot, lebih kurang la. time tu kami masih berchenta lagi.

aida πŸ’œ niezam
aida = ejaan diterbalikkan
niezam = amik 4 huruf yg awal
adia + niez = adianiez

started with username email saya --> adianiez@yahoo.com. bertahan sampai sekarang tau email ni.
teruslah melekat hingga ke nama blog.

pahit manis sebagai blogger?
takde yg pahit. semuanya manis-manis belaka.
sebab kalau ada komen yg negatif, saya terima. sebab pendpt org kita tak boleh nak halang. yg penting, kita jaga diri kita dari komen org lain dgn negatif.
pada saya, buruk org yg 1 tu jgn buat kita membenci dia, ingatlah baik dia yg lagi 10.
then, dgn blogging ni kita dpt ramai kawan.
ada beberapa yg saya dah pun jumpa muka tau. berkawan baik. share problem πŸ’™πŸ’šπŸ’›πŸ’œ.

nasihat dari saya utk sahabat blogger --> jom kita jadik kan blog ni sebagai medium bersosial yg sihat, seronok dan ada jiwa.
saling support.

tu aje la. takde nasihat lain. sendiri pun blogging semput, lagi mau nasihat org lain ekk ha ha ha....
bye!

Bila Wajib Support Hobi Mr.Asben

16 comments:
assalamualaikum πŸ˜€

apa khabar ari ni? saya berdoa agar semua sihat dan kekal ceria.
walau apa pun masalah yg dtg, kita kena bersabar dan bertenang dlm cari penyelesaian ye.

cuti sekolah !!!
kak Nurin ada. maka, seminggu la saya bergelumang dgn anak-anak bertiga. alhamdulillah.
Izzat bila saya ada rumah, cuti sekolah dia tak ke PASTI lah. kekonon cuti sekolah sekali.
syukur la awak Izzat, ibu cuti belajar. if not, dedolu, kakak-kakak still kena ke tadika meskipun cuti sekolah tau πŸ˜ƒ.

cerita utama :
hari ni kami ber4 saje di rumah...
mr.asben ada ekspedisi naik gunung di N.Sembilan nun. sebelum subuh tadi da kuar rumah.
itu la hobi dia now ni. umur da 40-an dgn hobi hiking bukit & gunung.
hmmmm saya dah kena ikut jadual dia la plak now. nak dihalang hobinya, mcm tak patut.
utk kesihatan. utk kegembiraan mr.asben sebab dia buat pe yg dia suka, kan...
daripada dia merayap ke satu tempat yg saya tak tahu dan buat aktiviti yg mencurigakan 😏 hu hu hu...
tapi tu la, agak kerap plak dia naik gunung now. kami agak 'tersadai' di rumah πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„ ha ha ha... 



saya cilok 2 gambar dari fb mr.asben. tempek sini utk hiasan.
sgt best because mr.asben and his officemates ada hobi yg sama. mereka satu team ke mana-mana.
mereka sebulat suara dlm melakukan aktiviti kesihatan ni.
maka, saya punyer tahap kepercayaan tu sgt tinggi. team nyer semua adalah familiar faces yg saya kenal.
good for them. good for mr.asben and good for me 😊.

saya? memang tak join lah. mengabdikan diri jaga anak-anak aje.
cukup la sekadar menguji diri naik bukit beruang aje lah ye...

cerita pendek 1 :
petang ni sehingga petang Rabu, kak Syuhada ada kelas tambahan UPKK.
maka pepaham ajer la, memang sekali lagi tiada percutian di resort ye cuti sekolah kali ni.
Rabu malam, barulah in shaa Allah kami naik ke KL. tido rumah kakak, anak-anak gathering dgn cousins.
ok la tu. maybe nak bwk diorang ke swimming pool UKM...

cerita pendek 2 :
ada plan juga utk jalan-jalan cari baju raya utk kakak-kakak.
sebelum buat keputusan utk beli kain ela dan anta tempah, nak mencari dulu baju dah siap.
di congak-congak, kos nyer hampir sama kot... moreover, kakak-kakak da sebesar & sebaya saya πŸ˜…πŸ˜…. lebih mudah mencari baju utk diorang berdua.
as for Izzat, baju raya nyer da selamat dah beli time offer Chinese New Year.
baju melayu Izzat plak, beli di masjid tanah nanti, di mlm raya πŸ˜….

cerita pendek 3 :
dan suka saya nak share, Rejab dah pun tiba. 
semakin dekat dah Ramadhan...
3 bulan yg mulia, bulan-bulan yg penuh barokah...
sesungguhnya setiap hari merupakan hari-hari penting buat kita mempertingkatkan ibadah.
bukan hanya bulan Rejab, Syaa'ban dan Ramadhan.
cuma... bulan-bulan ini merupakan titik permulaan bagi kita-kita yg baru tersedar dari lamunan yg amat panjang.
hidayah tu dari Allah...


😊😊

dgn itu, abis la kat sini entri saya ni.
mau ke dapur menjengah-jengah task saya yg berikutnya πŸ˜….
biasa lah, dah namanya IBU, dapur la tempatnya kan ha ha ha ha...
ari ni plan jugak nak blogwalking lagi dari Reading List lagi. sementara ada masa ari ni.
till then, bye for now korang.

Thursday, March 15, 2018

Top Commentator For Februari 2018 Blog Adianiez

10 comments:
assalamualaikum kawan, famili & sahabat blogger πŸ˜ƒ

few days blog tak ber update.
saya busy buat karangan dan alhamdulillah, pagi ni selamat hantar 2 assignments pada lecturer.
seminggu ada 2 tasks. hmmmmm... bertapa depan komputer le jawapannya 😌.
tak sempat buat entry utk update blog, tapi sempatlah blogwalking. dah kata nyer bertapa depan komputer kan hi hi hi hi...

agak lewat kuarkan entri ni.
da pertengahan Mac pun kuang kuang kuang...

Top Commentator For Februari 2018 Blog Adianiez
Ayu ni baru kembali blogging dari percutian yg lama πŸ˜ƒ, terus kebabom blog ni.
tahniah dik.
"akak masih tunggu awak wasap ni, details...
nak skali poslaju end of this week dgn gift Sha sekali..."

Top Commentator For Februari 2018 Blog Adianiez

tanda terima kasih sebab sudi landing kat sini and komen-komen.
suka baca komen korang-korang yg rajin. and saya akan amik masa utk reply one by one tau.
bulan ni masih ada kah segmen kasik hadiah kat blog ni utk tukang komen? in shaa Allah πŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒ. kena gi cari hadiah dulu la, baru boleh habaq.
saya suka kasik hadiah yg bleh digunakan oleh semua.
dan hadiah yg saya suka. hmmm i am a tupperware lover tau...

ok. bye...

Monday, March 12, 2018

Nyaman Tekak Dengan Mango Float Royale, Sungai Putat, Melaka

33 comments:
assalamualaikum...

mentari isnin menjengah lagi... alhamdulillah 😎...
pagi ni bermula la kerja keras saya menyiapkan 2 mini assignments nak anta pagi khamis nanti.
bakal menaip 2,000 patah perkataan. hu hu hu πŸ˜ƒ moga dipermudahkan la.
tghari karang nak masak pun dah ada idea... mudah la nak buat assignment bila hati senang.

nak la share pengalaman indah kami anak-beranak first time ke Mango Float Royale, Melaka.
ha ha ha iye korang. berbelas tahun dok melaka, ahad 2 minggu lepas, barulah kami ke sini.
viral. maka, dulu kalau nak jejak ke sini, ya Allah, ramai sgt org. beratur panjang...
now, no more. kami dtg hari Ahad, lebih kurang jam 12 tghari. releks aje parking dan dpt meja di bwh payung walls πŸ‘.
then menjelang kul 2 ptg tu, dah mula ramai... kereta pun kena menunggu utk parking.
meja agak penuh masa tu... tapi! jgn risau. masih ok. takde beratur panjang-panjang pun. skit lebih kurang aje.

nak dijadikan cerita, semlm kami repeat ke mango float royale ni... ha ha ha πŸ˜€.

Nyaman Tekak Dengan Mango Float Royale Melaka

Nyaman Tekak Dengan Mango Float Royale Melaka

Nyaman Tekak Dengan Mango Float Royale Melaka
RM5.50

memang la recommended korang oii πŸ‘. sedap. mangga nyer first class πŸ˜‹. manisssss...
ice cream vanilla nyer pun sodap. yummy. bila dicampur semuanya, memang marveles 😍.
itu la yg 2 kali repeat. berbaloi!!!

layan dulu gambo Ahad (4.3.2018)

Nyaman Tekak Dengan Mango Float Royale Melaka

Nyaman Tekak Dengan Mango Float Royale Melaka

 Nyaman Tekak Dengan Mango Float Royale Melaka

Nyaman Tekak Dengan Mango Float Royale Melaka
ni Ibu punyer, laksa penang...

Nyaman Tekak Dengan Mango Float Royale Melaka
kakak-kakak dgn menu biasa diorang, mee goreng & kuew teow goreng...

Nyaman Tekak Dengan Mango Float Royale Melaka
anak bertuah sorang ni tak nak makan masa tu... leka la dgn phone.

mcm2 ada jual untuk complete kan mango float ni.
ada jugak meatball Mat Bulat. ada satay. cendawan goreng. denderam. dan byk lagi aneka makanan yg memang sedap. memang confirm kenyang lah kalau ke sini.

ni plak gambo semlm, Ahad (11.3.2018)
Nyaman Tekak Dengan Mango Float Royale Melaka

Nyaman Tekak Dengan Mango Float Royale Melaka

Nyaman Tekak Dengan Mango Float Royale Melaka

Nyaman Tekak Dengan Mango Float Royale Melaka

wajib singgah sini ye korang kalau ke Melaka.
lari sekejap dari coconut shake klebang kepada mango float royale ni plak...

Nyaman Tekak Dengan Mango Float Royale Melaka
Isnin - Sabtu : 12 tghari hingga 11.30 mlm
Ahad : 11 pagi hingga 6 ptg
(waktu rehat Mango Float Royale : 6.30 ptg hingga 8.30 mlm)

ok. sekian sharing saya pagi ni πŸ˜‰. bye!